6

2.7K 230 4
                                    

Viya berputar-putar di kerusi kerjanya. Cuba untuk mencepatkan masa lapangnya berlalu. Rasa bosan pula rasanya apabila tidak mempunyai apa-apa kerja untuk disiapkan.

     Tiba-tiba, satu suara feminin menyapanya. Dia berputar 180 darjah dan menghadap empunya suara yang ayu itu. Wanita yang lebih senang dikenali sebagai Kak Kina oleh semua orang di bangunan itu berdiri di hadapannya.

     “Kak Kina! Kenapa? Nak Viya bantu apa-apa ke?” Tanya Viya. Senang sekali hendak membantu. Tidaklah masanya terbuang begitu saja.

     “Tak. Kak Kina nak tanya ni.” Kata Kak Kina.

     “Tanya? Tanyalah.” Balas Viya dengan selamba. Kalau tiada kerja hendak dibuat, berbual pun jadilah.

     “Betuikah hang nak interview retis baru tu?” Tanya Kak Kina.

     “Ha’ah.” Viya menegakkan postur duduknya. “Kak Kina pun kenal ke dengan dia?” Tanya Viya pula.

     “Hei, apa pulak tak kenal?! Kak Kina suka sangat tengok dia tu! Dahlah reti masak, kacak pulak tu. Memang man of the dreamlah!” Ujar Kak Kina dengan teruja. “Untunglah hang dapat jumpa dia. Apa kata hang try pikat dia? Manalah tahu sangkut?” Cadang Kak Kina lagi.

    Viya tertawa kecil. “Ha’ah, Kak Kina. Esok, lusa, ibu Viya sangkut dia kat pokok kelapa.” Gurau Viya pula.

     “Isy, hang ni!” Kak Kina menampar perlahan lengan Viya. “Hang ni tak berminat ke nak bercinta? Dari dulu sampailah sekarang, Kak Kina tengok hang ni asyik single mingle aje.” Soal Kak Kina pula.

     “Tak. Tak berminat langsung.” Jawab Viya tanpa berfikir. “Viya happylah seorang-seorang macam ni. Buat apa nak serabutkan kepala dengan benda remeh-temeh macam tu?” Tambahnya lagi lalu mengeluh sinis.

     “Itu sebab hang tak tau lagi bahagia berumah tangga! Nanti kalau dah rasa, hmm memang bahagia sampai jannah!” Beritahu Kak Kina. Yakin sungguh.

     Viya tertawa kecil lagi. Makin dilayan, makin menjadi-jadi pula Kak Kina ini. Ada saja perkara mengarut yang hendak disampaikannya. Nasib baik ada unsur-unsur yang menghiburkan.

     Jam tangan yang dibelinya di pasar malam ditilik dengan lama. Umur sudah 24 tahun. Tapi nak kira minit pun masih belum pandai lagi.

     “Kak Kina, Viya gerak dululah. Nanti jalan jam, terlambat pula.” Beritahu Viya.

     “Haa, iyalah! Hati-hati bawa kereta tu!” Pesan Kak Kina.

     “Assalamualaikum!” Ucap Viya lalu beredar.



Masuk sahaja Viya ke dalam perut keretanya yang tidak berapa mewah itu, dia menerima pesanan ringkas daripada Dayang. Tertera alamat sebuah kafe yang perlu dia tujui untuk sesi menemu bual seorang selebriti yang namanya meningkat naik.

     Daripada apa yang didengarnya, semua wartawan di tempat syarikat dia bekerja mahukan tugasnya itu. Tampaknya, semua rakan sekerjanya itu sudah angau dengan selebriti baru itu. Malangnya, dia tidak akan jatuh kepada lelaki itu.

     Setelah setengah jam memandu di tengah kesesakan jalan raya, akhirnya dia tiba jua di destinasinya. Enjin kereta dimatikan dan dia keluar dari perut kereta. Masih ada sepuluh minit lagi sebelum waktu yang dijanjikan. Tidak perlulah terburu-buru rasanya.

