5

2.9K 226 7
                                    

Pagi itu, muka Viya bengis semacam saja. Menakutkan semua rakan sekerjanya. Tiada yang berani untuk menegurnya pada pagi itu kecualilah bosnya, Dayang.

     Seorang pekerja telah memaklumkan tentang kedatangan Viya kepada Dayang dan Dayang terus meminta Viya masuk ke dalam pejabatnya. Ingin bertanya tentang sesuatu yang dia tidak yakin akan kesahihannya.

     “Kenapa bos nak jumpa saya ni?” Tanya Viya dengan muka yang masam mencuka. Anginnya benar-benar tidak baik hari itu. Semuanya sebab peristiwa semalam.

     “Cousin saya bagitahu saya yang you acted like a crazy person last night. Is that true?” Tanya Dayang pula tanpa berlengah lagi.

     “Guilty as charged!” Kata Viya pula.

     “Kenapa?” Tanya Dayang lagi.

     “Dah dia cop semua perempuan Melayu gila. Saya pun tunjuklah kat dia macam mana gilanya perempuan Melayu.” Jelas Viya pula. Masih segar lagi dalam ingatannya. “Padan muka dia! Mesti dia malu!” Senyuman puas terukir di bibir.

     Dayang tersenyum penuh makna. “Actually, dia tak malu dengan kelakuan awak semalam.”

     Berkerut dahi Viya mendengarnya. Semalam dia sudah menunjukkan perangainya yang sebijik macam monyet zoo pun si Mike tu masih tak malu lagi? Dia dah siap mentioned nama lagi kot. Agaknya wayar kat otak dia pun dah putus.

     “Pulak?” Viya menyilangkan lengannya lalu dia rapatkan ke dada. Pandangan ditalakan ke arah Dayang.

     “In fact, he’s looking forward to another date with you. Nampaknya, tak jadilah awak jadi andartu.” Usik Dayang. Tertawa kecil.

     “Mohon dijauhkan. Saya sanggup jadi andartu dari keluar lagi dengan dia. Titik!” Balas Viya pula. Tetap dengan pendiriannya.

     Jika difikirkan semula, maknanya semua perbuatannya yang memalukan semalam itu sia-sialah kerana Mike masih mahu dengannya? Malu sendirilah jawabnya.

     “Dahlah, tak naklah cakap pasal dia lagi.” Kata Viya. “So, siapa yang saya kena interview?” Janji Dayang diungkitnya semula.

     “Iyalah, iyalah. Kejap.” Dayang membuka laci meja kerjanya lalu menyelongkarnya. Mencari sesuatu.

      Setelah lama mencari, akhirnya dia menjumpai juga apa yang dicari-carinya di bawah timbunan kertas kerja. Pemacu keras berwarna biru putih dihulurkan kepada Viya. Pemacu keras itu ialah hak milik Viya.

      “Nawaz Ayaan. Petang ni. I’ll text you the address later.” Beritahu Dayang setelah Viya mengambil semula pemacu kerasnya.

     Viya tergamam di tempatnya. Nama itu kedengaran tidak asing darinya. Tetapi, di mana dia pernah mendengarnya?

     “Kenapa? Awak kenal dia ke?” Tanya Dayang. Perasan perubahan pada riak wajah Viya itu.

     Viya memandang Dayang semula. “Nama dia macam familiar.” Balasnya.

     “Well, petang ni awak jumpa dia jugakan? Nanti awak tengoklah sendiri muka dia. Kalau nak lagi cepat, stalk lah Instagram dia.” Kata Dayang dengan selamba lalu menghirup jus orennya.

     “Handsome ke?” Bukan perempuan namanya kalau tak tanya kacak ke tidak.

     “Semua orang berebut-rebut tau nak interview dia. Awak rasa?” Keningnya dijongketkan.

     “Saya rasa...” Viya terhenti sejenak. “Saya rasa... saya rasa nak buang besar pula. Gerak lu, pape roger.” Sambungnya lalu bergegas keluar dari bilik itu dan menuju ke tandas.

     Dayang hanya mampu menggelengkan kepalanya. Baginya, Viya memang seorang perempuan yang lain daripada yang lain.




Televisyen dibiarkan hidup. Tetapi, tiada yang menontonnya. Sebaliknya, televisyen itu yang menonton Nawaz yang sedang tersenyum sendirian.

