20

2K 164 0
                                    

Hari sudah larut malam. Mata Nawaz sekali-sekala melirik ke arah gadis yang duduk di sisinya. Perjalanan untuk menghantar Viya pulang ke rumah terasa lebih sunyi daripada yang sebelumnya.

     Nawaz mengerling ke arah jam dan mendapati baru pukul 8.30 malam. Terbit satu idea dalam kepalanya kerana keinginannya untuk membuat gadis di sebelahnya itu lebih ceria berbanding masa itu.

     "Awak, kita jalan-jalan kat taman dulu nak? Makan aiskrim ke?" Pujuknya.

     Viya menganggukkan kepalanya dengan lemah. Dia kembali melontarkan pandangannya ke luar tingkap kereta. Memerhatikan kereta-kereta mewah meluncur laju di atas jalan bertar tanpa sebarang perasaan kagum dan yang sewaktu dengannya.

     Stereng kereta dipusing ke kanan dan kereta yang dipandu oleh Nawaz membelok ke kanan, di mana terdapat pasar malam yang terkenal di kawasan itu. Tadi dia hendak membawa Viya bersiar-siar di taman, tetapi dia baru teringat yang Viya belum lagi menjamah makanan malam itu.

     Memandangkan terdapat banyak food truck dan gerai-gerai yang menghidangkan makanan di pasar malam itu, dia akhirnya memutuskan untuk membawa Viya ke situ saja. Mesti kekasih hatinya itu sudah kelaparan.

     "Awak tak nak turun ke?" Tanya Nawaz.

     Viya tersentap dari lamunannya. Dia melihat ke arah Nawaz yang kini berdiri di luar kereta setelah membukakan pintu untuk Viya. Sejak bila lelaki itu keluar dari dalam kereta pun Viya langsung tidak sedari.

     Dia sekadar mengukirkan senyuman lalu keluar dari dalam perut kereta. Nyanyian busker yang mencari rezeki di pasar malam itu menyapa gegendang telinga Viya. Barulah dia menyedari di mana keberadaan mereka ketika itu.

     "Mesti awak laparkan? Awak tak kisahkan kalau kita makan kat sini? Saya tahu satu tempat yang best punya kat sini." Beritahu Nawaz dengan yakin.

     Viya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. "Tak kisah pun nak makan kat mana tapi macam mana kalau orang recognize awak?" Dia menyatakan kebimbangannya. Susah juga keluar dengan selebriti ini.

     "Alah, tak apalah! Kan saya dah pakai kaca mata, pakai topi lagi. Lagipun kan dah malam." Jelas Nawaz untuk menenangkan Viya. "Kenapa? Awak risau peminat saya serbu awak?" Teka Nawaz.

     Viya pura-pura berfikir. "Siapalah yang tak takut dengan mak cik-mak cik yang obses dengan awak?" Gurau Viya lalu tertawa kecil.

     "Eh, peminat saya ramai yang masih muda lagi tahu?" Nawaz menafikan kenyataan itu.

     "Iyalah tu." Balas Viya.

     "Nak makan ke dulu atau nak jalan-jalan kejap?" Tanya Nawaz.

     "Nak makan. Hehe." Viya mengusap perutnya yang berkeroncong.

     "Alolo, ciannye dia lapar! Okaylah, jom pergi makan dulu." Dia akur saja dengan kemahuan gadis itu hanya untuk menceriakan hatinya.




Usai sahaja mereka berdua mengisi perut yang kosong, mereka memutuskan untuk bersiar-siar di sekeliling pasar malam itu. Banyak gerai-gerai yang menjual cenderamata, baju yang dibuka pada malam itu.

     Nawaz hampir membelikan Viya seekor anak kucing parsi hanya kerana Viya mengatakan yang anak kucing itu comel. Nasib baik Viya dapat memujuk Nawaz agar tidak membelikannya kucing tersebut. Hanya senyuman maaf dapat diberikan kepada penjual kucing itu.

     "Awak!" Panggil Nawaz.

     Apabila Viya menoleh ke sebelahnya, Nawaz sudah pun hilang dari pandangan matanya. Rupa-rupanya dari tadi dia bercakap sendirian.

     "Awak, kat sinilah!" Jerit Nawaz lagi.

     Viya mencari arah suara itu dan mendapati Nawaz memanggilnya dari sebuah gerai yang menjual aksesori telefon. Nawaz memanggil Viya menggunakan isyarat tangan dengan penuh keterujaan.

     "Apa pula yang dia jumpa sekarang?" Tanya Viya lalu menggelengkan kepalanya.

     Dia mengatur langkah dan menghampiri Nawaz. "Ta-da!" Nawaz menayangkan dua buah sarung telefon yang sepadan. "Comel tak?"

     Viya membaca tulisan yang tertera di kedua-dua sarung telefon yang dipegang oleh Nawaz. "Roses are red, violets are blue—" Dia kemudiannya beralih kepada sarung telefon kedua. "I don't know how to write a poem, but I love—" Dia terhenti daripada melafazkan perkataan terakhir yang akan menjadikan puisi itu lengkap. "Awak nak beli untuk siapa?" Soalnya.

     "Untuk kitalah!" Jawab Nawaz pula.

     "Untuk kita?" Viya menjongketkan keningnya.

     "Kan kita dah officially couple." Nawaz menari-narikan keningnya.

     "Eh, siapa kata?" Viya menafikannya.

     "Dah tu, kita ni kawan ke?" Tanya Nawaz pula.

     "Kita tak couple, but we're not friends either. Somewhere in between, I guess." Jawab Viya tanpa sedikit rasa bersalah.

     Nawaz mencebikkan bibirnya. Sarung telefon yang dipegangnya dia letakkan semula di tempat dia menjumpainya.

     "Tak nak beli ke?" Tanya Viya pula.

     "Tak naklah. Nanti saya pula yang nampak beria-ria nakkan awak. Rasa macam syok sendiri pula." Rajuknya. "Dahlah, saya nak pergi tengok kat tempat lain pula." Dia menghayun langkah dan meninggalkan Viya.

     "Eh, merajuk?" Viya tertawa sendirian.

     Pandangannya jatuh pada sarung telefon yang dipegang oleh Nawaz tadi. Senyuman manis terukir di bibirnya.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now