54

1.8K 117 1
                                    

Walaupun seluruh badan terasa berat hendak meninggalkan katil, langkah tetap digagahkan juga ke tempat kerja. Penampilan Viya hari itu berbeza sekali.

           Sejak dia melangkah ke alam perkahwinan, dia mula mengambil tahu serba-sedikit tentang fesyen dan mengaplikasikannya dalam pemakaian harian sama ada ke tempat kerja mahupun ketika bersiar-siar. Akan tetapi, hari itu penampilannya terlalu polos dan ringkas. Secalit solekan pun tidak ada pada wajahnya.

           Sudah tiga kali dia berpusing di tempat yang sama. Semua tempat meletakkan kenderaan yang berdekatan dengan pintu masuk tempat kerjanya penuh. Terpaksalah dia berjalan jauh hari itu.

           Setelah mematikan enjin kereta, dia melangkah keluar dari dalam perut kereta. Tidak terlupa juga untuk mencapai beg tangannya.

           "Eh, kau ni Nura Araviya kan?" Seorang wanita yang tidak dia kenali menghampirinya. Jari telunjuk dituding ke mukanya.

           "Ya, saya. Boleh saya bantu puan?" Tanya Viya dengan nada yang lebih sopan jika hendak dibandingkan dengan nada yang digunakan oleh wanita tersebut.

           "Bantu?" Wanita tersebut tertawa sinis. Tiba-tiba, wanita tersebut mengangkat tangannya dan menggenggam kuat lengan Viya sehingga dia mengadu sakit. "Kau ni memang tak ada maruah ke?" Pedas saja kata-kata dilontarkan kepadanya itu.

           "Puan, puan buat apa ni? Saya tak kenal puanlah!" Getus Viya. Cuba untuk melepaskan diri daripada pegangan wanita yang tidak dia kenali itu.

           Lama-kelamaan, tempat tersebut mula didatangi oleh orang ramai dan Viyalah tumpuan utama di situ. Ramai juga yang mula mengeluarkan telefon pintar mereka dan menekan butang rakam.

           "Perempuan macam kau ni patutnya kena bunuh aje tahu! Sedangkan dosa pun kau tak takut, apatah lagi undang-undang!" Ujar wanita yang sama tetapi kali ini, lebih ramai yang bersuara dan menyokong pernyataannya itu.

           "Lepaslah!" Viya berjaya juga menyentap lengannya daripada pegangan wanita tersebut. "Saya ada kacau puan ke sampai puan nak serang saya macam ni? Sekarang ni puan yang fitnah saya. So, siapa yang tak takut dosa ni?" Lantang saja dia bersuara.

           "Kurang ajar!" Satu tamparan hinggap ke pipi Viya.

           Berair matanya menahan pedihnya pipi akibat tamparan yang tidak teragak-agak menyentuhnya itu. Pipinya berona merah. Sakit.

           "Kalau aku tahu kau masih juga buat benda terkutuk tu, ni kami semua ni akan pastikan hidup kau takkan aman! Kau ingat ni!" Jerkah wanita tersebut lalu menolak Viya.

           Dek kerana dia mengenakan kasut tumit tinggi, dia hilang keseimbangan dan jatuh terjelopok pada jalan bertar tersebut. Belakang yang terkena bahu jalan menambahkan lagi rasa sakit.

           Orang ramai mula bersurai. Akan tetapi, mulut mereka tidak berhenti daripada mengeluarkan kata-kata makian. Ada juga mengugutnya dan membuang sampah seperti botol mineral yang mengena kepalanya.

           Dia memegang pipinya. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh ke pipi juga. Masih tidak tahu tentang kesalahan yang dibuatnya sehinggakan masyarakat mula membencinya.






"Okaylah. Aku nak masuk kerja ni." Beritahu Mike kepada Dayang.

           "Kau tak payah sedih-sedih sangat tahu? Bunga bukan sekuntum. Jangan cari kumbang, sudah. Kalau kau cari kumbang juga, sampai bila-bila aku tak mengaku kau sepupu aku." Ugut Dayang.

           "Isy, takkanlah aku nak join masyarakat LGBT!"

