26

1.9K 146 3
                                    

Tetamu yang hadir beransur pulang. Selesai saja majlis akad nikah tadi, Viya terus masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat Isyak.

Dia duduk di birai katil. Telekung dan sejadah sudah disimpan rapi dalam almari.

Lamunannya terganggu apabila pintu diketuk. Lantas Nawaz melangkah masuk ke dalam bilik yang dihias seperti bilik pengantin itu.

"Boleh saya duduk?" Nawaz meminta izin.

Viya menganggukkan kepalanya. Dia tahu apa yang sepatutnya berlaku seterusnya dan hal itu membuatkan jantungnya berdegup laju.

Untuk alam perkahwinan, memasak untuk Nawaz, menjaga makan dan pakai Nawaz, dia bersedia tetapi untuk tugas isteri yang selain daripada itu, dia belum sepenuhnya bersedia lagi.

Seperti yang dia katakan, dia sendiri tidak pasti sama ada dia mencintai lelaki yang duduk di sampingnya itu atau tidak. Bagaimana dia hendak menyerahkan dirinya kepada sesuatu yang tidak pasti.

Ya, lambat-laun perkara itu akan berlaku juga. Dia sedar akan hal itu tetapi kalau boleh, biarlah terjadi atas dasar cinta yang tidak lagi boleh dinafikan. Bukannya kerana itu tugasnya sebagai seorang isteri.

"Awak..." Nawaz mengambil tangan Viya lalu dia usap dengan perlahan.

Viya kaku di tempatnya.

"Kita..."

Viya menarik tangannya. Nawaz terhenti daripada menghabiskan ayatnya.

"Kenapa ni?" Tanya Nawaz.

"Saya..." Viya takut hendak memberitahunya.

Tiba-tiba, Nawaz tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya seperti dia tahu apa yang bermain dalam minda isterinya itu.

"Awak tak bersedia lagi." Bukan soalan tetapi kenyataan.

"Saya... saya minta maaf. Saya harap awak boleh bersabar. Lambat-laun..."

"It's okay. I want the same thing. Saya takkan paksa awak." Cantas Nawaz. Dia masih lagi tersenyum. "But, satu aje saya nak tahu. Kenapa?"

Viya tidak menjangkakan soalan itu akan terpacul dari mulut Nawaz.

"Awak masih ingatkan lagikan bila saya kata saya tak percayakan cinta. It used to be impossible for me to believe it, but I guess not anymore. Tapi saya nak tunggu sampai saya betul-betul pasti yang... yang saya cintakan awak. Don't get me wrong. Saya ada feelings terhadap awak, tapi saya..."

"Tak pasti kalau itu cinta." Nawaz mendahuluinya. "It's okay. Saya faham. But I will make sure to keep my promise. Saya akan buat awak jatuh cinta kat saya. Itu janji saya." Dia memegang tangan Viya sekali lagi dan kali ini, Viya tidak menolak.

"You better be, Encik Suami sebab saya tak nak jadi janda. Saya terlalu muda untuk jadi janda." Gurau Viya.

Mereka berdua meledakkan tawa.

"Saya tak kisah kalau jadi duda. Saya dengar zaman sekarang ni, perempuan suka lelaki yang duda. Lebih berpengalamanlah katakan." Nawaz juga turut serta dalam bergurau.

"Eh, gatal!" Viya menampar perlahan bahu Nawaz. Manja-manja gitu! "Awak..." Panggil Viya.

"Hm?"

"Lapar." Dia menggosok perutnya.

"Alolo, ciannya bini kita ni! Lapar? Nak cendol?" Usik Nawaz. Dia mengusap dagu Viya.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now