42

1.5K 126 2
                                    

Tiket penerbangan berada dalam genggaman. Nawaz, Viya bersama kru rakaman yang lain duduk di balai pelepasan sambil menanti pesawat yang bakal membawa mereka ke Negeri di Bawah Bayu.

          "Masuk."

           Setelah mendapat kebenaran daripada Dayang, Viya terus memulas tombol dan melangkah masuk ke dalam ruangan bersaiz sederhana yang menjadi kamar kerja Dayang itu. Walaupun kecil, tetap selesa.

           "Viya. Kenapa?" Tanya Dayang.

           Kebetulan pula tadi dia sedang terfikirkan Viya. Mungkinkah ini petanda yang dia patut menolong Mike untuk mendapatkan Viya?

           "I have a great news!" Kata Viya dengan nada teruja. "Saya dapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai, yang Nawaz Ayaan akan berada di Sabah esok dan lusa and guess what? Kalau Nawaz ada kat Sabah..."

           "Manager dia aka kekasih gelap dia pun mesti ada kat Sabah!" Celah Dayang, lebih teruja daripada Viya.

           Keterujaan Viya digantikan dengan perasaan yang aneh. Bukan itu yang dia ingin sampaikan kepada Dayang, tapi itu pula spekulasi yang dibuat oleh Dayang.

           Betul tak betul, dia terpaksa mengiyakan saja.

           "So, boleh tak kalau saya ikut dia ke Sabah?" Pinta Viya.

           "Sabah? I don't know..."

           "I'll pay for everything using my own money. Ticket, penginapan, saya boleh bayar sendiri." Cantas Viya sebelum Dayang menolak permintaannya.

           "Are you sure? I mean, kalau hotel... okaylah, tapi ticket? Bukan murah." Dayang masih kurang bersetuju.

           "Kan saya dah janji kat bos yang artikel ni akan menjadi artikel yang paling meletop! And to assure you, please let me go to Sabah." Pujuk Viya, tetap dengan pendiriannya.

            "Fine! You win!" Dayang mengeluh perlahan, tetapi sedikit lega kerana mengetahui yang Viya memberikan komitmen penuh kepada kerjanya. "Apa-apa, just call me." Tambahnya lagi.

            "Yes bos!" Viya menabik. "Kalau macam tu, saya sambung buat kerja dulu." Dia meminta diri sebelum beredar.

            "Eh, wait!" Panggil Dayang. "Nanti bila dah balik sini..." Dayang mencatat sesuatu pada sticky note. "... can you meet me here?" Kertas berwarna kuning itu dia hulurkan kepada Viya.

             Viya meneliti kertas yang sudah bertukar tangan itu dan mengangguk. Langsung tidak mengesyaki apa-apa.

             "Kenapa bos nak jumpa aku eh? Kat rooftop garden hotel pula tu. Ada special occasion ke? Atau dia nak kahwin? Eh takkanlah jemputan kahwin dia macam tu aje? Mestilah ada kad undangan yang formal, cantik." Monolog Viya sendirian.

             "Perhatian kepada penumpang pesawat Malaysia Airlines MH3107 ke Kota Kinabalu, Sabah..."

             Pengumuman tersebut membuatkan Nawaz mencodak dan melihat ke arah pintu perlepasan. Orang ramai mula membentuk barisan untuk menaiki pesawat.

             Nawaz bangun dari kerusi yang dia duduki dan menoleh ke belakang, di mana Amanda dan Viya sedang duduk. Bagi mengelakkan kru yang lain curiga, Viya terpaksa duduk sedikit jauh daripadanya.

             "Awak? Awak?"Panggil Nawaz, tetapi Viya tetap mengelamun.

             Amanda dan Nawaz saling berpandangan. Berteka-teki antara satu sama lain tentang apa yang sedang Viya fikirkan sehingga termenung jauh.

             Amanda menjongketkan bahunya. Tidak tahu menahu tentang apa-apa kerana dia dengan Viya tidak banyak berbual. Hanya menjaga hal masing-masing saja.

           "Awak?!" Panggil Nawaz, kali ini nadanya ditinggikan sedikit.

           Viya terkejut dengan suara garau yang tiba-tiba menyapa gegendang telinganya itu dan segera menoleh ke arah Nawaz.

            "Are you okay?" Tanya Nawaz, sedikit bimbang.

            Viya menganggukkan kepalanya. "Sorry, saya tak tahu pula awak panggil saya. Iyalah sebab awakkan..." Viya terhenti daripada menghabiskan ayatnya dan mengerling sepintas lalu ke arah Amanda yang sedang berdiri di sebelahnya.

             "Saya apa?" Soal Nawaz.

             Amanda juga seakan ternanti-nanti akan Viya untuk menyudahkan ayatnya.

             "Sebab sejak kebelakangan ni, awakkan selalu panggil saya Sayang." Ujar Viya dalam hati.

             Dia mendongak dan memandang Nawaz. Kepalanya digelengkan sambil tersenyum palsu.

             "Kalau tak ada apa-apa, jomlah." Ajak Nawaz kemudian berjalan dahulu dan diikuti oleh Amanda.

             Viya bangun dari kerusinya dan memandang ke arah Nawaz dan Amanda yang sedang berjalan seiringan. Patutlah ramai yang salah faham tentang hubungan mereka sehinggakan ada spekulasi yang dibuat oleh netizen yang mereka berdua sedang bercinta.

              Mana tidaknya? Ke mana-mana saja asyik berkepit. Entah-entah nanti kalau nak ke bilik air semasa berada dalam pesawat pun nak ditemankan.

              "Dik, jom." Ajak seorang wanita yang beberapa tahun lebih tua daripada Viya yang juga merupakan salah satu daripada kru yang terlibat dalam pengambaran kali itu.

              Viya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kepada wanita yang amat ramah itu sebelum dia menoleh semula dan memandang Nawaz dan juga Amanda.

              Pandangan mata yang tadi penuh dengan keramahan bertukar tajam. Pemegang bagasi seberat 5kg ditarik kasar. Menuju ke arah pintu perlepasan untuk berbaris bersama penumpang yang lain.

———

you only call me your me your 'baby' when she wasn't there :')

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now