32

1.7K 146 5
                                    

"Sorry for making you wait." Ucap Mike sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya pada sebuah kerusi yang terletak berhadapan dengan Viya.

           "Tak apa." Balas Viya sambil tersenyum.

           "Awak nak makan apa? Dah order dah?" Tanya Mike pula, membetulkan posisi duduknya.

           "Belum lagi. Tak apalah, awak order dululah."

          Buku menu dia hulurkan kepada Mike. Kebetulan pula pelayan tadi hanya memberikan sebuah buku menu sahaja. Terpaksalah mereka berkongsi.

          "Eh, ladies first lah!" Ujar Mike pula, menolak semula menu tersebut kepada Viya.

          "Tadi awak yang suggest nak makan kat sini. Awaklah order dulu. Lagi pun, lelakikan pemimpin?"!Viya tertawa kecil.

          "Oh, okay." Mike menganggukkan kepalanya lalu membelek-belek menu di tangan. "Harapnya masih ada peluang untuk jadi pemimpin hati awak." Bisiknya lalu tersenyum herot.

           "Apa dia?" Viya mengerutkan dahinya. Tidak sempat menangkap apa yang dibisik oleh Mike sebentar tadi.

           "Tak ada apa-apa." Jawab Mike dengan selamba. "How about sweet and sour fish?" Serta-merta dia menukar topik perbualan mereka.

           Viya mengangguk. "Sounds tasty to me."




Kereta Vios berwarna kelabu berkilat berhenti benar-benar di hadapan rumah Viya yang pagarnya bertutup rapat.

           "Oh, ini ke rumah awak?" Spontan saja Mike bertanya.

           "Ha'ah." Jawab Viya sambil menanggalkan tali pinggang keledarnya. "Saya masuk dulu. Terima kasih sebab belanja makan dan sudi untuk ditemu bual. I'll make sure to write good things about you." Janji Viya dengan senyuman herot.

           "Terima kasih juga sebab temankan saya makan malam. Barulah rasa berselera bila ada yang temankan makan." Ucap Mike pula.

           Senyuman ikhlas terukir di bibirnya. Memang benar dia sungguh berselera untuk makan pada malam itu. Mungkin juga kerana sudah lama dia makan bersendirian saja.

           Sekali-sekala ada temankan makan, seronok juga tapi kalaulah Viya yang bergelar teman, hari-hari seperti itu pun dia tidak kisah.

           "Viya?" Panggil Mike sebelum Viya menutup semula pintu kereta.

           "Hm?"

           "I take my words back." Tuturnya.

           Viya menjongketkan keningnya. Tidak faham dengan apa yang Mike cuba untuk sampaikan.

           "Bukan semua perempuan Melayu tu gila. I guess there are normal ones—like you." Nyatanya lalu menjongketkan bahu dengan bersahaja.

           "Hm, normal?" Viya menyindir dirinya sendiri.

           Part mana yang normal? Bukankah dia yang menjadi klon Taylor Swift tempoh hari? Itu Mike panggil normal?

           "Goodnight."

           Viya mengangguk lalu menutup rapat pintu kereta. Dia kemudiannya membuka sedikit pagar hadapan rumahnya lalu masuk ke dalam. Sedikit pun tidak menoleh ke belakang.

           Pandangannya jatuh pada kasut berwarna hitam yang disusun rapi pada rak kasut. Senyuman semakin melebar.

           Encik Suami dah ada kat rumahlah!

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now