※14※

9.2K 567 94
                                    



[ sbb siap awal , then ... here we go , but before you proceed .... take a deep breath guys and prepare for the big storm ]






H E R
M I S T A K E

H I S
R E G R E T



∽※∽※∽※∽

Kecoh suasana dalam rumah agam keluarga Kimberlin pagi itu .



Malah , kini kesemua tingkap ditutup dilindung dengan langsir kerana para media mulai berkawal di luar rumah agam itu . Kimberlin Hans yang cuba untuk mengawal situasi itu sudah hilang akal dengan penambahan jumlah para wartawan  yang berkerumun dihadapan rumah itu . Manakala Puan Carla hanya duduk mematung di sofa , seluruh tubuhnya menggigil bukan kerana kedinginan namun ketakutan .





Kini seluruh penduduk kota sudah tahu mengenai kesalahannya pada Elise Kimberlin . Segalanya sudah terbongkar termasuk mengenai hal Elijah . Bukan itu sahaja , malah doktor yang pernah memberi rawatan pada Elise sejurus selepas kejadian itu turut sama ditahan oleh pihak polis . Saksi sudah dikumpulkan , kini tinggal baki pesalah iaitu kawan-kawan ELijah yang terlibat sama dan akhirnya dia sebagai salah seorang yang bersubahat .






Keriuahan di luar perkarangan rumah mereka tidak segawat dengan kecelaruan yang meruncing dalam diri wanita itu . Ketakutan menjengahnya setiapa kali melirik daun pintu yang bila-bila masa bakal dirempuh oleh pegawai polis .



Lain pula yang berlaku antara pasangan Ellen dan Lufasz . Wanita itu menangis semahunya sejurus menceritakan segalanya pada suaminya , Lufasz .




Sedaya upaya Kimberlin Hans mencuba mendail nombor peguamnya namun seakannya peguam-peguam itu tidak mahu turut serta dalam kes sebegini memandangkan sudah jelas beberapa bukti kukuh dibocorkan di media sosial dan televisyen . Tiada jalan keluar bagi kesalahan isterinya meski hanya kesalahan bersubahat .









Marah ? Kecewa ? Sudah pasti namun Kimberlin Hans menganggap semua perkara itu sudah berlalu  , lagipula jika dibandingkan situasi dan kehidupan ELise yang agak baik dan normal membuatkan dirinya merasakan hal itu tidak perlu diumumkan pada umum . Imej dirinya sudah cukup ternoda dengan kes-kes Elise sebelum ini yang pernah memasuki penjara dan pusat mental . Kini , dibebani dengan kes berprofil tinggi sebegini pula . Rosak terus imej yang selama ini bertungkus lumus digilap .





" HAns! Do something ! Call your lawyer and all ..or just do something "
Rawan Puan Carla , diri kini diamuk emosi yang sudah hilang pertimbangan .



Hans membisu , wajah tegang apabila panggilannya masih tidak berjawab . Dilirik sekali sekala isterinya yang tidak senang duduk . Ke hulur ke hilir dihadapan jendela ruang tamu itu .



Ketukan kuat di pintu utama membuatkan seluruh perhatian keluarga itu terpaku padanya . Serentak , suara lantang dari pegawai polis mengarahkan mereka untuk memberi kerjasama dengan membuka pintu itu .

























" —— kini semua bukti dikumpulkan oleh pihak polis termasuk beberapa saksi yang membawa kepada penangkapan beberapa suspek yang turut sama terlibat dalam kes rogol berkumpulan ini ... "




Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now