14

2.4K 183 2
                                    

Bunyi jam loceng yang kebiasaannya dilontar ke lantai oleh Viya kekal di tempatnya pada pagi itu. Viya yang selesai bersiap untuk berangkat ke kerja singgah di hadapan jam loceng lalu mematikannya sebelum mencapai sling bag yang diletakkan pada almari.

     Kemudian, dia berhenti di hadapan cermin pula. Melihat pantulan dirinya pada cermin sekiranya ada cacat cela pada solekan yang dia kenakan.

     Aneh. Selama ini, dia tidak pernah bersolek untuk apa-apa acara ataupun untuk sesiapa. Hari itu merupakan pertama kali dia mempertimbangkan untuk menggunakan sedikit solekan pada wajahnya. Tidaklah dia kelihatan pucat seperti biasa.

     "You should say goodbye to semuanya yang buat hidup awak merana. Sebab saya akan pastikan yang awak takkan rasakan walau secalit pun perasaan benci terhadap hidup dan diri awak sendiri." Kata Nawaz dengan nada yang serius. "Not anymore." Bisiknya lagi.

     Viya tersenyum sendirian. Sudah beratus kali kata-kata penuh makna yang dilafazkan oleh Nawaz itu terngiang-ngiang di telinganya. Sehinggakan pipinya terasa sakit kerana asyik tersenyum saja.

     Dia membetulkan kedudukan pin tudungnya lalu meninggalkan bilik tidurnya yang sederhana itu. Kakinya membawa dia ke ruang makan, di mana ibunya sedang menyiapkan sarapan pada meja makan.

     Viya mengambil kesempatan itu untuk memeluk ibunya dari belakang. Terkejut Puan Zalikha apabila anak gadisnya itu berbuat demikian.

     "Eh, dah kenapa nak bermanja pagi-pagi ni?"Tanya Puan Zalikha.

     Viya menyandarkan kepalanya pada bahu Puan Zalikha. "Ibu... ibu nak menantu yang macam mana?" Soalnya tiba-tiba.

     Puan Zalikha meleraikan pelukan Viya lalu berpusing ke belakang. "Kenapa? Kamu dah ada calon ke?" Suaranya jelas menunjukkan yang dia teruja.

     "Isy, ibu ni! Ke situ pula!" Viya melabuhkan punggungnya pada sebuah kerusi yang kosong. "Orang tanya aje." Tambahnya lagi.

     "Ibu pun tanya aje. Manalah tahu dah ada yang berkenan di hati. Haa..." Balas Puan Zalikha sambil melabuhkan punggungnya pada kerusi bersebelahan dengan Viya.

     Viya tersenyum penuh makna. "Kalau dah ada, macam mana?" Soalnya lagi. Kali ini dengan niat tersembunyi.

     Puan Zalikha memandang anak kesayangannya itu dengan senyuman. "Kalau dah ada, suruhlah masuk meminang cepat-cepat. Iyalah, walaupun anak ibu ni tak ada orang yang nak ambil, benda yang baik tetap tak baik kalau diperlambatkan." Ujar beliau, menahan tawa.

     "Isy, ibu ni! Tak baik tahu cakap Viya macam tu!" Viya mencebikkan bibirnya. Merajuk.

     "Dah nama pun fakta." Balas Puan Zalikha, niatnya untuk bergurau saja.

     Bunyi hon kereta dari luar rumah memeranjatkan mereka berdua. Serentak dengan itu, telefon Viya menerima pesanan ringkas.

     Nawaz: Saya kat depan rumah awak ni.

     "Hah?!" Terbuntang mata Viya setelah membaca pesanan ringkas itu.

     "Siapa pulak yang datang pagi-pagi ini?" Tanya Puan Zalikha dan berniat untuk menjenguk ke luar.

     "Eh, ibu!" Viya menghentikannya. "Rasanya itu kawan Viya kut. Tak apalah, biar Viya yang pergi tengok." Katanya dan bergegas bangun dari kerusi.

     Belum sempat Puan Zalikha mengatakan apa-apa, Viya sudah pun meninggalkan rumah untuk menjenguk kawan katanya. Rasa curiga timbul dalam diri Puan Zalikha.

