12

2.4K 198 12
                                    

Viya duduk di dalam kereta seperti yang disuruh oleh Nawaz. Tadi dia menerima pesanan ringkas daripada Nawaz yang menyuruhnya untuk meletakkan keretanya di hadapan taman yang mereka kunjungi semalam.

     Bukan itu sahaja, Nawaz turut menyuruhnya agar kekal berada di dalam kereta dan jangan ke mana-mana. Dia akur saja tanpa menyoal.

      "Isy, mana pula dia ini?" Bukan main lambat! Getus Viya. Tangannya mengipas mukanya yang panas. Dahlah aircond kereta ini dah nazak! Tambahnya lagi.

      Tiba-tiba, cermin keretanya diketuk. Lelaki yang berdiri di tepi kereta itu lebih tinggi berbanding kereta Viya, menyukarkannya untuk melihat wajah lelaki tersebut.

      Mahu tidak mahu, Viya terpaksa menurunkan cermin keretanya yang tua itu. Alih-alih, lelaki itu membuka pintu kereta tempat duduk pemandu.

      Viya mendongak dan mendapati lelaki itu merupakan Nawaz yang mengenakan topi untuk menutup wajahnya. Mungkin takut dikecam oleh peminatnya.

     "Encik Nawaz nak buat apa ini?"Tanya Viya.

     "Hari ini saya yang drive." Kata Nawaz, tersenyum herot.



Sudah hampir setengah jam Nawaz memandu di sekitar ibu kota yang sibuk itu. Ke mana destinasi mereka, Viya pun tidak tahu.

      Kedua-dua mulut dikunci. Sepatah pun tidak kedengaran. Hanya suara DJ di radio saja yang dari tadi petah berbicara tanpa henti.

      "Aduh, dari tadi asyik bercakap aje! Mainkanlah lagu!" Omel Viya dengan perlahan.

      Nawaz yang terdengar omelan perlahan dari gadis di sebelahnya itu tidak dapat menahan diri daripada tersenyum.

      "Saya paling tak suka kalau DJ kat radio bercakap banyak, then mainkan satu lagu aje setiap setengah jam." Beritahu Nawaz meskipun tidak ditanya.

      "Kan!" Kata Viya. Terlebih teruja.

      Dia segera menekup mulutnya. Malu pula setelah memberikan reaksi yang melampau terhadap pernyataan Nawaz itu.

      "1-0." Kata Nawaz. Matanya fokus memandang jalan raya yang terbentang luas di hadapan.

      Viya menoleh ke arah Nawaz dengan muka blur. Tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Nawaz.

      Kenapa pula tiba-tiba 1-0? Bukannya mereka sedang menonton perlawanan bola sepak ataupun hoki.

      "Satu markah untuk saya sebab I found something that we share in common. Kosong markah untuk awak sebab senang sangat setuju dengan saya." Jelas Nawaz. Tersenyum puas.

      "Tak ada markah."Kata Viya.

      "Hah?" Nawaz pula yang keliru.

      "Bukan kosong markah. Tak ada markah." Viya membetulkan tatabahasa lelaki di sebelahnya itu.

      "Oh." Mulut Nawaz dibentukkan menjadi o.

      Viya menahan tawanya daripada terlerai. "Sekarang kita seri sebab senang sangat awak nak setuju dengan saya." Dia mengajuk kata-kata Nawaz tadi. "Clever girl, clever girl, clever!" Viya menyanyikan lagu rancangan popular di televisyen.

      Nawaz mendiamkan diri. Viya memandangnya dengan rasa puas. Menganggap Nawaz tidak berpuas hati dengan markah mereka yang kini seri.

      "Terima ajelah kekalahan awak. Girls are always right." Viya memetik jarinya dan berlagak seperti seorang diva.

     "Awak." Nawaz tiba-tiba bersuara.

     "Hah?"

     "Awak panggil saya dengan panggilan awak. Dia menoleh ke sisi." Memandang Viya dengan senyuman paling ikhlas. "Saya suka awak panggil saya macam tu." Ujarnya.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now