27

1.8K 139 3
                                    

Buat pertama kalinya, mereka berdua duduk semeja dan bersarapan pagi bersama-sama. Puan Zalikha juga turut serta.

"Hmm, ibu sedaplah nasi goreng ibu ni! Ajar Nawaz masak nanti, boleh tak?" Pinta Nawaz.

"Buat apa kamu nak belajar? Biar aje Viya yang belajar. Diakan isteri kamu. Sepatutnya dialah yang masak." Lecture Puan Zalikha.

Nawaz menyiku siku Viya. Viya menoleh dan memandangnya. Nawaz menari-narikan keningnya.

Suka bila lihat Viya diomel oleh Puan Zalikha.

"Saya luku awak nanti, baru tahu!" Viya menjelirkan lidahnya.

"Viya, apa cakap macam tu? Nawaz tu suami kamu, hormat sikit." Tegur Puan Zalikha dengan tegas.

"Ha'ah. Ibu tahu tak, semalam dia bukan main..."

"Awak!" Cantas Viya.

Dia membesarkan matanya. Menyuruh Nawaz untuk berhenti bercakap.

"Kenapa dengan semalam?" Puan Zalikha tersenyum herot.

Adalah maksud di sebaliknya.

"Tak ada apa-apalah ibu." Jawab Viya.

Susahlah bila ibu dengan suami ni satu kepala. Asyik berpakat aje nak kenakan orang. Tak lama lagi, jadi tomatolah dia.

"Apa pula tak ada apa-apa? Semalamkan..."

Ayat Nawaz tergantung apabila Viya menyuapkan sesuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Pandangan tajam mengalahkan pisau.

"Sedap tak nasi goreng ibu? Sedapkan? Makanlah lagi." Kata-kata Viya itu berbaur amaran.

Sebenarnya, tiada apa-apa yang berlaku semalam. Lepas saja makan malam, mereka terus masuk tidur. Nawaz saja nak mengusik Viya.

Entahlah. Tapi dia suka tengok bila Viya marah. Terus bertukar jadi tomato. Pipi bukan main berona merah lagi.

"Sedap." Nawaz menganggukkan kepalanya sambil mengunyah.

"Kamu berdua makanlah. Ibu nak pergi basuh kain." Beritahu Puan Zalikha. Takkanlah nak menganggu pengantin baru.

Nawaz dan Viya terlalu sibuk berbisik antara satu sama lain untuk menyedari yang Puan Zalikha sudah pun beredar.

"Suka betul kenakan orang, kan?" Viya menudingkan jarinya.

"Suka sangat nampak cantik bila marah, kan?" Balas Nawaz pula dengan selamba.

"Awak ni..." Viya terhenti daripada menghabiskan permulaan bagi sesi membebelnya apabila telefon Nawaz berdering.

"One minute break." Sempat lagi Nathan bergurau sebelum menjawab panggilan.

Viya tersenyum. Suka sangat mengada.

"Dah ada kat luar? Oh, okay." Itu saja yang Nawaz katakan kepada pemanggil tersebut sebelum menamatkan panggilan.

"Siapa tu?" Tanya Viya.

"Kak Amanda." Jawab Nawaz.

"Oh."

"Saya dah nak kena pergi ni."

Rasa berat hati pula nak tinggalkan Viya pada hari pertama mereka sah bergelar suami isteri. Kebiasaannya, orang lain akan meluangkan masa seharian bersama tetapi Nathan pula terpaksa pergi ke kerja hari itu.

"Tak boleh ke kalau awak tak pergi?" Tanya Viya.

"Sorrylah. Saya janji, saya balik awal." Pujuk Nawaz pula.

Mahu tak mahu, Viya terpaksa akur juga. Takkanlah nak paksa Nawaz duduk di rumah pulakan? Tak pasal-pasal nanti digelar control freak.

"Nak hantar saya keluar tak?" Tanya Nawaz.

"Hmm.... Nak!" Viya menganggukkan kepalanya lalu tertawa kecil.

"Okay jom." Nawaz menarik tangannya.

Mereka berdua melangkah ke luar rumah bersama-sama. Air muka Viya berubah setelah melihat Amanda melalui cermin kereta yang dibuka.

"Saya pergi dulu. Take care." Pesan Nawaz lalu memakai kaca mata hitamnya.

"You too." Balas Viya. "Awak, nak salam." Tambah Viya sebelum Nawaz berlalu pergi.

Nawaz menghulurkan tangannya untuk Viya salam. Tiba-tiba... chup!

"A-awak..." Ciuman yang hinggap pada dahi membuatkan Viya gagap.

"Surprise!" Kata Nawaz lalu tertawa.

Viya menampar manja bahu Nawaz. Surprise konon.

"Assalamualaikum." Ucap Nawaz.

"Waalaikumussalam." Jawab Viya pula.

Nawaz menghayun langkah pergi dan masuk ke dalam kereta bersama Amanda.

"Kami pergi dulu. Bye!" Jerit Amanda.

Viya tersenyum kelat. Lambaian tangannya juga lemah sahaja. Macam mahu tak mahu saja merelakan Nawaz pergi bersama Amanda.

Dalam sekelip mata saja, kereta yang membawa mereka berdua hilang dari pandangan mata. Viya mengeluh perlahan dan masuk ke dalam rumah.




"Masuk." Arah Dayang kepada orang yang mengetuk pintu kamar kerjanya.

"Hai bos." Viya masuk seperti yang diarahkan oleh Dayang.

"Eh, Viya! What are you doing here? Bukan you cuti ke?" Terperanjat Dayang dibuatnya.

"Memang cuti tapi saya rasa bosan pula duduk kat rumah aje. So, saya pun datang kerjalah." Balas Viya lalu duduk pada kerusi berhadapan dengan Dayang.

"Oh." Dayang mengangguk faham. "Bagus juga you datang. I actually have a job for you. This person request untuk you interview dia. Dia tak nak orang lain." Beritahu Dayang.

"Tak nak orang lain? Tapikan saya tengah tulis article pasal Nawaz Ayaan." Balas Viya.

Takkanlah dia nak fokus pada dua benda dalam masa yang sama? Kerja yang satu pun belum siap lagi, nak tambah satu lagi kerja?

Mampuslah nak!

"Yang itu, kita tangguh dululah. I want you to focus solely on this one." Kata Dayang.

Viya mengangguk faham. Kalau nak tangguh pun tak apa sebab dia memang dah duduk seatap dengan Nawaz. Nak interview bila-bila pun boleh.

"Siapa dia yang saya kena interview? Artis baru lagi ke?" Tanya Viya.

"No. He's not a celeb. Hes actually a... surgeon." Jawab Dayang.

"Oh. So this is for the health article?"

Dayang menggelengkan kepalanya. Menidakkan soalan Viya itu.

"It's for an article to motivate younger generation to be successful."

"Younger generation? Maksudnya dia pun masih muda lagilah?" Viya menjongketkan keningnya.

Kali ini Dayang menganggukkan kepalanya. Muda-muda lagi dah jadi pakar bedah.

"I'll give him a call and you interview dia petang ni?" Cadang Dayang.

"You're the boss."

"Great." Balas Dayang.

---

+ rak lu pape roger. slmt mlm 🌚

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now