      Viya membuka pagar rumah. Nawaz yang sedang bersandar pada keretanya segera merapati Viya dengan senyuman semanis karamel.

      "Selamat pagi." Ucap Nawaz dengan perasaan senang sekali.

      "Awak buat apa kat sini?" Tanya Viya. Sekali-sekala menoleh ke arah rumah, takut jika ibunya melihat Nawaz di hadapan rumah.

     "Awak tak nak interview saya ke?" Tanya Nawaz sambil memandang wajah Viya melalui kaca mata hitamnya.

     "Okay, okay. Apa kata awak masuk kereta dulu, saya pergi ambil beg tangan saya." Katanya dengan tergesa-gesa.

     "Tak nak jemput saya masuk ke?" Nawaz membuat muka comelnya.

     "Eh, tunggu ajelah kat dalam kereta!" Geram pula Viya dibuatnya.

     "Iyalah, iyalah. Ingatkan awak nak kenalkan bakal suami awak ini." Gurau Nawaz tetapi jelas menunjukkan yang dia sedikit hampa.

     "Mengada. Dahlah, masuklah dalam kereta. Nanti jiran nampak, awak juga yang susah." Katanya.

     "Okay." Nawaz mengaku kalah dan masuk semula ke dalam kereta.

     Viya berjalan dengan pantas. Baru saja dia hendak melangkah masuk, Puan Zalikha tiba-tiba muncul di hadapan pintu.

     "Siapa tu Viya?" Tanya Puan Zalikha.

     Viya menoleh ke belakang untuk memastikan Nawaz sudah masuk ke dalam kereta. Kemudian dia melihat ibunya semula.

     "Oh, kawan sekerja Viya jemput Viya. Kitorang nak pergi kerja sekali." Bohong Viya.

     "Kenapa tak ajak breakfast dulu?" Tanya Puan Zalikha.

     "Eh, dah ajak dah! Tapi dia kata dia dah breakfast dah tadi." Bohongnya lagi. "Tak apalah bu, kitorang pun nak kena gerak awal ni. Ada meeting." Tambahnya lagi.

      Dia semakin rasa bersalah pula apabila membohongi ibunya sendiri. Tapi takkanlah dia hendak memberitahu ibunya yang kawan dimaksudkannya itu adalah Nawaz Ayaan, chef selebriti terkenal di Malaysia? Memang taklah!

     "Viya pergi ambil beg dululah." Beritahunya.

     Dia bergegas masuk ke dalam dan mencapai beg tangannya yang terletak pada meja makan. Kemudian dia kembali semula ke halaman depan rumah. Sepasang kasut tumit tinggi disarungkan ke kaki.

     "Pasti ke tak nak breakfast dulu?" Tanya Puan Zalikha lagi.

     "Tak apalah bu. Lain kali ajelah Viya ajak dia makan sekali dengan kita." Balas Viya pula. Viya pergi dulu. "Assalamualaikum." Tangan ibunya diraih lalu diciumnya.

     "Waalaikumussalam." Jawab Puan Zalikha. Pandangannya ditalakan ke arah anaknya yang tergesa-gesa itu.

     Viya membuka pintu tempat duduk pemandu dan masuk ke dalam perut kereta. Nawaz sudah pun menanggalkan kaca mata hitamnya.

     Berdebar pula rasanya apabila mata mereka bertaut buat suatu masa yang lama. Bibir Nawaz sudah pun mengukirkan senyumannya yang membunuh itu.

     "Walaupun saya suka awal tengok saya macam tu, boleh tak awak pakai seatbelt dulu?" Usik Nawaz lalu tertawa kecil.

     Berona merah pipi Viya. Malunya tidak tertahan. Dia segera memakai tali pinggang keledar dan melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak lama kemudian, kereta yang dipandu oleh Nawaz tidak lagi kelihatan.

---

Assalamualaikum, hola! Sorry sbb lama tak update. Anyway, one of my friend stated yg saya ada trtaip nama "Nathan" kat beberapa bab. Sebenarnya, Nathan tu Nawaz. Saya tersalah taip nama 😂 sorrylah kalau ada yg confused  pula dgn nama Nathan tu. Don't forget to vote 🤗

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now