9

2.7K 230 10
                                    

Viya berjalan mengikut joging track yang ada di taman dia kunjungi itu. Kawasan itu kelihatan gelap saja. Hanya diterangi cahaya bulan dan beberapa lampu taman.

     Dia tetap meneruskan langkahnya. Mencari kelibat Nawaz di kegelapan malam itu. Hairan juga mengapa Nawaz mengajaknya bertemu malam-malam begitu.

     Tetapi, setelah difikir-fikirkan, semua makhluk asing memang pelik. Apa yang hendak dihairankan? Lainlah kalau makhluk asing tiba-tiba kelihatan normal.

     Tiba-tiba, sebuah pokok yang rimbun diterangi dengan cahaya daripada fairy light yang mengelilingi pokok itu. Viya menghentikan langkahnya.

     Pandangannya ditalakan ke arah apa yang ada di bawah pokok itu. Sebuah basket picnic dan kain yang dibentang luas. Ke mana pula orangnya?

     "Cik Viya, you're three minutes late." Tegur satu suara di belakang Viya.

     Viya menoleh ke sisinya. Nawaz Ayaan maju beberapa langkah dan berdiri benar-benar di sebelah Viya. Dia melihat ke arah pokok yang dihiasi dengan cahaya itu.

     "Jom." Ajak Nawaz.

     Dia berjalan dahulu ke arah pokok itu. Mahu tidak mahu, Viya terpaksa membuntutinya. Setibanya di pokok itu, Nawaz duduk pada kain yang sudah dibentang.

     Viya pula masih berdiri. Melihat pokok yang diterangi cahaya kelam itu. Nampak lebih cantik dari dekat.

     "Duduklah." Pelawa Nawaz dengan lembut.

     Viya mengeluh panjang. Lelaki di hadapannya itu buang tabiat agaknya hendak berkelah malam-malam begitu.

     Viya duduk pada kain tersebut. "Puas?" Katanya dengan sinis kepada Nawaz.

     "Puas!" Balas Nawaz pula dengan nada bergurau.

     "Awak tak bawa notebook awak ke?" Tanya Nawaz. Hairan apabila melihat Viya datang dengan tangan kosong.

     "Tak. Takut Encik Nawaz buang tabiat lagi. Nanti sia-sia aje saya bawa notebook saya." Balas Viya dengan sinis.

     Viya menyelukkan tangannya ke dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan telefon miliknya. Dia membuka perakam suara lalu menekan butang rakam. Setelah itu, dia meletakkan telefonnya di antara mereka berdua.

     "So, shall we start our interview now?" Cadang Viya.

     "Okey. Takut nanti duduk lama-lama kat sini, kena tangkap basah pulak!" Gurau Nawaz lagi.

     Viya memandangnya dengan wajah berkerut. Itu gurauan ataupun petunjuk darihal apa yang bakal berlaku nanti?

     "Tak lawak eh?" Nawaz tersengih-sengih.

     Viya mengeluh. Kenapalah dia setuju untuk menemu bual makhluk asing itu? "My first question is—"

     "Kejap, kejap!" Cantas Nawaz.

     Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam bakul rotan yang dibawanya itu. Viya menyangka yang dia hendak mengeluarkan makanan, tetapi sebaliknya pula yang muncul. Nawaz mengeluarkan pembesar suara.

     Jarinya menekan sesuatu pada skrin telefon. Viya pula sabar menunggu dengan rasa geram dan jengkel. Tidak lama kemudian, alunan piano Endless Love menemani mereka.

     "Apa ni?" Tanya Viya. Mukanya serius sahaja.

     "Endless Love. Mungkin awak kenal lagu ni dari The Myth. Lakonan Jackie Chan." Jelas Nawaz. Dari riak wajahnya saja, Viya dapat mengagak yang dia benar-benar menyukai lagu itu.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now