39

1.4K 132 0
                                    

Viya membuka pintu rumah lalu mengucapkan salam. Berkerut dahinya apabila melihat keadaan di dalam rumah yang gelap-gelita.

           "Tak ada orang ke?" Soalnya sendirian, hairan.

           Dia meneruskan langkah masuk ke dalam rumah dan menutup semula pintu rumah. Sedang dia tercari-cari suis lampu dalam kegelapan, matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang berdiri tidak jauh darinya.

           Oleh kerana keadaan terlalu gelap, agak sukar untuknya melihat wajah kelibat itu. Dia menelan liur.

           "Si-siapa tu?" Tanyanya, tergagap-gagap.

           Orang tersebut mengangkat tangannya. Viya semakin menggelabah. Cuak jika orang tersebut berniat hendak mengapa-apakannya.

           Tiba-tiba, bunyi tangan ditepuk dua kali memecahkan keheningan malam. Viya dikejutkan dengan cahaya malap yang menerangi rumah itu.

           Pandangannya ditalakan ke arah lilin-lilin elektronik yang disusun seperti jalan. Matanya mengikuti arah lilin itu menghala sehinggalah dia melihat kaki seseorang di hujung jalan yang diterangi oleh lilin tersebut.

           Dengan perlahan, dia mendongak. Wajah Nawaz yang tersenyum lebar menghiasi pandangannya.

           Barulah dia dapat menghembus nafas lega. Langkah diatur menuju ke arah Nawaz berdiri. Rasa seperti seorang puteri pula apabila berjalan di antara lilin-lilin yang disusun rapi itu.

           "Hai." Kata Nawaz, tersenyum manis.

           Viya tertawa kecil. "Hai." Katanya juga lalu mengetap bibir. Menahan senyum. "Any idea on what's going on?" Tanya Viya sambil melihat sekeliling bilik yang disirami oleh cahaya lilin.           

           "Dinner?" Ajak Nawaz.

           "Why not?" Jawabnya dengan selamba walhal dalam hati sudah berbunga.

           Nawaz menghulurkan tangannya dan disambut oleh Viya. Mereka berdua jalan seiringan menuju ke sebuah meja yang disediakan oleh Nawaz.

           Seperti seorang lelaki budiman, Nawaz menarik kerusi untuk Viya duduki. Kemudian, barulah dia melabuhkan punggungnya pada kerusi berhadapan dengan Viya.

           "Kenapa tiba-tiba buat romantik dinner macam ni?" Tanya Viya, memandang wajah Nawaz yang diterangi oleh cahaya kelam lilin.

           "Saya... saya ada benda nak cakap." Kata Nawaz.

           Riak wajah Viya yang tadinya tersenyum manis, berubah keruh. Meskipun begitu, dia cuba untuk menyembunyikan debaran di dada dengan senyuman palsu.

           "Dia nak tinggalkan aku ke?" Terdetik dalam hati Viya.

           "Pasal Amanda." Tambah Nawaz lagi.

           "Kenapa dengan Kak Amanda?" Tanya Viya, pura-pura tidak tahu tentang hal apa yang hendak Nawaz bincangkan.

           Mungkinkah ini kali terakhir mereka meluangkan masa bersama?

           "There's a gossip around. Pasal saya dengan Amanda." Jawab Nawaz pula.

           "Oh. Yang korang tengah bercinta?"

           Mata Nawaz terbeliak. Hairan bagaimana Viya boleh mengetahui akan hal itu.

           "Tak payahlah nak terkejut sangat. Saya ni wartawan bidang hiburan, mustahillah saya tak tahu pasal gosip tu." Kata Viya dengan nada mendatar. "Itu yang awak tengah baca pagi tadikan?" Teka Viya.

           "Awak nampak?" Nawaz semakin terkejut dengan apa yang Viya ketahui.

           Viya sekadar mengangguk.

           "Kenapa awak diam aje? Kenapa tak marah saya? Tak..."

           "Kenapa pula saya nak marah?" Cantas Viya. "Itu semua gosip aje... kan?" Dia cuba untuk mendapatkan kepastian daripada Nawaz.

           Tiba-tiba, Nawaz meraih tangan Viya. Mata saling bertentangan.

           "Saya dengan dia tak ada apa-apa. I know all the evidence says the other way, but... saya harap sangat awak percayakan saya. You do believe in me, right?"

           Kata-kata Nawaz itu mengingatkan Viya terhadap sesuatu.

           Viya merasakan badannya diletakkan pada tilam yang empuk. Dia memalingkan wajahnya daripada Nawaz. Hendak menyembunyikan senyumannya.

           Tiba-tiba, terdengar telefonnya berbunyi. Dia berdebar. Takut yang Nawaz akan memeriksa telefonnya.

            Tiba-tiba, kedengaran Nawaz pula tertawa sinis diikuti dengan bunyi telefonnya diletakkan semula pada almari kecil bersebelahan dengan katil mereka.

            Viya memejamkan semula matanya dan berpura-pura seperti dia sedang tidur apabila dia merasakan Nawaz sedang merapatinya. Terasa ciuman lembut di dahinya.

            Dia tetap memejamkan matanya.

            "Saya percayakan awak." Bisik Nawaz di telinganya.

            Dia merasakan satu perasaan yang dia sendiri tidak dapat jelaskan tatkala mendengar sepotong ayat yang dibisik oleh Nawaz itu.

            Apabila dia yakin yang Nawaz sudah bangun daripada katil, barulah dia membuka semula matanya. Bunyi pintu bilik ditutup perlahan pula menyapa gegendang telinga.

            Viya membenamkan wajahnya pada bantal. Keliru dengan perasaannya ketika itu.

            Viya mendongak semula dan memandang Nawaz yang sejak tadi sabar menanti jawapan daripadanya. Viya mengukirkan senyuman kecil.

            "Saya percayakan awak." Tuturnya dengan lembut saja.

            Senyuman lebar di bibir Nawaz menandakan betapa leganya dia mendengar tiga perkataan itu daripada Viya. Barulah terasa seperti dia boleh bernafas semula.

            "So, apa menu malam ni? Saya laparlah." Rungut Viya seperti kanak-kanak.

            "Eh, terlupa pula nak ambil makanan!" Nawaz menggaru kepalanya. "Awak tunggu sini kejap tahu." Sempat lagi dia berpesan kepada Viya sebelum berlalu ke dapur.

            Viya mengeluh perlahan. Berharap yang keputusannya untuk mempercayai Nawaz tidak akan mengecewakannya.

———

sorry fr the long no-update-days. busy babysit adik since my parents were out of town. but I'm back so... oh btw, check out the song 👆🏻 klau yg tgh broken tu, haa ssuai sgt dgn lagu tu hehe anyways, klau suka, jgn lupa vote 🌟

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now