3

2.9K 227 6
                                    

Ternyata, restoran yang bakal menjadi saksi temu janji buta Viya bukan calang-calang. Restoran ala-ala restoran Perancis itu memang terkenal di kalangan orang-orang ternama. Hendak menempah meja di restoran itu sahaja mengambil masa berbulan, tetapi pasangan temu janjinya itu berjaya menempah sebuah meja untuk temu janji mereka dalam masa satu malam sahaja.

     Viya diserbu tanda tanya. Siapakah orang yang bakal dijumpainya pada malam itu? Jangankan muka, nama pun dia tidak ketahui. Ada sebab mengapa temu janji itu dipanggil temu janji buta.

     Langkah kekok diatur masuk ke dalam restoran itu. Alunan suara daripada seorang penyanyi yang mempunyai suara yang lunak bergema di seluruh restoran itu. Memang pantaslah restoran itu bertaraf lima bintang dengan suasana yang romantik dan tenang itu.

     “Are you lost?” Suara yang garau menegurnya.

     Viya segera menoleh ke arah empunya suara itu. Rupa-rupanya, suara itu milik salah seorang daripada pekerja di situ. Akan tetapi, berbeza dengan pelayan-pelayan restoran itu, lelaki yang menegurnya itu memakai tuksedo yang kelihatan berkualiti. Pasti harganya juga mahal.

     “No. I’m supposed to meet someone here.” Jelas Viya. Pada mulanya, dia hendak berbahasa Melayu sahaja, tetapi takut pula orang di hadapannya itu tidak tahu berbahasa Melayu. Sekilas pandang, lelaki yang agak berusia itu kelihatan seperti orang asing.

     Lelaki itu terkejut mendengar penjelasan Viya. Namun, berusaha untuk menyembunyikan riak wajahnya dengan senyuman. Matanya memandang Viya dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Sepertinya, dia sedang menahan ketawa.

     “Cik pasti ke cik datang ke tempat yang betul? Ini bukan kedai mamak, cik.” Ujar lelaki itu dengan sinis.

     Viya mengeluh sinis. “Orang tua ni, kalau aku luku kang, menangis tak berlagu!” Gerutu Viya dalam hati.

     “Jalan keluar ada kat sana. In case you forget.” Lelaki yang berada dalam lingkungan 40-an itu menunjukkan arah pintu keluar dari restoran itu.

     Viya semakin hilang sabar. Mentang-mentanglah pakaiannya tidak berjenama seperti pakaian-pakaian pelanggan restoran itu, buruk sekali layanan yang dia dapat.

     “I’m here for a blind date. Ring a bell?” Viya mengetap giginya. Memaksa dirinya untuk kekal tersenyum.

     Wajah lelaki yang biadap itu berubah dalam sekelip mata. Daripada kelihatan sinis, dia menggeletar dek takut. Viya tersenyum puas. Pasti pasangan temujanjinya itu orang yang ternama kerana mampu membuat lelaki biadap itu ketakutan.

     “Are you Miss...”

     “Nura Araviya. That’s me.” Cantas Viya dengan bangganya.

     “I-I’m so sorry, miss.” Ucap lelaki itu segera. “Please come with me.” Barulah dia hendak berlagak sopan.

     Viya mengangguk dan mengikuti lelaki itu dari belakang. Sama seperti tadi, orang lain juga memandang serong terhadapnya. Menyesal pula kerana tidak mendengar nasihat ibunya agar berpakaian elok sedikit. Kan bagus kalau dia mengenakan dress tadi dan bukannya pakaian yang terlalu kasual seperti itu.

     Tiba-tiba, mata Viya menangkap kelibat seseorang. Matanya membulat. Dalam banyak-banyak tempat di bumi itu, di situ jua dia perlu terserempak dengan orang itu. Dia diserang panik. Panik sekiranya orang itu mendapat tahu akan kehadirannya di restoran itu.

     Masin pula mulutnya. Orang yang dia perhatikan itu menoleh ke arahnya dan turut terkejut. Tanpa berlengah, orang itu meminta diri daripada rakan-rakannya dan berjalan menuju ke arah Viya.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now