33

1.7K 138 3
                                    

Rambut diikat menjadi sanggul. Sambil menuruni anak tangga, dia menguap. Tidur enam jam pun tak cukup.

"Selamat pagi Princess!" Jerit Nawaz sambil mendepakan tangannya.

Sampai saja Viya di anak tangga terakhir, Nawaz terus memeluknya dengan erat. Rasa macam rubber duck pula.

"Eh, eh kenapa ni?!" Viya cuba untuk melepaskan diri dari cengkamannya.

"Rindulah kat awak." Kata Nawaz sambil tersengih. Masih lagi memeluk Viya.

"Awak ni, lepaslah! Nanti ibu nampak, kan malu." Getus Viya, dahi berkerut seribu.

Nawaz terus melepaskannya. Mulutnya muncung sedepa. Haa, mulalah nak merajuk tu!

"Ibu mana?" Tanya Viya, tangannya membetulkan hujung t-shirtnya yang dia kenakan.

"Entah. Pergi pasar kut." Balas Nawaz, acuh tak acuh.

Viya menyembunyikan senyumannya. Suka bila melihat Nawaz merajuk. Macam budak-budak pun ada juga.

"Hm, budak-budak? Bila agaknya rumah ni ada budak-budak eh? Mesti lepas tu tak sunyi lagi, kan?" Bisik Viya dalam hati.

"Haa, mengelamun lagi!" Bentak Nawaz, memetik jarinya untuk mengejutkan Viya.

Viya cepat-cepat memadam apa yang difikirkannya tadi dan beralih semula kepada suaminya, Nawaz.

"Awak..." Panggil Viya dengan manja.

"Apa dia?"

"Sebelum kita kahwin, awak ada kata yang awak akan masak untuk sayakan?" Viya menari-narikan keningnya.

Nawaz yang dari tadi berpeluk tubuh terus menurunkan tangannya dengan perlahan. Mengeluh.

Taktik merajuknya tak menjadilah pula. Last-last, dia juga yang kena masak.

Ingatkan kalau merajuk, Viya naklah masakkan sarapan pagi. Walaupun tak sedap, sekurang-kurangnya dia cuba.

Tapikan, sebab cinta, biar hangus sekali pun, dia sanggup telan. Yang penting air sirap ada di sebelah. Sambil telan makanan, sambil telan airlah. Macam makan ubat.

Mudah sikit masakan Viya nak ditelan nanti.

Tapi, nanti apanya? Dah dia yang kena masak. Hm, itulah! Tabur lagi janji manis! Kang tak boleh tunaikan, pahitlah rumah tangga kau.

"Okay, saya masak tapi dengan satu syarat." Nyata Nawaz, jari telunjuknya diangkat.

"Alah, tengah lapar ni! Syarat apa pula?" Viya menggosok perutnya yang kosong. Kesabarannya semakin menipis.

"Awak kena teman saya masak." Nawaz meletakkan bahunya di sekeliling bahu Viya.

"Masak? Saya tak pandai masak." Viya menggelengkan kepalanya.

"Isy!" Nawaz membelai kepala Viya dengan kasar sehinggakan sanggulnya rosak. "Teman saya. Bukan tolong masak. Kita berbual ke, nak buat scene sweet-sweet ke?" Terang Nawaz pula.

"Oh, berbual!" Viya terangguk-angguk.

"Eh, kan aku ada bagi dua example tadi. Takkanlah dia tangkap part berbual aje?" Geram pula dibuatnya.

"Okay! Tapi awak kena masak sedap-sedap!" Arah Viya pula.

"Saya kalau masak, tak pernah tak sedap tahu? Confirm 100% akan sedap!" Nyata Nawaz dengan bangganya.

"Eleh, Dettol pun basmi 99.9% kuman aje tahu? Entah-entah, masakan awak tu 10% pun tak sampai." Ejek Viya pula. Cemburu sebenarnya.