           "Macamlah kau tak tahu. Zaman sekarang ni, kecewa sikit, terus tukar selera. Kalau selera makan tak apa, ini tiba-tiba berselera dengan jantina yang sama. Macam orang tak ada ajaran agama aje." Dari cara percakapan saja, nampak sangat Dayang tidak suka sikap segelintir masyarakat seperti yang dia nyatakan itu.

           "Iyalah, iyalah! Aku gerak dulu. Assalamualaikum." Ucap Mike lalu meninggalkan restoran yang menjadi tempat pertemuannya dengan Dayang untuk bersarapan pagi itu.

           Dia mengatur langkah pergi dari situ. Senyuman dan lirikan mata yang dihadiahkan kepada oleh para gadis dia balas dengan senyuman kecil. Ikhlas? Entahlah.

           Langkahnya menjadi perlahan apabila terdengar keriuhan yang tidak jauh daripadanya. Agak sukar untuk dia melihat apa yang berlaku memandangkan terlalu ramai orang mengerumuni tempat tersebut.

           "Kalau aku tahu kau masih juga buat benda terkutuk tu, ni kami semua ni akan pastikan hidup kau takkan aman! Kau ingat ni!" Kedengaran suara seorang wanita menjerkah.

           Orang ramai mula beredar. Barulah Mike dapat melihat siapa yang menjadi mangsa bulian orang ramai tadi. Keningnya berkerut apabila melihat Viya yang terduduk pada jalan dengan tumit kasut yang tertanggal.

           "Tak. Kau tak boleh tolong dia. Dia yang cari bala, dialah yang tanggung. You just have to walk away, Mike. Just go." Bisik Mike kepada dirinya sendiri.

           Dia membuka langkahnya tetapi bukan ke arah keretanya, tetapi menuju ke arah Viya. Berkali-kali dia menyuruh dirinya untuk pergi meninggalkan tempat itu tetapi berkali-kali juga dia gagal untuk menuruti kata hatinya.

           Pejam, celik, pejam, celik, dia akhirnya berada di hadapan Viya. Tiba-tiba, dia merendahkan badannya dan melutut di hadapan Viya.

           "A-awak..." Viya tergagap-gagap. Terkejut dengan kehadiran Mike.

           Mike mengeluarkan sapu tangannya dan segera mengesat air mata Viya tetapi segera dihentikan oleh Viya. Sapu tangan bertukar tangan.

           "Sekarang ni, satu Malaysia dah tahu pasal awak dengan Nawaz." Ujar Mike. Melihat ke arah lain.

           "Saya dan Nawaz?"

           "Did you... slept with him?" Tanya Mike. Kali ini memandang tepat ke mata Viya.

           "What?!" Viya benar-benar rasa terhina ketika itu.

           "Did he forced you?" Tanya Mike lagi. Jawablah!

           "Tak, okay! Tak! Dia tak pernah paksa saya buat apa-apa di luar kerelaan saya! Tak pernah!" Nafi Viya.

           "Awak ada apa-apa hubungan dengan dia?" Soalan itu terasa seperti keluhan berat bagi Mike.

           Viya menganggukkan kepalanya. "Ya. Memang saya ada hubungan dengan dia tapi bukan macam yang semua orang sangkakan. Saya... saya tak boleh nak jelaskan. Bukan sekarang. But trust me, saya tak pernah buat apa-apa yang melanggar hukum agama dengan dia." Jelas Viya. Amat berharap yang Mike mempercayainya.

           Mike menganggukkan kepalanya tetapi riak wajahnya sukar untuk ditafsir.

           "Awak percayakan saya?"

           "Saya ada pilihan lain ke? I don't know why, but when it comes to you, I always do something stupid. Believing your words even semua bukti menyatakan yang sebaliknya is so stupid tapi saya percayakan awak. Please don't let me regret my decision." Katanya.

           Pandangan mata mereka bertembung buat suatu jangka masa yang lama. Betullah kata orang. First impression terhadap seseorang tidak menunjukkan diri sebenar seseorang itu.

           Buktinya Mike. Kalaulah Viya tidak membenarkan dirinya untuk lebih mengenali Mike, pasti dia tidak akan pernah melihat sisi tersebut dalam diri Mike. Seorang yang penyayang, memahami.

           Kalaulah benar hubungannya dan Nawaz akan berakhir, dapatkah dia memberikan peluang kepada jejaka di hadapannya itu untuk mengembalikan semula kegembiraannya?

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now