25

1.9K 157 1
                                    

Inilah detiknya. Detik di mana semuanya akan berubah.

Gelaran Cik itu tidak lagi ditujukan kepadanya. Bila-bila masa kini, gelaran Cik itu akan berubah menjadi Puan.

Pantulannya pada cermin dia teliti. Tak pernah terlintas walau sekali dalam fikirannya yang dia akan memakai gaun serba putih seperti itu. Walaupun ringkas, dia tetap kelihatan anggun.

Senyuman yang terpalit di bibir perlahan-lahan menghilang. Jari-jemari menyentuh fabrik gaun pengantinnya itu.

"Sayang, aku cuma dapat pakai gaun ni untuk sejam aje. Kalau nak buat majlis bersanding pun kena tunggu sebulan lagi." Bisiknya dalam hati.

Dia mendongak semula dan menalakan pandangannya ke arah cermin.

"Buat apa kau nak mengeluh? Kau juga yang tetapkan syarat ni, kan?" Tambahnya pula lalu mengeluh sinis.

Dia mengimbau kembali perbualannya dengan Puan Rubiah tempoh hari ketika dia datang ke rumah mereka.

"Nenek apa khabar?" Viya menyalam tangan Puan Rubiah.

"Alhamdulillah. Sihat." Balas Puan Rubiah tetapi hanya mengerling Viya dari ekor matanya saja. "Buat apa kamu datang sini? Tak sibuk dengan persiapan kahwin kamu ke? Bukan senang nak urus majlis perkahwinan. Dengan nikahnya lagi, sandingnya lagi, banyak benda yang nak diurus. Tak payah buang masa nak lawat neneklah. Nenek masih sihat lagi. Masih boleh jaga diri. Lagipun, Amanda ada." Tajam saja kata-kata yang dilontarkannya kepada Nawaz dan Viya.

Viya cuba untuk terus tersenyum. Kalau tadi Puan Rubiah setakat membebelnya kerana membazirkan masa dengan melawatnya, dia boleh bertolak ansur lagi.

Apabila nama Amanda terpacul dari mulut Puan Rubiah, Viya terus terasa hati. Terasa seakan-akan Puan Rubiah lebih senang jika Amanda yang menjadi pengantin perempuan dan bukannya dia.

"Sebenarnya nek, kami datang sini sebab nak beritahu sesuatu." Nyata Nawaz lalu memandang Viya. Memberi peluang kepadanya untuk menceritakan semua yang telah mereka rancang.

Puan Rubiah tiba-tiba menunjukkan minat. Dia membetulkan posisi duduknya.

"Apa dia?" Wajahnya kekal tanpa sebarang ekspresi.

"Kami nak tangguhkan dulu majlis sanding tu. Kami dah bersetuju nak buat majlis akad nikah aje. Itupun kecil-kecilan." Beritahu Viya.

"Apa dia? Tak nak sanding? Kenapa? Tak cukup bajet?" Soal Puan Rubiah dengan sinis.

"Bukan sengaja tak nak sanding. Bukan tak cukup bajet juga. Cuma... kami nak perkahwinan ni dirahsiakan dulu." Jelas Viya dengan teragak-agak.

"Rahsia?" Amanda tiba-tiba muncul di ruang tamu dengan dahi yang berkerut. "Kenapa nak rahsiakan pula? Akak tak setuju!" Bantah Amanda.

"Kenapa pula akak tak setuju? Kan Nawaz yang kahwin. Bukan akak pun." Balas Nawaz. Masih menyebelahi Viya.

"Nawaz, you're a big star now. Your wedding supposed to be the Wedding of The Year. Besides, what's the benefit from hiding it? Akak tak fahamlah!" Amanda tetap dengan pendiriannya.

"Sebenarnya semua ni idea Viya. I don't want our wedding to affect his career." Giliran Viya pula untuk bersuara.

"Viya..."

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now