"Itu..." Nawaz melarikan tangannya dari terus memeluk bahu Viya. "...bukan masakan saya. Itu masakan awak!" Sempat lagi dia menuding ke muka Viya sebelum lari lintang-pukang ke dapur.

"Kurang asam!" Jerit Viya sambil menggelengkan kepalanya. "Patutlah dia lepaskan aku. Nak lari rupanya." Tambahnya lagi dengan nada separa berbisik.

Tatkala teringat semula betapa hangatnya dia setiap kali Nawaz rapat dengannya seperti tadi, dia terus tertawa kecil. Bahagia? Mungkin.



Semangkuk besar nasi goreng Amanda letakkan pada meja makan. Kemudian dia mengambil dua buah pinggan dan kembali ke ruang makan.

Dia menyusun pinggan tersebut pada meja makan. Tiba-tiba, dahinya berkerut. Seperti ada sesuatu yang kurang.

Pandangannya jatuh pada pinggan-pinggan tersebut. Hanya ada dua saja. Dia tersenyum kelat.

Selama ini, sarapan, makan tengahari, makan malam, pasti ada tiga pinggan yang dia sediakan. Namun kali ini hanya ada dua saja.

Ternyata yang kurang itu adalah kehadiran Nawaz di rumah itu.

"Amanda." Sapa suara seseorang diikuti dengan bunyi kerusi ditarik.

"Nenek." Amanda menyembunyikan kehampaannya. "Amanda masak nasi goreng hari ni. Nenek nak? Kalau tak nak, Amanda boleh sediakan..."

"Tak apa. Kan cucu nenek yang masak. Takkan nenek tak nak jamah kut." Cantas Puan Rubiah pula lalu duduk pada kerusi.

Amanda tersenyum lebar setelah mendengar kata-kata Puan Rubiah itu. Kekecewaannya sedikit sebanyak terubat.

"Sebab itulah Amanda sayang nenek!" Getusnya sambil mengisikan pinggan Puan Rubiah dengan nasi goreng.

"Nawaz? Amanda tak sayang?" Soal Puan Rubiah tanpa dijangka.

Amanda meletakkan pinggan tersebut di hadapan Puan Rubiah lalu duduk pada kerusinya. Senyuman dipaksa untuk menghiasi wajah.

"Mestilah sayang. Kakak mana yang tak sayang adik?" Balasnya lalu mengisi pinggannya pula dengan nasi goreng yang dimasaknya.

"Amanda, Nawaz tu bukan adik kandung kamu, tahu?" Puan Rubiah bersuara lagi.

"Tahu. Tapi Nawaz pun dah gelar Amanda sebagai kakak. Amanda pun... dah anggap dia macam adik sendiri." Jawab Amanda. Sesuap nasi goreng masuk ke mulut.

"Tapi both of you can still marry each other. Tak salah sebab kamu berdua bukannya ada pertalian adik-beradik kandung." Kata Puan Rubiah. Penuh makna tersirat.

Amanda pura-pura tertawa. Menyembunyikan perasaannya dengan tawa yang palsu tetapi mampu untuk memperdayakan sesiapa saja yang mendengarnya.

"Takkanlah nak kahwin dengan Nawaz? Geli pula!" Getusnya lalu tertawa lagi.

Puan Rubiah mengeluh panjang. Taktiknya tidak menjadi. Akhirnya, dia beralih kepada sarapan paginya. Kalau dah sejuk nanti, takut tak menyelerakan pula.

Tawa Amanda beransur reda. Akhirnya dia hanya tersenyum sendirian. Bukan kerana suka. Tetapi kerana bersimpati ke atas dirinya.

———

Tadi jumpa dentist. MAK AIH HENSEM SIAAAAAAAAAAAAA and guess what? masa dia tampal gigi aku, aku pun trinspired utk tulis citer baru HAHAHAHAHAHAHAHA klise tak?

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now