※18※

9.8K 539 71
                                    



(Firstly, sorry sbb chp lps bnyk gila typo . Sy tak check dlu sblum post . Sorry again )









H E R
M I S T A K E

H I S
R E G R E T

∽※∽※∽※∽


" you buat apa dekat sini ? "



Pertanyaan Elise disambut senyuman kecil Caesar yang sesekali mengikat belon yang sudah ditiup kepada pesakit kanak-kanak itu . Kini mereka berada dikawasan laman yang agak lapang , terletak di tengah-tengah bangunan hospital ini .
Berbaris kanak-kanak itu dihadapan mereka , menunggu belon mereka .



" I jadi duta untuk pusat kanser bagi kanak-kanak yang akan dilancarkan tak lama lagi . You pula ? Buat apa dekat sini ? "

Elise membisu , tiada keinginan bagi menjawab persoalan itu malah dia menyibukkan diri dengan membantu lelaki itu mengagihkan belon-belon itu pada kanak-kanak . Tidak sedar akan renungan sekilas oleh Caesar yang tersenyum manis .


" Lama kita tak jumpa kan .. sejak you keluar dari tempat tu . But, I happy you dapat teruskan life you macam biasa ... you are doing great Kimberlin " lembut ujaran Caesar menghantar satu kehangatan dalam diri Elise . Elise masih membisu , tersenyum kecil sejurus mendengar ungkapan penuh keikhlasan itu .


" thanks Caesar . Perkataan you memang tak pernah tak berjaya masuk dalam hati I  . Such a sweet talker " desis Elise , berseloroh . Membuktikan hubungan mereka berdua amat istimewa , bukan hubungan sebagai pasangan kekasih cuma hubungan antara mereka lebih daripada seorang sahabat .

Caesar tersengih , memberikan belon terakhir buat kanak-kanak itu meski sebenarnya dia masih menyimpan satu lagi belon yang belum ditiup .
Hanya digenggem dalam tangannya , sesekali mata menjeling halus pada wanita disisinya .


Caesar menunggu kanak-kanak itu meninggalkan mereka berdua sebelum dia menyambung bicara yang lebih personal . Bibir dibasahkan sebelum membuka kata .


" I tak nak buatkan situasi antara kita makin down .. so , anggap sahaja I tak tahu apa-apa pasal life you lepas you keluar dari pusat "

Elise sembunyi senyum , menoleh pada lelaki itu . Kening dijungkit bersahaja . " maksud you ... you akan buat-buat tak dengar or tahu apa-apa dari media sosial and televisyen  berkaitan dengan hidup I ? Dalam kata lain ... you nak menolak kebenaran bahawa I lagi famous dari you hum ?" Kali ini seloroh Elise disambut tawa besar Caesar sekali gus menaikkan semangat dan menceriakan suasana .


Caesar menghabiskan sisa tawanya sebelum dijeling bersahaja pada wanita itu . " disebabkan you ,muka I pun jarang masuk news you tahu tak ? " bibir dicebik Caesar sebelum berubah kepada senyuman lebar apabila dia berjaya membuatkan Elise ketawa kecil . Senang hati kerana dapat menghiburkan  wanita itu .

" well nak buat macam mana ... ramai yang nak tahu pasal I dari you" tambah Elise , tidak lekang senyuman dibibirnya .

Tanpa sedar , Caesar mendekati wajahnya . Senyuman nakal melakar dibibir lelaki itu . " —— I pun boleh tenung muka you yang tak cantik tu lama-lama depan TV  " sejurus sahaja Caesar melontarkan kata-kata itu terus sahaja belon dibibir ditiup . Mengembang sehingga mengejutkan Elise yang langsung tidak menyedari kewujudan belon itu diantara mereka .



Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now