     Ameer yang baru saja selesai mandi dapat mendengar orang berbahasa Tamil dari bilik mandi segera masuk ke ruang tamu untuk melihat jika mereka ada tetamu pada hari itu. Namun, apa yang dilihatnya hanyalah Nawaz yang tergelak, tersenyum, memukul-mukul kusyen seperti ada yang menggeletek hatinya.

     Pandangannya ditalakan ke arah skrin televisyen. Menggaru kepala apabila filem Tamil dari entah zaman apa dipaparkan pada skrin televisyen. Sejak bila pula si Nawaz ni boleh berbahasa Tamil?

     “Weh, kau pandai cakap Tamil eh?” Tanya Ameer.

     “Hah?” Nawaz terpinga-pinga. Bila pula Ameer ada di situ?

     “Dah tu gelak seorang-seorang. Kau faham ke diorang cakap apa?” Tanya Ameer lagi.

     “Eh, kenapa kau tukar channel Tamil Meer?” Tanya Nawaz pula. Hairan apabila melihat drama Tamil itu dipaparkan di kaca televisyen.

     “Pulak. Aku baru je habis mandi.” Ameer menggelengkan kepalanya. “Kau kenapa gelak seorang-seorang?” Tanya Ameer semula. Soalannya masih belum berjawab.

     “Aku jumpa dia lagi. Awek tu.” Wajah Nawaz kelihatan teruja. “Meer!” Tiba-tiba dia melompat dari sofa ke hadapan Ameer. Hampir terjelepok Ameer dibuatnya.

     “Kau dah kenapa?!” Cuak pula Ameer melihatnya.

     “Meer, aku rasa dia jodoh akulah!” Jeritnya di depan muka Ameer.

     “Kau merepek apa ni?” Semakin hairan Ameer dibuatnya.

     Nawaz berundur kembali. Melabuhkan semula punggungnya pada sofa. Mencapai kusyen lalu dia letakkan pada riba. Ameer pula duduk di sebelahnya. Bersedia menadah telinganya untuk mendengar rakannya itu merapu.

     “Cuba kau fikir balik. Kami tak kenal satu sama lain, tetapi asyik bertembung aje. Kan jodoh tak ke mana?” Nyata Nawaz.

    Ameer menepuk dahi. “Waz, kau dah gila eh?”

    Nawaz membuka mulutnya untuk membalas pertanyaan Ameer itu.

    “Please jangan cakap yang kau tergilakan dia. Kalau kau cakap juga, aku—aku terjun sekarang juga.” Cantas Ameer.

     Nawaz menjongket bahu. Memang itulah yang hendak dia katakan tetapi memandang Ameer sudah mengugutnya, terbatallah niatnya.

     “Kau jumpa dia kat mana semalam?” Tanya Ameer lagi.

     Nawaz pun menceritakan semuanya. Dari bahagian di mengaku sebagai teman lelaki kepada Viya di hadapan wanita yang dia tidak kenali sehinggalah bahagian klimaks. Di mana Viya tiba-tiba menyanyikan lagu Taylor Swift.

     Penceritaannya begitu detil sehingga memakan masa hampir sejam. Inilah kali pertama dia bercerita tentang seorang dengan begitu teruja sekali. Sebelum ini, mengambil tahu tentang hal orang lain pun dia tidak berminat. Bagaimana seorang gadis dapat mengubahnya dalam masa semalaman?

     Ameer pula mendengar dengan begitu teliti. Membuat riak terkejut, hairan, ketawa. Sekali-sekala, menganggukkan dan menggelengkan kepalanya. Tidak sangka pula ada perempuan spesies begitu di dunia ini. Tidak hairanlah mengapa Nawaz tertarik dengan gadis itu. Siap mengaku gadis itu jodohnya lagi.

     “So, siapa nama dia?” Tanya Ameer setelah Nawaz selesai bercerita.

     “Lydia? Mia? Sia?” Nawaz tidak mengingati nama gadis yang sering terserempak dengannya sejak kebelakangan itu.

     “Eleh, kata jodoh! Takkan nama jodoh sendiri pun tak ingat.” Sindir Ameer.

     “Alah, kalau jodoh tak ke mana! Nanti kitorang jumpa lagi, aku tanyalah dia.” Kata Nawaz pula. Yakin tahap gaban.

     “Iyalah, Waz. Lantak engkolah.” Ameer menggelengkan kepalanya.

---

- have faith in jodoh 😂

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now