10

2.6K 201 4
                                    

"Kenapa awak tak nak tahu apa-apa pasal cinta?" Nawaz masih tidak mahu melepaskan soalan itu.

"Sebab saya pasti, cinta pun tak nak kenali saya. Kenapa pula saya kena kenali cinta?" Soal Viya kembali.

"Dari mana awak tahu yang cinta tak nak kenali awak?"

"Sebab saya ni pembawa malang. Sesiapa pun mesti nak mengelak daripada nasib malang."

"Tapi, cinta bukannya sesiapa. Cinta tu kebahagiaan."

"Hanya untuk orang yang naif."

Nawaz tertawa sinis. "Normal people, they fall in love." Nyatanya.

"I've never stated that I'm normal." Balas Viya. Sama-sama tidak mahu mengalah.

Setelah itu, dua-dua mendiamkan diri. Viya membuat bodoh sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku manakala Nawaz pula menundukkan kepalanya. Berfikir lebih lanjut tentang perkara itu.

"Awak ego." Suara Nawaz memecahkan dinding kesunyian yang terbina di antara mereka. "Awak tak nak kenal cinta sebab awak ego." Dia mendongak di saat dia mengucapkan kata-kata itu.

Viya tersenyum sinis. "Normal people have egos. I'm not normal."

Nawaz tertawa sinis. Walaupun dari tadi ada saja cara Viya untuk menafikan kata-katanya, dia masih tidak berputus asa dalam hal itu.

"Anyway, let's proceed to our next question." Kata Viya. Tangannya dimasukkan ke dalam balang lalu mengambil segulung kertas berwarna biru muda pula. "Finally, soalan yang normal! Bilakah Nawaz dilahirkan?" Soalnya dengan selamba.

Nawaz menoleh ke arahnya dan mengeluh perlahan.



Kereta yang dipandu oleh Viya meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah sederhana milik keluarganya. Enjin kereta dimatikan dan dia melangkah keluar dari dalam perut kereta.

Pagar rumah ditutup olehnya secara manual. Kemudian, dia membuka kasut yang dikenakannya dan meletakkan sepasang kasut itu pada rak.

Langkah lemah diatur masuk ke dalam rumah diikuti dengan ucapan salam. Ruang tamu sunyi saja. Kebiasaannya, ibunya sudah masuk tidur pada waktu sebegitu.

Viya meletakkan beg tangannya pada sofa lalu menghempaskan badannya bersebelahan dengan beg tangannya. Serentak dengan itu, dia mengeluh kecil.

"Awak tak nak kenal cinta sebab awak ego." Kata-kata Nawaz masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia masih ingat betapa kecewanya Nawaz kelihatan saat dia mengucapkan kata-kata itu.

"Apa tu cinta? Apa yang hebatnya dengan perasaan cinta?" Dia bermonolog sendirian.

Dia melihat tangannya yang ditutup dengan lengan baju yang panjang. Jari jemarinya dimainkan pada lengannya. Mengusap lembut seolah-olah tangannya itu mudah retak.

Jarinya tiba di hujung lengan baju. Perlahan-lahan, dia menarik lengan bajunya yang panjang mendedahkan parut yang menghiasi lengannya yang cerah itu.

"Cinta tu memusnahkan, bukan membahagiakan. Kenapa pula aku nak kenali cinta?" Soalnya lagi sambil jarinya jemarinya menyentuh perlahan parut yang kelihatan seperti luka daripada hirisan benda tajam.

Dia membuat seperti tangannya sedang memegang cebisan kaca. Tangannya seolah-olah sedang menghiris tempat yang sama pada lengannya itu. Matanya mula berkaca. Mengetap bibir.

Pergerakan tangannya menjadi perlahan dan akhirnya terhenti. Setiap kali dia melihat parut pada lengannya itu, hatinya jadi semakin sakit.

Apa yang membuatkannya sanggup melukakan diri sendiri? Apa yang membuatkannya sanggup berbuat dosa dengan meletakkan nyawanya dalam bahaya?

Cinta.

Semuanya kerana cinta. Suatu masa dahulu, cintalah yang memusnahkan zaman keremajaannya. Kini, dia masih tidak tahu dan tidak ingin tahu darihal sesuatu yang berbaloi untuknya mengenali cinta semula.

Dulu atau sekarang, definisi cinta baginya masih sama. Kemungkinan juga tidak akan pernah berubah.

"Viya." Suara ayu milik Puan Zalikha, ibunya menyapa gegendang telinga.

Tangannya serta merta menarik lengannya agar menutupi parut lukanya itu. Takut Puan Zalikha melihatnya dan menjadi risau. Tahun berlalu dan ibunya masih tidak tahu tentang hal itu. Kalau boleh, dia tidak mahu ibunya mendapat tahu tentang hal itu sampai bila-bila.

"Ibu." Dia mengukirkan senyuman kepada Puan Zalikha yang sedang menuju ke arahnya.

Puan Zalikha melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan anak gadisnya itu. Kehadiran Puan Zalikha memang tepat pada masanya. Wajah keibuan itulah yang mampu mengubati segala luka Viya.

"Baru balik ke?" Tanya Puan Zalikha.

"Ha'ah. Baru habis interview tadi." Jawab Viya dengan nada yang sama.

"Oh." Puan Zalikha mengangguk perlahan. "Dah makan ke belum ni?" Soalnya lagi.

"Belum lagi. Ibu masak apa?" Tanyanya pula.

"Masak ayam goreng aje. Ingatkan Viya makan kat luar." Balas Puan Zalikha pula. "Kalau nak makan, Viya pergilah mandi dulu. Ibu sediakan makanan untuk Viya." Tambahnya pula.

Puan Zalikha baru saja hendak bangun. Lantas tangan Viya menarik ibunya semula kemudian dia memeluk ibunya dengan erat. Terkejut Puan Zalikha dibuatnya.

"Eh, kenapa ni?" Tanya Puan Zalikha. Hairan dengan perubahan mendadak anaknya itu.

"Tak ada apa-apalah." Balas Viya pula. Masih memeluk ibunya.

"Dari muka Viya ni, mesti Viya baru putus cinta, kan?" Teka Puan Zalikha sambil membelai kepala anaknya.

"Isy, ibu ni! Ke situ pulak!" Rungut Viya.

Puan Zalikha tertawa kecil. "Macam mana dengan blind date kamu hari tu? Berkenan tak?" Soal Puan Zalikha.

"Rasanya, dia tak nak berada dalam lingkungan 100 meter dengan Viya pun sejak hari tu." Jawab Viya. Menahan tawanya daripada terburai.

"Dah kenapa pula?" Soal Puan Zalikha. Meleraikan pelukan mereka.

"Tak ada apa-apalah, ibu." Balas Viya. Kalau dia membuka cerita di situ jua, mahu kena luku oleh ibunya kerana berperangai liar. "Viya mandi dululah." Dia meminta diri untuk mengelak daripada terus ditanya berkenaan hal temu janji buta itu.

Viya mengatur langkah pantas pergi dari situ dan menuju ke biliknya. Meninggalkan Puan Zalikha berseorangan di ruang tamu.

"Budak ni, kalau ditanya pasal bab-bab cinta, mulalah nak mengelak." Puan Zalikha menggelengkan kepala.

---

Kalau korang ada masalah ke apa, don't do stupid things like cutting you arms, try to overdose etc. Kalau korang perlukn kawan nak meluah, you can personally message me. Just don't do stupid things yg boleh mmbahayakn diri sendiri. Tak berbaloi pun :)

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now