※11※

9.2K 567 62
                                    









H E R
M I S T A K E

H I S
R EG R E T



∽※∽※∽※∽






" Apa kau cakap Elise "



Refleks , kedua mereka menoleh . Kaget apabila bertentang mata dengan Demerez yang jelas berwajah tegang . Bermakna , sudah cukup lama lelaki itu berdiri di situ dan ... mendengar segalanya .


Elise cuba menghampiri Demerez namun lelaki itu lebih pantas menerpa ke arah Judah . Kolar baju Judah dicengkam kuat , menarik lelaki itu berdiri . Berdepan dengan Demerez .


" Rez , bertenang . Aku boleh jelaskan"

" Tenang ? ! Kau tahu perkara sebenar tapi kau langsung tak cuba nak beritahu aku ! Kau tahu tak anak aku mati sebab kau ! " Serentak itu , tubuh Judah dihumban ke lantai menyentak semua pengunjung dan pekerja kafe itu . Rata-rata pengunjung mulai riuh dengan aksi yang sudah dimulakan oleh Demerez .



" Demerez ! " pautan Elise pada lengan Demerez langsung tidak mampu menghalang lelaki itu daripada amarahnya .


" kalau kau beritahu aku lebih awal aku tak akan marah dan dendam pada Elise ! Aku tak akan buat semua benda ni ... that lead to Aireen's death . Kau tahu aku buat semua ni sebab aku fikir Elise belot aku ! Kau boleh stop aku waktu tu but no ! Kau diam ! "


" kalau bukan sebab kau nak balas dendam pada Elise , kau tak akan balik cari dialah Rez ! And kau tak akan tahu pun kau ada anak ! AKu diam bersebab ! And those damn reason is because of you ! Aku tahu kau sayangkan ELise . I fuckin know how deep your feelings for her ! Tapi aku tahu kau akan bisukan sahaja perasaan kau pada dia sebab dalam otak kau tu cuma fikir itu satu kelemahan ! Sebab dalam diri kau tu kau hanya nak hukum hidup kau atas sebab perasaan serba salah kau atas kematian Helena ! Dan juga sebab mak kau ! " sedaya upaya Elise membantu Judah berdiri . Namun, sejurus lelaki itu mengimbangkan tubuh dengan tongkatnya pantas bantuan Elise ditolak .



" ... aku faham kau Rez . Kau rasa bersalah pada mak kau . Pada Helena . Kematian Helena yang jelas-jelas sepatutnya disalahkan pada aku ! Aku yang salah ! Aku bukan kau ! Yang patut hidup dalam bebanan sesal dan derita adalah aku ! " selaran Judah bergema , membisukan seluruh isi kafe itu .



Tubuh Elise juga kaku . Terkesima dengan segala selaran dan butir bicara Judah . Lambat-lambat kepala didongakkan , melirik ke wajah Demerez . Wajah itu yang ketara berubah . Terbias segala emosi diwajah dan sepasang mata itu . Seakan, perkataan Judah membuka segala pekung di dada Demerez . Memaksa lelaki itu keluar dari persembunyiaannya selama bertahun-tahun itu . Segala sesal , kekecewaan dan kesedihan diri yang ditimbus dalam-dalam di lubuk hati lantas dipasangkan perangkap  yang bertopengkan kedinginan dan tanpa emosi .



Judah merenung tajam ke wajah Demerez yang terus membisu .
" berhenti buat aku macam ni Rez " datar luahan Judah , membuatkan pandangan ELise beralih pada lelaki itu . Derita yang terpancar dari raut wajah Judah menyentak dirinya , bahawa kedua beradik tiri ini hanya saling menjaga satu sama lain . Namun, masih mereka dilukai , terluka sepanjang tempoh ini . Duka yang disimpan , dipendam adalah lebih memeritkan disaat perasaan itu diluahkan .


Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now