36

1.6K 132 0
                                    

Sedang Viya memberikan tumpuan penuh kepada kerjanya, skrin telefonnya yang berada dalam mod getar hidup. Menandakan dia baru saja menerima pesanan ringkas daripada seseorang.

Lantas tangannya mencapai telefon miliknya.

Love the article. Lunch? – Mike

Viya merenung pesanan ringkas yang dihantar oleh Mike itu. Memikirkan jawapan yang patut dia berikan.

Belum sempat dia membalas, dia menerima satu lagi pesanan ringkas daripada Mike.

Just to show how thankful I am for the nice article you wrote. Please? – Mike

Viya mengeluh. Berapa kali agaknya Mike hendak berterima kasih kepadanya? Kan hari tu sudah makan malam bersama.

Tiba-tiba, dia mendapat idea. Jari menari pada papan kekunci telefonnya.

Okay. Text me the address. – Viya

Setelah menekan butang hantar, Viya bangun dari kerusinya dan menuju ke bilik kerja Dayang. Pintu diketuk tiga kali lalu dia masuk ke dalam.

"Oh, you rupanya! Kenapa?" Tanya Dayang, matanya fokus pada skrin monitor.

"Jom lunch." Ajak Viya, tersengih-sengih.

Dayang mencodak. Keningnya bercantum dek keliru. Apa pula mimpi Viya nak ajak dia makan tengahari bersama?

"Sekarang? Why so sudden?" Tanya Dayang pula, curiga.

"Alah, saja! Nak mengeratkan silaturrahim." Balas Viya. Cuba untuk berlagak selamba demi menyembunyikan rancangan sebenarnya.

Dayang mengaku kalah. Malas hendak berfikir lebih lanjut lagi.

"Okay." Dia bersetuju lalu mematikan komputer di hadapannya. "Shall we?" Ajaknya kemudian bangun dari kerusi kerjanya.

Viya mengangguk. Senang hati apabila pelawaannya diterima. Nampaknya, kali itu tidaklah dia berseorang saja tersangkut dengan Mike. Itulah tujuannya untuk membawa Dayang bersama.



Terik matahari seakan-akan bertambah dua kali ganda tengahari. Malang betul nasib Nawaz kerana dia terpaksa berada di bawah terik matahari buat dua jam lagi.

Jabatan Kaji Cuaca kata hari itu akan sedikit mendung tapi entah ke mana pula mendungnya. Rasa terbakar adalah.

Rancangan memasak kali itu dilakukan di kawasan luar. Untuk lebih tepat lagi, di kawasan kolam renang sebuah hotel lima bintang.

Dengan hari panas begitu, jangankan ayam, Nawaz pun rasa macam digoreng.

"Cut!" Jerit tuan direktor.

"Can we take five?" Tanya Nawaz. Betul-betul rasa tercabar dengan cuaca hari itu.

Pengarah rancangan tersebut menunjukkan ibu jarinya. Tanda okay.

Nawaz segera berlalu ke tempat yang berbumbung. Hendak berteduh buat lima minit. Sesampai saja dia di sebuah gazebo, Amanda terus menghulurkan sebotol air mineral.

Nawaz menyambut huluran Amanda itu dan terus meneguk air tanpa henti sehinggalah air dalam botol mineral tersebut tinggal separuh. Dia tercungap-cungap seperti baru selesai berlari dalam marathon.

Entah apa yang difikirkan oleh Amanda ketika itu. Tangannya yang memegang tuala segera mengelap dahi Nawaz yang berpeluh dengan bersahaja.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now