15

2.3K 195 9
                                    

Sepanjang perjalanan, Nawaz tidak berhenti mencuri pandang ke arah gadis di sebelahnya itu. Senyuman di bibir juga tidak lekang.

     Kebetulan pula Viya menoleh ke kanan dan menangkap Nawaz yang sedang memerhatikannya. Nawaz segera memalingkan wajahnya ke hadapan.

     "Kenapa awak pandang saya macam tu?" Tanya Viya dengan dahi yang dikerutkan.

     Nawaz menjongket bahu. "Saja." Jawabnya dengan selamba.

     Viya mengeluh sinis. Kepalanya digelengkan. Jawapan Nawaz itu memang sudah dijangkanya. Susah sangatkah beri kata-kata pujian terhadap Viya hari itu?

      "Awak nampak cantik hari ni." Puji Nawaz secara tiba-tiba bagaikan dia dapat membaca apa yang bermain di minda Viya.

      Lidah Viya menjadi kelu di saat mata mereka bertembung. Senyuman ikhlas dihadiahkan oleh Nawaz kepadanya.

     Viya berdehem. "Selama ni, saya tak cantik ke?" Teringin pula melihat reaksi Nawaz jika dia ditanya soalan sedemikian rupa.

     "I don't know what's wrong with me, tapi setiap kali saya pandang awak, kecantikan awak bertambah 100 kali ganda." Jawab Nawaz pula dengan senyuman herot.

     Viya cuba untuk menahan senyumannya. Tetapi pipinya yang berona merah itu menjadi bukti betapa kata-kata Nawaz itu membuatkannya gila.

     "Mengada." Komen Viya. "Kita nak pergi mana ni?" Soal Viya.

     "Saya ada shooting untuk cooking show hari ni. Awak tak kisah ke kalau awak tunggu saya kat set?" Tanya Nawaz.

     "Lama ke?" Soal Viya pula.

     "Tak adalah lama sangat. Dalam sejam lebih macam tu." Jawab Nawaz. "Kalau awak tak nak, tak apa. Saya boleh hantar awak pergi office awak dulu, and then bila shooting tu dah habis, saya jemput awak." Tambahnya lagi.

     "Eh, tak apalah! Saya okay aje tunggu awak. Menyusahkan pula kalau nak bagi awak ulang-alik ambil saya." Nyata Viya.

     Nawaz tersenyum sendiri setelah mendengar Viya sanggup menunggunya walhal apa yang Viya maksudkan ialah dia tidak kisah menunggu penggambaran Nawaz selesai. Lain pula yang diproses oleh otak Nawaz.

     Kereta yang dipandu oleh Nawaz meluncur masuk ke dalam perkarangan studio tempat pengambaran rancangan memasak yang disebutnya sebentar tadi. Dia bergegas keluar dari dalam kereta lalu membantu Viya untuk membuka pintu tempat duduk penumpang.

     Viya pula mengekalkan wajah tanpa ekspresinya. Padahal dalam hati dia sudah memuji-muji lelaki yang dicopnya sebagai budiman itu.

      "Jom." Pelawaan Nawaz disambut dengan anggukkan daripada Viya.

      Mereka berdua berjalan seiringan bersama. Masuk sahaja mereka berdua ke dalam bangunan tersebut, semua mata memandang mereka berdua.

      Dari awal lagi Viya sudah berasa tidak selesa. Tapi, takkanlah dia hendak meminta Nawaz agar menghantarnya ke pejabat masa itu?

      "Nawaz!" Panggil pengarah rancangan memasak tersebut.

      "Awak tunggu sini kejap, tahu?" Pesan Nawaz. Takut permata hati di hadapan mata itu pergi meninggalkannya.

      "Hm." Balas Viya singkat sambil tersenyum.

      Perginya Nawaz, dia berubah menjadi patung di situ. Kaku dan tidak bergerak walaupun seinci. Pandangannya juga ditundukkan. Segan dengan kru yang lain.




Syarikat majalah di bawah naungan Dayang dikejutkan dengan kehadiran seorang jejaka yang cukup elok budi bahasa dan paras rupanya.

