24

1.9K 157 8
                                    

Hari itu, Viya kerja separuh masa sahaja kerana dia sudah pun meminta cuti selama seminggu. Bosnya, Dayang juga sudah memberi kebenaran.

Tetapi, Viya terpaksa membuat alasan yang lain untuk menyelindungi alasannya yang sebenar. Kalaulah dia memberitahu Dayang yang dia akan bernikah dua hari dari sekarang, confirm kecoh satu office!

Dia tiba di kawasan meletakkan kenderaan. Langkahnya menjadi perlahan apabila telefonnya berdering.

Berkerut dahinya apabila melihat nombor pemanggil yang dia tidak kenali. Baru saja jari hendak menekan butang jawab panggilan, kedengaran namanya dipanggil.

Dia mendongak. Seorang lelaki yang mengenakan baseball cap dan berkaca mata bersandar pada pintu keretanya dengan lengan yang disilangkan.

Telefon dalam tangan berhenti berdering. Dia memutuskan untuk menelefon pemanggil itu kemudian saja. Maklumlah, buah hati ada depan mata. Buat apa nak peduli pasal hal lain yang belum tentu lagi mustahak atau tidak?

"Hai." Nawaz melambaikan tangannya.

Viya berhenti di hadapan Nawaz. "Buat apa kat sini?"

"Awak cutikan?"Tanya Nawaz.

Viya sekadar menganggukkan kepalanya.

"Okay, cantek! Jom jalan. Kita shopping gaun pengantin ke, perabot rumah ke, cadar tilam baru ke?" Bahu Viya dicuitnya dengan manja.

"Hei, jangan nak mengada okay?!" Dia menudingkan jarinya ke muka Nawaz.

"Orang nak manja sikit pun tak boleh." Mulalah merajuk lagi.

"Itu bukan manja, itu menggatal."

"Dah tu, kalau manja macam mana? Cuba demonstrate sikit."

"Amboi, banyak cantik! Ingat kita ni bodoh sangat ke sampai nak terpedaya? No, okay."

"Viya?" Panggil Nawaz.

"Apa?"

"I love you."

Viya kaku di tempatnya. Dia memandang Nawaz dengan mata yang membulat. Terkejut dengan pengakuan yang tiba-tiba itu.

"Tak nak jawab ke?"

"Kita guna kereta awak ke kereta saya?" Viya segera menukar topik perbualan mereka. Terasa pipinya hangat apabila diusik begitu.

"Saya mana ada bawa kereta saya." Nawaz menyembunyikan kehampaannya.

"Dah tu awak naik teksi ke tadi?"

"Tak. Kak Amanda yang hantar tadi." Jawabnya dengan selamba.

Viya menundukkan sikit kepalanya. "Oh. Kalau macam tu kita naik kereta saya ajelah. Awak nak drive ke saya yang drive?"

"Biar saya ajelah yang drive. Kesian awak. Mesti awak penat bekerjakan?"

Viya tersenyum kecil. "Half day aje kut. Tak adalah penat sangat." Katanya. "Dahlah, jom."



Hampir dua jam mereka berada dalam butik pengantin berbalah tentang fesyen gaun pengantin untuk akad nikah mereka nanti.

Nawaz inginkan gaun yang lebih elegan, beropol dan penuh dengan manik-manik yang berkilauan tetapi Viya pula inginkan sesuatu yang simple sahaja.

Nawaz mahukan gaun yang berwarna lembut seperti rose gold tetapi Viya pula mahukan sesuatu yang klasik, gaun berwarna putih.

Oleh kerana terlalu tertekan dengan situasi itu, Viya mengatakan yang kalau Nawaz tidak mengaku kalah, dia akan menghadiri akad nikah mereka memakai baju t-shirt dan seluar jeans sahaja.

Terpaksalah Si Jejaka mengaku kalah.

"Okay, we'll come again." Kata Viya kepada pekerja yang bersama mereka sepanjang sesi memilih gaun itu.

Mereka berdua melangkah keluar dari butik pengantin tersebut. Bibir Nawaz sudah muncung sedepa. Merajuklah tu orang tak bagi dia menang.

"Nak pergi mana lagi?" Tanya Viya.

Dia mencuri-curi pandang ke arah Nawaz yang asyik dengan rajuknya itu. Menghiburkan hati betullah!

"Nak balik!" Balas Nawaz.

"Kita pergi makan aiskrim, nak?" Pujuk Viya.

Nak biarkan merajuk lama-lama, kesian pula. Bukannya dapat apa pun kalau dibiarkan merajuk lama-lama.

"Makan aiskrim?" Kening Nawaz terjongket. "Awak belanja ke?" Soalnya.

"Iyalah. Awak dah belanja saya dress, saya belanjalah awak aiskrim." Seloroh Viya.

"Takkanlah belanja aiskrim aje? Mana aci!"

"Kalau nak minta lebih-lebih, tunggu lepas kahwin nanti. Dah, jom!" Balas Viya lalu bergegas ke keretanya.

"Oh my God! Dia faham apa yang kita nak, uolss!" Jerit Nawaz.

Serupa macam kaum kunyit lagaknya.

---

+ bab ni short sgtla. 581 words only. sorry but the upcoming bab mmg words 1000+ smuanya hehe maklumlah, dah dpt smgt nak teruskn balik :)

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now