11

2.4K 210 10
                                    

Rambutnya yang ikal mayang disikat sehingga hujung agar kelihatan lebih kemas. Pantulan wajahnya dicermin dia pandang.

Deringan telefon mengejutkannya. Sikat rambut diletakkan pada meja solek lalu mencapai telefonnya yang berada benar-benar di hadapannya.

"Viya!" Panggil seseorang di hujung talian. Seolah-olah lega Viya menyambut panggilan telefonnya.

"Kenapa, Din?" Tanya Viya.

Din merupakan seorang jurukamera yang turut bekerja di bawah syarikat yang sama dengan Viya. Di mana saja Viya pergi untuk menemu ramah orang, dia akan membawa Din bersama.

Semalam, dia sengaja tidak membawa Din. Takut menyusahkan pula untuk dia bekerja waktu malam. Lagipula, wawancara semalam juga belum selesai lagi.

"Viya, aku tak boleh nak ikut kau pergi interviewlah!" Kata Din. "Aku rasa aku tersalah makan kut. Dari tadi asyik pergi toilet aje." Jelasnya lagi.

"Oh, iya ke? Tak apalah. Kalau macam tu, kau rehat ajelah. Biar aku aje yang pergi." Balas Viya pula. Bersimpati ke atas rakan sekerjanya itu.

"Thank you Vi." Ucap Din. Semakin lega apabila Viya tidak memarahinya.

"Hm. Get well soon." Balas Viya lalu menamatkan panggilan.

Dia meletakkan semula telefonnya pada meja solek. Mendongak memandang wajahnya di cermin meja solek tersebut.

"Takkanlah aku nak jumpa Alien tu seorang-seorang lagi?" Dia mengeluh kecil.



Set pengambaran untuk rancangan memasak yang menjemput Nathan pada hari itu sedang sibuk untuk membuat persediaan. Nathan pula sedang berbincang dengan pengarah bagi rancangan itu berkenaan apa yang perlu dia lakukan.

Tiba-tiba, terasa poket seluar yang dia kenakan bergetar. Tangan diselukkan ke dalam poket dan mengeluarkan telefonnya.

Terbeliak matanya apabila melihat nama Viya tertera sebagai nama pemanggil. Teruja bercampur hairan meluap-luap dalam diri.

"Shhh!" Jari telunjuk diletakkan di bibir. Menyuruh semua orang yang berada di set pengambaran itu diam.

Semua mata memandangnya. Termasuklah Amanda, pengurusnya sendiri. Apa pula yang hendak dilakukannya lagi?, fikir Amanda.

Butang jawab panggilan dia tekan lalu telefon dirapatkan ke cuping telinga. Menanti suara ayu dari hujung talian untuk menyapanya.

"Assalamualaikum." Ucap Viya.

Cair pula hati Nawaz mendengar ucapan salam dari buah hatinya itu. "Waalaikumussalam. Semalamkan baru jumpa, takkanlah dah rindu kut?" Usik Nawaz. Tersenyum herot.

Semua orang terkejut dengan pernyataan Nawaz itu. Siapa pula gerangan gadis yang dijumpainya semalam? Rasa ingin tahu semakin menjadi-jadi lagi apabila Nawaz menyebut perkataan rindu.

Kedengaran Viya mengeluh di corong talian. "Encik Nawaz busy ke?"

"Busy? Eh, mana ada busy! Tak busy langsung! Tengah duduk kat rumah ni hah!" Balas Nawaz pula tanpa menghiraukan pengarah rancangan memasak di hadapannya itu. "Kenapa awak tanya?" Soalnya pula.

"Saya ingat nak sambung interview semalam." Jawab Viya. "Is that okay with you?" Viya bertanya. Sekadar hendak memastikan saja.

Amanda yang dari tadi asyik memerhatikannya mula mengatur langkah ke arah Nawaz. Ingin tahu siapa yang memanggilnya masa-masa begitu.

"Sure. I'll text you the address later?" Balas Nawaz.

"Okay." Balas Viya lalu panggilan ditamatkan.

"Siapa yang call?" Tanya Amanda dengan segera setelah panggilan ditamatkan.

"I need to go. Kita tangguhkan ajelah shooting ni, okay?" Nawaz menepuk bahu pengarah tersebut. "Bye!" Jeritnya lalu beredar dari situ dalam keadaan terburu-buru.

Amanda pula tersepit di antara masalah itu. Wajah pengarah rancangan memasak tersebut jelas tidak puas hati.

Semua peralatan sudah disediakan oleh kru. Mereka juga sepatutnya memulakan rakaman dalam lima minit lagi. Kini, Nawaz pula memutuskan untuk menangguhkan pengambaran itu.

"Excuse me." Kata Amanda kepada pengarah tersebut.

Dia turut meninggalkan set pengambaran itu untuk mengekori Nawaz yang membawanya ke kawasan tempat meletakkan kereta di hadapan studio tersebut. Nawaz kelihatannya baru saja hendak masuk ke dalam kereta.

Tangan Amanda memegang pintu kereta. Menghentikan Nawaz daripada masuk ke dalam perut kereta begitu saja.

"Kamu nak pergi mana?" Tanya Amanda.

"Kak," Nawaz berpaling menghadap Amanda.

Amanda bukanlah kakak kandungnya. Tetapi, Amandalah orang yang menjaganya sejak pertama kali dia menapak di bidang itu. Oleh itu, dia menganggap Amanda sebagai ahli keluarganya.

"Selama ni, pernah tak saya minta apa-apa dari akak?" Tanya Nawaz.

Amanda menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Pegangannya pada pintu kereta masih tidak dilepaskan.

"And now Im asking you. Tolong bagi saya pergi kali ni aje." Pinta Nawaz.

Riak wajah Nawaz yang kelihatan benar-benar merayu itu membuatkan Amanda tertawa. Dia sudah dapat menafsir sebab di sebalik wajah itu.

"Nak jumpa buah hati ke?" Serkap Amanda.

Nawaz tersengih-sengih. Tekaan Amanda itu tiada cacat celanya. Memang pun dia hendak bertemu buah hatinya yang garang setiap masa itu.

"Okay. Tapi nanti Nawaz kena beritahu akak siapa dia, bila Nawaz jumpa dia, kat mana, I want every details!" Terang Amanda.

Nawaz menabik. "Yes boss!"

Amanda melepaskan pintu kereta Nawaz untuk memberi Nawaz masuk ke dalam. Dia berundur selangkah ke belakang. Kereta yang dipandu Nawaz semakin lama semakin hilang dari pandangan mata.

Dia berdiri di tempat yang sama. Memandang ke arah kereta yang dipandu oleh Nawaz. Senyuman terukir di bibirnya.

"My boy is a man now." Kata Amanda. Tertawa kecil.

---

Cumi cumi cumi cumi cumi cumi HAHAHAHAHAHA okay tetiba

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now