21

2.1K 194 1
                                    

Nawaz mula tercari-cari wajah Viya dalam khalayak ramai. Sepatutnya, dia menundukkan kepalanya agar wajahnya tidak dikecam oleh sesiapa tetapi apabila Viya menghilangkan diri begitu, dia sanggup mengambil risiko.

     Sama seperti Nawaz, Viya turut tercari-cari lelaki itu. Tetapi kerana nasib baik, Viya menangkap kelibat Nawaz dahulu. Dia menghampiri Nawaz lalu mencuit bahu lelaki itu.

     "Cari saya ke?" Viya berlagak comel. Niatnya mahu meruntuhkan rajuk Nawaz yang kelihatannya masih bersisa.

     Tidak sangka hanya kerana Viya tidak mengaku yang status mereka berdua ketika itu ialah couple, Nawaz boleh merajuk sampai sanggup meninggalkannya sendirian. Comel juga lelaki di hadapannya itu apabila berperangai kebudak-budakan.

     Apabila melihat aksi comel kerdipan mata daripada Viya, iman Nawaz goyah. Nasib baik dia dapat menahan dirinya.

     "Dahlah. Jom balik." Katanya dengan dingin.

     Dia sekali lagi meninggalkan Viya dan menuju ke arah keretanya. Di mata Viya, Nawaz masih lagi merajuk. Tetapi sebenarnya dia takut tidak dapat menahan diri daripada panahan cinta Viya. Semakin lama dia di situ, semakin menggilalah degupan jantungnya.

     "Ego."Viya mencebikkan bibirnya dan membuntuti Nawaz.

     Sampai sahaja di tempat Nawaz meletakkan keretanya, Viya berdiri saja di tepi kereta. Menunggu Nawaz membukakan pintu untuknya. Malangnya Nawaz terus masuk ke dalam kereta tanpa menghiraukan Viya.

     "Amboi, bukan main lagi merajuk!" Viya menggelengkan kepalanya.

     Terpaksalah dia menolong dirinya sendiri untuk membuka pintu kereta. Masuk sahaja Viya ke dalam kereta, lagu I Hate You, I Love You nyanyian Gnash dan Olivia OBrien berkumandang di radio.

     Viya mencuba sedaya-upayanya untuk menahan dirinya daripada meledakkan tawa di situ jua. Muka Nawaz pula masih lagi kekal dengan perisa yang sama; masam mencuka.

     Walaupun dia merasakan yang Nawaz kelihatan lebih comel ketika dia merajuk, dia rasa kasihan juga terhadap Nawaz. Viya menghulurkan tangannya kepada Nawaz dan Nawaz memandangnya dengan pandangan keliru.

     "Phone awak." Pinta Viya.

     "Kenapa? Awak nak check kalau saya ada chat perempuan lain?" Tanya Nawaz dengan sinis.

     Viya mengetap bibir untuk menahan senyumannya. "Bagi ajelah!" Dia sengaja berlagak tegas.

      Nawaz mengeluarkan telefonnya dari poket lalu dia letakkan pada tapak tangan Viya. Viya mencapai sesuatu dari dalam beg tangannya sambil diperhatikan oleh Nawaz yang keliru.

      Viya membuka sarung telefon Nawaz lalu menggantikannya dengan sarung yang baru. Kemudian dia mengembalikan semula telefon tersebut kepada pemiliknya.

      "Awak beli?!" Nawaz kembali riang setelah melihat sarung telefon yang hendak dibelinya tadi kini tersarung kemas di telefonnya.

     "Dah awak beriya sangat tadi." Balas Viya. Dia mengeluarkan telefonnya lalu menunjukkan kepada Nawaz sarung telefonnya pula. "Roses are red, violets are blue, I dont know how to write a poem, but I love you." Viya mengukirkan senyuman yang manis mengalahkan gula.

     Nawaz tersengih malu. "Awak ini, saya tak ada pun belikan apa-apa untuk awak." Dia tersipu-sipu malu.

     "Itulah, orang baru gurau sikit, dah nak merajuk. Tak gentleman langsung." Komen Viya.

     "Hehe." Nawaz menggaru kepalanya yang tidak gatal.

     Tiba-tiba, riak wajahnya berubah. Daripada tersenyum, wajahnya kelihatan ketat seperti dia baru teringat akan sesuatu yang penting.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now