12

12.7K 643 22
                                    



H E R
M I S T A K E






※‡‡※

Give me your worst



※‡‡※











" kau ... yang dengan Elijah tu kan ? " seiring dengan pertanyaan itu , lengannya dicengkam kuat .

Elise kacip gigi . Mata mengecil merenung lelaki asing yang tiba-tiba memerangkapnya di sudut club itu .

" betullah . Memang kau ... " gumaman lelaki itu kedengaran halus .

Tawa sinis lelaki itu menggemparkan jiwa Elise . Jantung berdetak gila .Darah gemuruh menyirap di segenap tubuh apabila lengan yang terdedah disentuh .

Refleks, dia menolak tubuh lelaki itu namun dengan pantas tubuhnya dihempaskan ke dinding . Tangannya ditekan ke dinding konkrit itu  .


Bibir dipagut apabila kesakitan jemarinya yang masih belum sembuh ditekan kasar ke dinding . Ringisnya tidak terluah , masih di bibir .


" Eli tak kisah share 'barang' dia dengan aku ... including you "

Darah Elise naik menyirap , berbahang . Kepala lutut pantas naik , tindakan refleks . Lengannya dilepaskan apabila lelaki itu meringis sakit , terbongkok-bongkok .

Kaki segera diayun laju , namun belum sempat diloloskan diri dari bahaya kakinya disadung oleh lelaki tadi .



Tubuh terbaring di lantai , sebelum sebelah kakinya ditarik oleh lelaki itu .


Tangan yang cedera memerit , kebas serta ngilu . Dengan hanya sebelah tangan yang berfungsi , digunakan sebaiknya apabila tumbukan dilayangkan ke wajah lelaki itu sementara kaki menujah kepala lelaki itu .

Dengusan serta raungan lelaki itu bergema dengan gempak-gempita bunyi muzik . 

Elise mengambil peluang itu untuk menjauhkan diri , sedaya upaya dia berdiri .

Rambutnya direngkuh kasar , sebelum dihentak ke arah dinding . Hentakan itu membuatkan kepalanya berpinar . PAndangan kabur  , desah nafas naik turun tidak sekata .

Namun , Elise masih teguh tidak mahu tunduk mengalah . Tidak . Cukup sekali dia tewas, tidak akan dibiarkan  peristiwa itu berulang kembali !

Pergelutan menjadi saksi . Saksi dirinya masih ingin berjuang meski takdir seakan mempersendakan dirinya . Saksi bahawa Elise Kimberlin tidak akan semudahnya membiarkan takdir kembali mengawal hidupnya .

Tangan terkial-kial mencari apa sahaja yang tercapai di sekitarnya . Apa sahaja.

Sehinggalah tangannya tercapai botol kaca . Sedaya upaya , dia menghayun botol  kaca ke kepala lelaki itu .


Sesaat ,hanya beberapa saat pegangan lelaki itu pada lengannya longgar .


Tidak lama, kerana satu tamparan padu dilayangkan pula ke wajah Elise .
Ringisan wanita itu bersatu dengan dengusan pemangsanya .


Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now