7

9.5K 533 69
                                    


For my sweet readers : Tq kerana masih bertabah hati

★★★

H E R
M I S T A K E

H I S
R E G R E T


∽※∽※∽※∽






Biasan wajah di cermin itu ditatap kosong .

Jemarinya mengelus rambut yang baru dipotong sehingga paras bahu . Tiada senyuman dibibirnya , kedinginan jelas terpamer diwajah itu . Lirikan mata menikam pada susuk tubuh Demerez yang berada di belakangnya . Mata saling bertentang dengan lelaki itu melalui biasan cermin di salun itu .



Apabila pekerja itu selesai merapikan rambutnya dengan sentuhan terakhir , barulah Demerez menghampiri Elise . Bahu Elise digenggem kemas sebelum lelaki itu melabuhkan ciuman di belakang kepala Elise . Lantas , keduanya saling bertentang mata . Menghantar isyarat yang dibisukan serta tersirat .



Ingatan Elise kembali pada bualan dirinya dengan Alexander Ivan beberapa hari lalu selepas pengebumian Aireen , di pejabat lelaki itu . Disaksikan oleh Demerez juga .



" maksud you ? " soalnya kerana masih tidak mempercayai pernyataan yang baru dikatakan oleh ALexander .

Alexander melirik ke wajah Demerez sebelum kembali dibawa pandangan kepada Elise .

" Kimberlin dan keluarga dia ... tarik balik report dorang pasal insiden you dengan Ellen . Pihak polis baru sahaja maklumkan pada I "

Elise membisu . Jaluran perih melukakan kembali luka yang menodai dirinya . Hati seakan dicarik-carik .

Selepas ... semua ini berlaku padanya ... baru saat ini mereka menunjukkan nilai kemanusian ? SImpati ?

Senyuman sinis tersungging dibibir Elise . Tidak lari daripada tatapan Demerez yang menghampiri wanita itu . Bahu Elise dirangkul , dalam kata lain ' memberi sokongan ' padanya .


" I tahu .. faham perasaan you sekarang ni . Too obvious dorang rasa bersalah pada you ... tapi , nasihat I biar . Let them throw sympathy card , used this chance to fix yourself . Be better after you keluar dari tempat ni "




Penerangan Alexander hanya dibuat endah tak endah kerana walau apa pun , Elise masih tenggelam dalam emosinya . Kesakitan yang tidak pernah hilang dari dada malah semakin bercambah tiap detik .

" sayang ... " serentak itu bahu kiri Elise digenggam sedikit kuat , memancing fokus wanita itu .


Elise menoleh , mata bertaut dengan sepasang mata milik Demerez . Redup tatapan lelaki itu buatnya . MAlah , Elise sedar ... panggilan Demerez buatnya berubah sejak ....

... atau mungkin lelaki ini sama sahaja dengan keluarganya ... hanya ... simpati . Serba salah ...



" pindah masuk rumah aku "

Sesuatu terbias diwajah ELise . Perkataan 'rumah' yang terasa begitu banyak keterdukaan buatnya ...



Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now