31

1.8K 136 3
                                    

Hari semakin gelap. Sesi temu bual mereka juga sudah berakhir. Cuma tadi Din perlu mengambil gambar Mike sahaja.

"Apa kata saya belanja makan malam?Atas penghargaan sebab sudi menemu bual saya." Cadang Mike.

"Eh, boleh! Kami okay aje!" Din terus bersetuju. Kalau bab makan, memang dialah yang paling laju. Asyik on aje.

"And Viya... how about you?" Tanya Mike.

Baru saja Viya hendak menolak, telefonnya bergetar. Dia meminta mereka untuk menunggu sebentar semasa dia memeriksa siapa yang meninggalkan pesanan ringkas kepadanya.

Director ajak makan sama-sama. Saya rasa saya tak dapat balik awal malam ni. Sorry. I love you :) - Nawaz

Viya mendongak semula dan memandang Mike. Dia mengangguk tanda menerima pelawaan Mike itu.

Dia pun memang dah lapar. Tak baik tolak rezeki.






Mereka tiba juga di hadapan restoran yang sering menjadi buah mulut orang kerana makanannya yang bertaraf lima bintang.

Din dan Viya menaiki kereta Ford Ranger yang dipandu oleh Din manakala Mike pula memandu keretanya sendiri.

Setelah kereta selamat diparkir, mereka keluar dari dalam perut kereta. Baru saja hendak melangkah pergi ke restoran di hadapan mereka itu, telefon Din pula berdering.

Dia segera menjawab panggilan itu. Riak wajahnya berubah sebaik sahaja dia menjawabnya.

"Kenapa?" Tanya Viya.

"Er, sorrylah doktor! Kakak saya nak bersalin. Mak saya suruh saya pergi hospital sekarang." Dia menggaru kepalanya.

"Oh, iya ke? Tak apalah." Balas Mike.

"Sorry ya Viya. Viya balik naik teksi ajelah nanti ya. Sorry again." Kata Din kemudian bergegas pergi dari situ.

"I guess it's just me and you now. Rasa macam blind date buat kali kedua pula." Gurau Mike.

"Hm, banyak blind date awak! Jomlah. Saya dah lapar ni." Kata Viya lalu berlalu pergi meninggalkan Mike.

Mike tersenyum. Akhirnya, dia berjaya juga membuat Viya kembali bercakap. Langkah satu, checked!

Mereka memilih meja yang berada jauh daripada pintu memandangkan tinggal meja itu sahaja yang kosong. Viya segera melabuhkan punggungnya pada kerusi.

"Awak tunggu sini kejap. Saya nak pergi toilet." Beritahu Mike kemudian beredar.

Viya mengeluarkan telefonnya dan membuka galeri. Dia melihat gambarnya bersama Nawaz ketika majlis akad nikah mereka kelmarin. Senyuman menghiasi bibir.





Walaupun suasana masih lagi meriah di dalam bilik untuk VIP di restoran itu, Nawaz terus meminta diri untuk pulang setelah selesai menjamah sedikit makanan.

Amanda menawarkan diri untuk menghantar pulang tetapi dia menolak. Katanya dia akan pulang menaiki teksi sahaja. Lagi pun, jarak rumah Puan Zalikha tidaklah terlalu jauh dari kawasan itu.

Amanda pun akur sahaja. Dia juga belum selesai menjamah makanannya. Kalau ditinggalkan begitu saja, membazir pula.

Usai sahaja mengucapkan terima kasih kepada semua orang, Nawaz segera keluar dari situ. Tiba-tiba dia terserempak dengan seseorang.

"Eh, hai. Nawaz, right?" Sapa orang tersebut.

"Dr. Mikail Suwayd?" Kata Nawaz pula.

"Yes, that's me." Mike tersenyum lebar. "What are you doing here?" Tanya Mike dengan ramah.

"Ada dinner dengan production team tadi. Kau pula buat apa kat sini?" Tanya Nawaz pula.

"Aku... ada dinner dengan kawan." Mike tersengih sambil menuding ke arah sebuah meja yang terletak jauh daripada mereka.

Nawaz menoleh ke arah yang dituding oleh Mike itu. Berkerut dahinya apabila melihat siapa yang duduk di meja itu.

"Viya?"

"Okaylah. Aku gerak dulu. Next time jumpa lagi." Kata Mike.

"Oh, okay." Balas Nawaz pula.

Memang betullah gadis yang dilihatnya itu Viya. Tetapi apa pula yang dibuatnya di restoran itu bersama Mike?

Siap makan malam bersama lagi.

"Kalau dia tak ada lelaki lain, kenapa dia beriya sangat nak rahsiakan perkahwinan kamu? Takkanlah semata-mata sebab takut nak musnahkan kerjaya kamu?"

Kata-kata Puan Rubiah tempoh hari menerpa ke dalam fikirannya. Betulkah Viya ada lelaki lain?

Kalau betul, lelaki itu ialah Mike?

Nawaz mengenggam jarinya dengan erat dan terus beredar dari restoran itu.





Tadi dia kata hendak pulang ke rumah, tetapi memandangkan Viya tidak berada di rumah, dia mula berjalan tanpa arah tuju.

Kakinya menyepak batu-batu kecil yang berada di jalan bertar itu. Kawasan itu agak gelap kerana itulah dia berani untuk berjalan sendirian tanpa memakai topi mahupun kaca mata.

Katakanlah kawasan itu terang-benderang, rasanya dia tetap tidak akan peduli jika ada sesiapa yang mengecam wajahnya. Fikirannya bercelaru sejak ternampak Viya di restoran bersama Mike tadi.

Akhirnya dia terduduk pada bahu jalan. Betulkah semua yang dirancang oleh Viya adalah untuk kebaikan mereka bersama? Bukan sebab dia mencintai orang lain?

---

+ Four hours of sleep is not enough. Confirm tdur masa Bio hari ni 😂

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now