56

4.1K 204 11
                                    

"Sebenarnya..."

           Belum sempat Nawaz menghabiskan ayatnya, Amanda menutup mikrofon tersebut dan membuatkan pihak media mempersoalkan perlakuannya itu. Begitu juga Nawaz.

           Amanda menggelengkan kepalanya dan memaksa agar Nawaz berundur. Nawaz akur dan menganggap Amanda ingin memudahkan keadaan untuknya.

           Jujur dia akui, sukar untuk dia menafikan hubungannya dengan Viya. Oleh kerana Amanda tidak merasakan perasaan yang sama, mungkin lebih baik jika dia yang bersuara.

           "Selamat pagi kepada semua yang hadir. Saya Amanda, pengurus kepada Nawaz Ayaan. Mungkin ramai yang mengenali saya menerusi gosip yang mengatakan saya dan Nawaz mempunyai hubungan yang istimewa. Ya, memang kami ada hubungan yang istimewa." Aku Amanda dan mencetuskan keriuhan.

           Lidah Nawaz menjadi kelu. Bukan ini yang mereka rancang. Lantas dia melihat ke arah Viya. Dari jauh lagi sudah kelihatan betapa kecewanya gadis itu. Dia mahu berlari dan mendapatkan Viya tetapi entah mengapa langkahnya terasa berat sehinggakan dia kaku di tempatnya.

           Viya berpaling daripada semua orang dan mengatur langkah menuju ke pintu keluar. Tidak sanggup untuk menunggu dan mendengar apa yang bakal Amanda katakan.

           "Tetapi hubungan istimewa itu tidak lebih daripada hubungan seorang adik dan kakak. Walaupun kami bukan adik-beradik kandung, saya cukup mengenali Nawaz bagaikan seorang adik. Saya cukup mengenali dia sehinggakan saya tahu dia akan menyesal untuk menafikan yang dia sebenarnya telah jatuh cinta kepada gadis yang sungguh sempurna, Nura Araviya." Sambung Amanda.

           Langkah Viya terhenti. Dia berpaling semula ke belakang dan memandang ke arah Amanda. Mata Nawaz terbeliak. Tidak menyangka Amanda sendiri yang mengucapkan semua itu.

           "Viya..." Panggil Amanda, meminta agar Viya maju ke hadapan.

           Kamera dihalakan ke arah Viya. Dia melihat ke arah Nawaz seakan-akan meminta keizinan kepadanya. Nawaz mengangguk.

           Langkah diatur menuju ke hadapan bilik tersebut. Setibanya dia di hadapan, dia terus berdiri di samping Nawaz bagaikan ada magnet yang menarik mereka berdua atau dia memang sudah biasa berada di samping Nawaz.

           Amanda berundur setapak ke belakang. Memberi peluang kepada Nawaz untuk membuat pengakuan dan bukannya penafian kerana semua orang berhak untuk mengetahui kebenaran di sebalik semua itu.

           Tiba-tiba, Viya merasakan tangannya diraih oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Nawaz.

           Nawaz menariknya agar terus berada di samping ketika dia membuat pengakuan kepada pihak media sekaligus netizen dan masyarakat.

           "Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf andai ada yang terasa ataupun tersalah anggap. Buat pengetahuan semua, Nura Araviya merupakan isteri sah saya."

           Semua orang bagaikan mendapat kejutan budaya setelah mendengar pengakuan Nawaz itu. Semakin galak pihak media bertanyakan soalan walaupun sesi soal menyoal belum bermula lagi.

           "Kami bernikah sebulan yang lalu dan hanya keluarga terdekat saja yang mengetahui yang kami telah bernikah. Sebenarnya kami hendak membongkarkan semuanya dua hari daripada sekarang tetapi atas kecuaian sendiri dan juga pihak yang hanya tahu menyebarkan fitnah, hubungan kami ini sampai ke telinga orang ramai lebih awal daripada yang dirancang. Oleh kerana saya bersetuju untuk merahsiakan pernikahan kami demi kepentingan diri sendiri, isteri saya yang terpaksa menanggung semuanya." Nawaz menoleh ke sisi untuk melihat Viya yang sedang tersenyum. Genggaman tangan mereka dieratkan lagi. "Sekali lagi, saya ingin meminta maaf dan untuk pengetahuan semua, kami tetap akan bersama. Tak kira apa sekalipun yang berlaku." Dia merenung ke dalam mata Viya sambil tersenyum.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now