     Jejaka tersebut menghadiahkan senyuman kepada sesiapa sahaja yang dilihatnya. Kakinya pula terus membawanya ke arah pejabat Dayang.

     "Masuk." Sahut Dayang apabila pintu pejabatnya diketuk perlahan.

     "My beloved cousin!" Sapa lelaki itu setelah dia melangkah masuk ke dalam kamar yang agak luas itu.

     "Mikail?" Riak wajah Dayang yang serius bertukar teruja. "What are you doing here?" Soalnya.

     Kedatangan lelaki yang digelar Mikail itu benar-benar mengejutkannya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba muncul di depan mata.

     "I.... miss you?" Jawab sepupu Dayang itu dengan ragu-ragu.

     Dayang tertawa. "Dah, tak payah nak menipulah! Cakap ajelah nak apa." Katanya.

     Mikail segera menarik kerusi di hadapan Dayang dan melabuhkan punggungnya pada kerusi tersebut. Dari riak wajahnya saja Dayang sudah mengagak yang dia mempunyai niat tersembunyi.

     Tidak mungkinlah seorang pakar bedah mempunyai banyak masa terluang untuk dihabiskan dengan benda yang tidak mendatangkan apa-apa faedah.

     "That girl yang kau kenankan dengan aku hari tu..."

     "Viya?" Dayang mengalihkan perhatiannya kepada Mikail.

     Mikail ataupun Mike memetik jarinya. "Yes, Viya. Dia ada tak?" Soalnya.

     "Oh, dia masuk lewat sikit kut. Dia kena interview someone." Jawab Dayang dengan bersahaja. "Kenapa?"

     "Kau ada nombor telefon dia tak?" Soal Mike lagi.

     Dayang mengecilkan matanya. Memandang Mike dengan penuh kecurigaan.

     "Kau nak buat apa dengan nombor dia?" Tanya Dayang.

     "Nak call lah! Takkanlah nak hadiahkan topup." Balas Mike dengan sinis.

     "Nak call buat apa?" Dayang mendongak dan memandang wajah sepupunya itu dengan pandangan keliru. "Kau tak payahlah kacau dia lagi. Dia dah tak minat kat kau dah. In fact, dari awal lagi dia memang tak minat kat kau. So, just forget it, okay?" Sambungnya pula.

     "Isy, kau ni! Cara kau bercakap tu, macamlah aku ni teruk sangat." Mike mencebikkan bibirnya.

     "Bukan aku pandai-pandai buat spekulasi sendiri. Dah dia yang cerita kat aku pasal perangai kau yang asyik nak judge orang tu." Dayang mempertahankan dirinya.

     "Alah, bolehlah!" Pujuk Mike lagi. Langsung tidak mengambil peduli akan pendapat Viya terhadapnya. "Bolehlah!" Tambahnya lagi. Kali ini, dia mempamerkan muka dua puluh sennya. Meminta simpati.

     "Menyedihkanlah kau ni. Takkanlah dah ada rupa, duit pun berlambak, masih tak ada awek nak kat kau." Omel Dayang sambil tangannya menulis nombor telefon Viya pada sekeping kertas. "Nah!" Kertas tersebut dihulurkan kepada Mike.

     "Alright!" Mike segera menyimpan nombor Viya di dalam telefonnya. "Aku pergi dululah." Beritahunya.

     "Haa, pergilah!" Balas Dayang. Sekadar gurauan sahaja.

     "Eh, Dayang! Kau tahu tak yang kau makin cantik?" Sempat lagi Mike mengusiknya.

     "Of courselah aku tahu!" Balas Dayang dengan yakin.

     "Tapi sayang, tak lama lagi kau jadi andartu." Tambah Mike pula kemudian bergegas pergi.

     "Kurang asam punya budak!" Jerit Dayang, tetapi Mike sudah pun hilang dari depan mata.

---

Pernah jg trfkir nak 'bersara' dari wattpad. Tapi lepas ingat balik rasa happy bila menang semua awards yg saya dah join, rasa sayang pula. So, I'll try my best to finish this story and keep on writing new and fresh stories, okay?

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now