53

1.8K 129 5
                                    

"Aku minta maaf. Aku sepatutnya..."

           "Tak apalah. Bukan salah kau pun. Dah memang dia nak rahsiakan. Mestilah kau tak tahu. Kalau kau tahu, bukan rahsia namanya." Cantas Mike. Tersenyum hampa.

           Dayang mencuri pandang ke arah Mike sebelum melontarkan pandangannya jauh ke hadapan.

           "Aku tahu yang dia bukan satu-satunya perempuan yang kat dunia ni and even..." Mike tunduk memandang lantai. Matanya berkaca. "Even aku tahu dia tak sesempurna yang aku sangka, hati aku masih sakit."

           Dayang dikejutkan dengan esakan yang datang dari sebelahnya. Dia hanya mampu menepuk bahu Mike. Memberikannya sokongan sepenuhnya.

           "Sakit sangat." Ulang Mike lagi lalu menyeka air matanya.

           "Alah, tak payahlah sedih! Nanti aku carikan kau yang sepuluh kali ganda lebih bagus." Pujuk Dayang.

           "Tapi takkan ada yang dapat bagi aku rasa perasaan yang sama macam masa aku dengan dia." Ujar Mike, matanya terpejam rapat.

           Dayang mengeluh. Rasa bersalah.

           "Lama jugakan kita tak lepak macam ni. Teringat pula masa kau kena tinggal dengan boyfriend kau masa sekolah menengah dulu. Bukan main lagi kau menangis, meraung kat bahu aku." Seloroh Mike. Tertawa semula.

           "Eleh, kau pun sama! Aku rasa, kau lebih teruk kut." Balas Dayang.

           Mike menolak bahu gadis di sebelahnya itu dengan perlahan. Dayang pula membalas tolakan itu. Mereka berdua tertawa. Sama macam zaman remaja mereka.







"Saya sumpah, saya tak buat apa-apa pun!" Getus Viya, cuba untuk memperlahankan suaranya memandangkan Puan Zalikha berada di ruang tamu. Dia tidak mahu membuatkan ibunya risau.

           "Kalau awak tak ada apa-apa dengan dia, kenapa sampai dia nak lamar awak? Takkan dia nak main lamar macam tu aje kalau dua-dua tak ada perasaan yang sama?"

           "Okay, mungkin dia ada perasaan kat saya tapi saya langsung tak ada simpan apa-apa perasaan pun kat dia."

           "What about me? Apa perasaan awak kat saya?" Tanya Nawaz. Anak matanya memandang tajam wajah Viya.

           Viya terdiam.

           "Sedangkan awak sendiri tak pasti apa perasaan awak terhadap saya, macam mana awak pasti sangat yang awak tak ada perasaan kat dia?" Nawaz berpaling daripadanya. Sebelah tangan mencekak pinggang, sebelah lagi meraup kasar rambut.

           "Can you stop talking as if awak tak bersalah langsung?" Sinis saja nada Viya. "At least saya tak adalah hari-hari nak berkepit dengan Mike macam awak dengan Amanda! Kalau awak suka kat dia, kenapa kahwin dengan saya?!" Dia tidak lagi menghiraukan jika Puan Zalikha terdengar perbalahan mereka malam itu.

           "Suka? Awak merepek apa ni?"

           "Merepek? Awak sedar tak setiap kali dia ada dengan kita, awak tak pernah panggil saya sayang? Kenapa? Awak takut dia jealous? Takut yang korang akan bergaduh? Hm? Jawablah!"

           "Awak sendiri yang nak rahsiakan pasal perkahwinan kita, kan?"

           "Daripada pengetahuan orang lain, yes! Tapi Amanda dah tahu pun yang kita dah kahwin! Dia sendiri saksikan akad nikah kitalah! Apa lagi alasan awak?"

           "Sekarang ni, kita tengah cakap pasal awak dengan Mike! Bukan pasal saya dengan Amanda!"

           "Tapi sebagai seorang isteri, saya berhak tahu pasal awak dengan Amanda!"

           "Oh, sekarang baru nak mengaku awak tu isteri saya?" Nawaz menepuk tangannya. Sarkastik. "You know what? I can't do this anymore. I just can't!"

           "Then, go. Pergilah. Tinggalkan saya. Nothing new about it. People leave me all the time. Kalau awak nak pergi, silakan. Saya takkan halang awak." Dia berpeluk tubuh.

           Nawaz tidak pasti jika dia dapat menahan diri dan mengawal kemarahannya. Takut sekiranya dia akan melukai Viya secara tidak sengaja, dia terus memulas tombol pintu.

           "Just so you know, Encik Nawaz Ayaan. Saya betul. Cinta tu tak wujud. Even awak pun tak dapat buktikan sebaliknya."

           Nawaz meninggalkan bilik mereka dengan kemarahan yang meluap-luap. Pintu bilik ditutupnya dengan kuat sehinggakan bunyinya bergema di seluruh rumah.

           "Nawaz, kenapa ni? Kenapa menjerit-jerit?" Puan Zalikha menghampirinya.

           "Ibu, Nawaz minta maaf bu. Nawaz tak boleh." Katanya dan terus mengatur langkah pergi.

           "Nawaz! Nawaz!" Panggilan Puan Zalikha tidak bersahut.

           Pintu bilik dibuka dan perkara pertama yang dia lihat ialah anak gadisnya yang sedang duduk pada sisi katil. Pandangan kosong dilontarkan ke ribanya.

           "Viya... kenapa ni?" Lembut saja suaranya.

           "Ibu... boleh tak Viya ikut ibu? Viya tak nak hidup dah." Dia teresak-esak.

           "Astagfirullahaladzim! Apa cakap macam tu?"

           "Viya dah lama give up dengan hidup Viya. Kalau ibu tak ada, Viya dah tak ada alasan untuk terus hidup. Viya ikut ibu ya?"

           "Jangan cakap tu. Sayu hati ibu dengar anak ibu cakap macam tu." Rambut Viya dibelai dengan penuh kasih sayang. Air mata mengalir di pipi.

           Hanya esakan kedengaran daripada Viya.







"Sekarang Nawaz nak buat apa? Satu Malaysia fikirkan yang Nawaz buat benda tak senonoh! Keluar masuk rumah anak gadis orang!" Suara Puan Rubiah memenuhi segenap ruang.

           "Tapi Nawaz tak buat apa-apa yang salah pun. Biarlah orang nak fikir apa."

           "Nenek dah kata, memang perempuan tu ada simpan jantan lain! Nawaz tak nak percaya! Sekarang? Tengok apa dah jadi!"

           "Dahlah tu, nek! Bukan salah Nawaz punlah." Amanda membelanya. "Sekarang ni, Nawaz pilih. Kita buat press conference, sama ada Nawaz mengaku yang perempuan tu isteri Nawaz atau sembunyikan identiti dia yang sebenar and lie to the media yang Nawaz tak bersendirian dengan dia di rumah tu and tell them yang I was there too." Dia memberikan dua pilihan kepada Nawaz.

           "I'll lie to the media." Jawab Nawaz tanpa berfikir dua kali dan terus berlalu ke bilik tidurnya yang lama sebelum dia berpindah keluar dari rumah tersebut.

           Amanda tersenyum herot.

———

Citer ni dah completed sebenarnya. Ada 56 bab so nak kena update 3 bab lagi la. tapi hari ni double update aje sbb tak larat nak edit byk2 hehe. kalau suka, jgn lupa vote 🙆🏻‍♀️

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now