34

1.7K 149 6
                                    

Kaunter dapur menjadi tempat dia melabuhkan punggungnya. Kakinya yang tidak mencecah lantai dihayun ke depan kemudian ke belakang.

Buah epal dia lambungkan ke udara lalu dia sambut semula. Setelah itu diulang berkali-kali.

Sementara Viya menyelesakan dirinya dengan tidak berbuat apa-apa, Nawaz pula sibuk memasak mee goreng istimewanya.

"Bila nak belajar masak?" Nawaz bersuara.

"Hm, entah! Tak minat!" Jawab Viya dengan selamba.

Nawaz masih lagi tersenyum.

"Dah tu, nanti anak-anak kita nak makan apa?" Tanya Nawaz pula.

Viya hilang tumpuan. Buah epal yang dilambung tidak sempat dia tangkap menyebabkan epal tersebut jatuh berguling di lantai.

Tidak berkedip matanya memandang Nawaz. Terkejut tahap dewa pula mendengar soalan cepumas yang diajukan itu.

Nawaz merendahkan badannya dan mengutip epal tersebut. Dia bergerak ke singki dan membasuh epal tersebut.

Pandangan Viya tertala ke mana saja Nawaz berada. Hanya kepalanya saja yang tidak kaku. Anggota badannya yang lain pula bagaikan tidak ada di situ kerana dia tidak dapat mengawalnya.

"Hm?" Nawaz menghulurkan epal tersebut kepadanya semula.

"I have a vision about food in the future." Katanya kepada Nawaz.

"A vision?" Nawaz menjongketkan keningnya. "Please proceed." Katanya lalu fokus semula pada sesi memasak yang tergendala sebentar tadi.

"Saya rasa, ten years from now, memasak is not a necessary thing anymore." Ujarnya sambil tersenyum lebar. Membayangkan masa depan.

"Kenapa? Sebab dah ada delivery? Order aje, then orang hantarkan?" Teka Nawaz berdasarkan keadaan ketika itu yang serba canggih.

Viya menggelengkan kepalanya.

"Sebab masa tu, kita dah boleh print makanan." Katanya dengan bangga.

"What?! Print makanan?!" Terhambur tawa Nawaz, memenuhi dapur.

Pap! Satu tamparan hinggap ke bahu Nawaz.

"Gelak pula! Orang serius ni!" Jerkahnya. Epal di tangan dia letakkan dengan kasar pada kaunter dapur.

"Okay, sorry, sorry tapi... seriously? Makanan? Print?" Sukar untuk dia percayai hal itu akan terjadi.

"Awak, ten years ago, tak ada sesiapa yang dapat bayangkan yang kita dapat control semuanya, tahu? Sekarang ni, nak tv? Online then beli tv. Nak suami? Sign up on a dating site. Nak tahu result exam anak? SAPS ada!" Ujarnya dengan penuh bersemangat.

"Okay, true. Tapi what makes you think yang kita boleh print makanan ten years from now?" Nawaz memindahkan mee goreng yang sudah siap dimasak ke pinggan.

"Sebab... sky is the only limit. Tak ada apa-apa yang mustahil." Kini, Viya tersenyum semula. Manis pula tu.

Nawaz melontarkan pandangannya jauh ke arah lain. Dahinya berkerut. Sedang memikirkan sesuatu agaknya.

Viya turun dari kaunter dapur dan berdiri di hadapan Nawaz. Hanya sejengkal saja jarak di antara mereka.

Nawaz tersentap dari lamunannya apabila dia merasakan lengan yang diletakkan pada bahunya. Lebih-lebih lagi apabila lengan tersebut berpaut pada lehernya.

"Kenapa ni?" Tanya Viya.

"Tak adalah. Cuma kalau betullah makanan dah boleh kena print, saya nak kerja apa? Saya bukannya reti buat benda lain." Kata Nawaz.

Viya tertawa mendengar kerisauan yang bertandang di hati Encik Suami itu. Ingatkan apalah tadi!

"Awak kerja sebagai private chef saya ajelah! Perut saya ni, boleh muat makanan untuk sepuluh orang tahu!" Pujuknya.

"Laa iya ke? Kenapa tak bagitahu awal-awal? Saya masak mee goreng ni cukup untuk tiga orang aje. Mesti awak tak kenyangkan?" Usik Nawaz pula.

Pap! Satu lagi tamparan hinggap ke bahunya.

"Sakitlah!" Adu Nawaz.

"Siapa suruh usik orang lagi?"Balas Viya pula.

"Awak..." Panggil Nawaz dengan manja.

"Apa?"

"Saya rasakan, saya dah tak mengidam mee goreng lagilah. Dah tukar." Ujar Nawaz.

"Nak makan apa? Kan mee goreng dah siap tu. Membazirlah." Tegur Viya dengan berhati-hati. Takut menyinggung perasaan Nawaz pula nanti.

"Saya rasa saya mengidam... awak!" Dia merapatkan wajahnya dengan tiba-tiba, nasib baiklah Viya sempat berundur selangkah ke belakang.

"Me-merepek!" Tergagap-gagap dia hendak menyebut sepatah perkataan itu.

"Laa, dah tadi awak asyik berpaut kat saya aje. Ingatkan awak pun mengidam saya." Nawaz tersenyum herot.

"Mana adalah!" Nafi Viya.

Lantas tangannya mencapai mee goreng yang masih panas lagi dan membawanya bersama ke ruang makan.

Nawaz membuntutinya. Senyuman bermain di bibir.

———

SAYA DAH JUMPA TITLE YG SESUAI UTK NOVEL YG TERINSPIRED DRPD DENTIST YG HENSEM TADI HAHAHAHAHAAHAHAHAHA I'm so excited 😂😂😂😂

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now