52

1.7K 119 1
                                    

Jarinya menari-nari pada papan kekunci komputer riba. Menyiapkan kerjanya sebelum pulang ke rumah. Tinggal dia dan beberapa orang pekerja saja yang masih lagi berada di pejabat.

           Jam yang dililit di pergelangan tangan di tilik. Tersenyum apabila teringatkan sesuatu.

           "Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dululah." Viya bangun dari kerusi.

           "Ingat lagi tak pasal that adress I gave before you pergi Sabah?" Dayang menghentikannya.

           "Oh, that rooftop! Kenapa?"

           "Boleh tak you jumpa I malam ni kat sana? I actually have to meet an important client and I ingat nak bawa you sekali." Pinta Dayang.

           "Saya... bukannya tak nak..."

           "Please? I really need you temankan I. Kat office ni, you aje yang rapat dengan I. Bolehlah? Please?" Rayu Dayang lagi.

           "Um... okay." Viya terpaksa akur.

           Dia membetulkan hujung lengan bajunya. Tiba-tiba mengeluh panjang sendirian.

           "Dia dah bahagia. Aku bila lagi?" Keluhnya sendirian.

           Sedang dia mengelamun, pintu dikuak luas oleh seseorang. Ketukan pun tidak kedengaran, tiba-tiba menerjah masuk.

           Dayang mengerutkan keningnya. Macam gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus. Mana tidaknya? Orang pun perlukan privasi. Sebelum masuk, ketuklah dulu.

           "Bos! Bos kena tengok ni! Serious kena tengok!" Kata salah seorang daripada pekerja yang masih berada di pejabat itu dengan nafas yang tercungap setelah berlari sepantas yang dia mampu.

           Kemarahannya dan niat untuk membebel ditangguh terlebih dahulu. Tablet bertukar tangan. Rasa ingin tahu tentang apa yang menggemparkan sangat itu membuak-buak.

           Matanya terbeliak setelah membaca isi kandungan artikel tersebut. Kalau boleh, biji matanya bagaikan hendak terkeluar. Rahang pula bagaikan hendak terjatuh, terlopong dek terkejut.

           Tablet tersebut diletakkan pada meja kerjanya. Automatik dia terbangun dari tempat duduknya. Tajuk besar artikel dibaca berulang kali. Kepala tetap digelengkan. Sukar untuk dia mempercayainya.

           "No! It can't be!" Dia menggelengkan kepalanya.

           "Betullah bos! Berita ni dah gempar satu Malaysia, tahu? Tak sangka pula dia tu murahan sangat! Nampak aje baik, lemah-lembut. Tak suka rapat dengan lelakilah konon. Rupanya, kat luar bukan setakat rapat aje. Siap keluar masuk rumah lelaki lagi." Sinis saja tuturan pekerja yang menerjah masuk itu.

           "Ya Allah, apa aku dah buat ni?!" Dayang meraup mukanya, menggigit bibir. "Tak boleh jadi ni macam ni!" Dia mendail nombor seseorang.

           Deringan pertama, deringan kedua sehinggalah deringan keenam, panggilan masih juga tidak dijawab. Dia mencuba lagi sekali tetapi keputusan yang diraih tetap sama.

           Dia mendengus kasar. Lantas beg tangan dicapai dan dia bergegas keluar dari situ. Panggilan pekerja yang ditinggalkan di dalam kamar kerjanya tidak lagi dia hiraukan.







5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now