     Pandangannya jatuh pada sebuah kereta yang diletakkan bersebelahan dengan keretanya. Kereta berwarna perak dan berkilat itu membuatkan keretanya kelihatan usang sekali. Dia terjongket-jongket mencari tempat meletakkan kenderaan lain yang masih kosong.

     Bibirnya muncung sedepa apabila mendapati semua parking lot sudah penuh dengan kereta-kereta berjenama yang lain. Hanya keretanya saja yang kecil dan tidak berkilat seperti kereta yang lain.

     “Tak apa. Yang penting kereta aku masih boleh jalan. Tak mewah, tak apa.” Omelnya sendirian lalu meneruskan langkahnya.

     Masuk sahaja dia ke dalam kafe, dia dapat menangkap pandangan para pelanggan yang dilontarkan ke suatu meja di mana seorang lelaki sedang duduk bersendirian sambil membelakangi mereka.

     Tips pertama cara nak cari artis dalam khalayak ramai; orang yang menarik ramai perhatian mesti famous. Confirm famous punyalah!

     “Hm, dari belakang nampak handsome! Rambut stylish, penampilan pun not bad, kulit cerah, badan pun tegap, agak-agak ada six pack tak? Agak-agak aku boleh minta dia tunjukkan six pack dia untuk majalah tak?” Viya berteka-teki sendirian.

     “May I help you?” Sapa seorang pelayan.

     “No, it’s okay.” Balas Viya sambil tersenyum.

     Dia meneruskan lagi langkahnya menuju ke arah lelaki itu. Ramai pelanggan yang menjongket kening apabila melihat Viya berjalan ke arah di mana meja yang diduduki lelaki itu berada. Tertanya-tanya, siapakah gadis yang berpakaian kolot dan tidak bergaya itu?

     Viya berdehem kecil untuk memberitahu tentang kehadirannya kepada lelaki itu. Hairan juga apabila lelaki itu tidak memberi apa-apa tindak balas.

     “Hai, pekak ke apa?” Soal Viya dalam hati.

     Dia berdehem sekali lagi dan masih mendapat keputusan yang sama. Naik geram jadinya. Orang lain juga mula ketawa mengekek melihat dia tidak dilayan oleh selebriti itu.

     “Haih, sabo ajelah!” Gerutunya.

     Dia mengatur langkahnya menuju ke kerusi berhadapan dengan lelaki itu. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi dan dia duduk mencatuk. Menunggu lelaki itu untuk menegurnya. Saat demi saat berlalu, lelaki itu masih mendiamkan diri.

     “Hai, main kasar nampak!” Bisiknya pula. Boleh pula lelaki di hadapannya itu buat tidak tahu saja.

    Buku nota yang berada dalam pegangannya dihempaskan pada meja sekuat yang mungkin. Ternyata, lelaki di hadapannya itu mengenakan earphone dan terlelap seketika. Dentuman kuat pada meja mengejutkan lelaki itu.

     Viya masih mencatuk. Keningnya bercantum tanda tidak berpuas hati. Lelaki itu juga mengerutkan keningnya. Bukan marah, bukan terkejut, tetapi dia sibuk meneliti wajah gadis di hadapannya itu.

     Dia menanggalkan earphone yang dikenakannya. “Jo-jodoh?!” Jeritnya secara tiba-tiba.

     Viya serta-merta mendongak. Matanya terbeliak apabila melihat wajah empunya suara itu. Terasa seperti jantungnya terjatuh ke lantai. Semua mata memandang mereka apabila lelaki itu menjerit perkataan ‘jodoh’.

     “Eh, jodoh? Girlfriend dia ke?”

     “Kena tangkap gambar ni.”

     “Alah, aku baru aje mula minat kat dia! Takkanlah dah ada girlfriend?”

     Viya memandang sekelilingnya. Orang ramai mula menangkap gambar mereka bersama-sama. Kenapalah lelaki di hadapannya itu menjerit perkataan yang paling dia anti itu?

     “Jo-jodoh!” Jerit lelaki itu lagi sambil menudingkan jarinya ke muka Viya.

     Viya kembali memandang lelaki itu. “Mampuihlah cik!”

---

- sorry lama tak update. tgh brperang dgn addmath ni haa

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now