Epilogue

17.7K 664 127
                                    



EPILOGUE

HER MISTAKE HIS REGRET

╰◇◆💐💐💐◇◆╮




Perhiasan bunga hidup diklip kemas dirambut pendeknya oleh jurugaya .

Senyuman mekar dibibir peach milik Elise Kimberlin . Sepasang mata dipejam tatkala brush menyapa pipinya , menambahkan sedikit lagi tona pink di bahagian pipinya . Saat dia diminta membuka mata barulah matanya melirik wajah sendiri yang sudah dirias indah oleh jurusolek . Keningnya terbentuk elok sesekali terlindung dek helaian rambutnya , lantas diperkemaskan oleh pendandan dengan mengklipkan rambut tepinya itu . Kelopak matanya dimekap dengan earth tone berserta sedikit shimmer dikelopak mata bawahnya . Diserikan dengan eyeliner . Elise tersenyum lebar , benar -benar puas hati dengan dandanan perekanya . Anak mata pantas jatuh pada kotak perhiasan pemberian adiknya sempena hari perkahwinan ini . Earing yang sangat mewah dan bergermerlapan apabila terkena biasan cahaya lampu . Direka khas oleh Ellen sendiri buatnya . Disentuh halus perhiasan itu dengan senyuman teruja .

" tak kan tengok je ? Tak nak cuba ker ? "

Elise menoleh sekilas , menyambut kehadiran Ellen dengan senyuman lebar . Tubuh adiknya didakap sisi membuktikan hubungan mereka yang semakin pulih meski hakikatnya , mereka bukan adik beradik kandung tapi biarlah rahsia itu didiamkan sahaja .

" its too beautiful " ujar Elise , memegang kotak perhiasan mewah itu . Terlalu indah bukan hanya kerana fizikal hadiah itu namun kerana makna pemberian itu . Hadiah daripada keluarganya . Adiknya . Keluarga yang ketika dahulu dia fikir dia sudah kehilangan mereka . Tidak menyangka hubungan kekeluargaan ini kembali sedia kala . Malah membaik . Expect the unexpected .

" aku buat special untuk kau tau tak . Mestilah cantik , tengoklah siapa yang reka . Ellen kut " seloroh wanita itu lalu mengambil earing itu , digoyang-goyangkam dihadapan mata Elise dengan senyuman nakal .
Elise berdecit halus, disambut suaan adiknya lantas hadiah itu dipakaikan ke cuping telinganya . Diperagakan dihadapan cermin beberapa kali , teruja dengan perubahan dirinya sebaik sahaja disempurnakan dengan hadiah pemberian Ellen .

" nasib muka kau cantik tau , tak sia-sia aku bersengkang mata nak siapkan hadiah ni " tambah Ellen disambut jelingan Elise sebelum mereka sama-sama tertawa .

Tidak sedar pengantin wanita itu bahawa pengantin lelakinya memasuki ruangan persalinan itu . Sedar-sedar sahaja , lengan lelaki itu melingkar bersahaja dipinggangnya tanpa mempedulikan kewujudan para pendandan , jurusolek serta Ellen disitu . Rata-rata pendandan itu sudah mulai memalingkan wajah dek rasa malu dengan affection dari pengantin lelaki yang selamba .

Demerez meletakkan dagunya dibahu pengantin wanitanya . Pelukan dieratkan , kepala ditunduk sedikit pada bakal adik iparnya sebagai tanda 'menyapa' Ellen disitu .

" wife aku tentulah cantik , kan sayang " datar dan penuh maskulin suara lelaki itu menyapa sisi wajah Elise . Kehangatan menjalar ke wajah sang pengantin , segan dengan mata-mata yang menonton sketsa pendek daripada Demerez itu. Lantas , disiku perlahan rusuk lelaki itu sebagai amaran .

Ellen sembunyi tawanya , semakin geli hati apabila melihat bertapa merah wajah kakaknya lalu dengan senang hati dia meminta pekerja -pekerja lain keluar . Memberi sedikit ruang privasi buat pasangan itu . Sempat dia mengenyitkan mata pada Elise sebelum menutup pintu bilik persalinan pengantin itu . 

Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now