17

2.3K 191 10
                                    

Nawaz dan pujaan hatinya, Viya berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah yang baru dibuka di pusat bandar. Barulah Viya mengerti mengapa Nawaz mengenakan face mask dan topi. Rupa-rupanya, dia takut dikecam oleh peminatnya lagi.

     Setelah lama berjalan, kaki Viya mula terasa lenguh. Dia memberitahu Nawaz yang dia hendak duduk sebentar. Kebetulan pula terdapat sebuah bangku taman yang berhadapan dengan fountain yang dibina di tengah-tengah pusat membeli-belah tersebut.

      Malas hendak mencari tempat lain, Viya memutuskan untuk melabuhkan saja punggungnya pada kerusi taman yang diperbuat daripada kayu itu. Dia mengeluh sambil mengurut kakinya yang lenguh.

     Meskipun dia seorang perempuan, dia kurang gemar bersiar-siar di pusat membeli-belah tambahan lagi jika dia tidak ingin membeli apa-apa. Apabila Nawaz membawanya ke pusat membeli-belah itu, dia sudah mengeluh. Apatah lagi setelah memusing satu bangunan itu.

     Ada juga Nawaz menyuruhnya untuk membeli baju dan aksesori beberapa kali, tetapi dia menolak. Segan pula jika lelaki yang dikenalinya ala kadar saja hendak membelanjanya barangan yang rata-ratanya dengan harga mengejutkan.

     "Awak tunggu sini tahu? Nanti saya datang balik." Kata Nawaz.

     Viya tidak membalas kata-kata Nawaz. Hanya melihat lelaki itu berlalu pergi sahaja dan perlahan-lahan hilang dari pandangan matanya.

     "Aduh, apalah mimpi aku semalam sampai akur aje nak jalan-jalan dengan dia?" Rungutnya sambil tangannya mengurut kakinya. Pandangan orang lain tidak dihiraukan lagi olehnya.

     Tiba-tiba, seorang lelaki melutut di hadapannya. Dari topi berwarna hitam yang dipakai oleh lelaki itu, Viya sudah dapat mengagak lelaki itu ialah Nawaz.

     Yang menghairankan, mengapa Nawaz tiba-tiba melutut di hadapannya sehinggakan semua mata kini memandang mereka? Yang lebih menghairankan, dari mana munculnya lelaki itu?

      Tangan Nawaz menyentuh kasut bertumit tinggi yang tersarung kemas di kaki Viya. Dia menanggalkan kasut bertumit tinggi itu lalu menyarungkan kasut slip-on yang baru dibelinya tadi.

     Sebenarnya, dari awal lagi dia sudah dapat mengagak yang kaki Viya akan sakit nanti kerana memakai kasut tumit tinggi. Dari cara jalan gadis itu yang asyik hilang keseimbangan saja Nawaz sudah tahu yang dia tidak biasa memakai kasut bertumit tinggi.

      Nasib baik dia ada ternampak sebuah kedai kasut ketika mereka bersiar-siar di tingkat dua pusat membeli-belah itu. Tidaklah mengambil masa yang lama untuk dia membelikan Viya sepasang kasut yang menjamin keselesaannya jika hendak dibandingkan dengan kasut tumit tinggi yang dia kenakan tadi.

     Setelah selesai menyarungkan sepasang slip-on ke kaki Viya, Nawaz bangun lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Viya. Dia menoleh ke sisi dan mengukirkan senyuman. Meskipun topeng muka menutup bahagian mulut dan hidungnya, Viya dapat melihat senyuman yang terpalit bibirnya kerana matanya yang dikecilkan.

     "Lain kali kalau tak selesa, tak payahlah pakai high heels." Beritahu Nawaz.

     "Oh, so you do care about me?" Viya cuba memerangkap jejaka itu. Sebelah keningnya dijongketkan.

     "Eh, taklah! Cuma saya nak awak terima kenyataan yang awak tu pendek. Tak payah nak acah-acah tinggilah." Gurau Nawaz.

     "Amboi, sukanya mengata orang! FYI Encik Nawaz Ayaan, saya ini termasuk dalam kategori tinggi tahu?" Nyata Viya dengan bangga.

      "Iya ke? Tinggi awak berapa?" Tanya Nawaz. Ada udang di sebalik batu.

      "163cm." Balas Viya pula. Lengannya disilangkan lalu dirapatkan ke dada.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now