※12※

8.8K 526 61
                                    




H E R
M I S T A K E

H I S
R E G R E T




∽※∽※∽※∽






Tangan yang menggigil sedaya upaya menadah air hujan dari luar gerigi besi satu satunya tingkap di bilik kurungan itu .






Lemah . Kudrat Derin sudah tinggal separuh kerana tidak makan selama berhari-hari . Hanya sekali sekala sahaja Demerez memberinya minuman . Botol mineral yang sudah kosong dilirik sesaat dua sebelum lambat-lambat dia menunduk . Dikutip botol itu untuk diisikan dengan air hujan .





Sadis . Itu yang dirasakan dirinya setelah dikurung oleh Demerez disini . Namun , sekurang-kurangnya dia tidak perlu mati . Dalam diam, senyuman sinis melakar dibibirnya yang pucat .




Fikiran ceteknya serta kewarasan akal yang mulai tinggal sisa membuatkan dia membohongi diri sendiri bahawa Demerez masih sayangkan diri . Sukakan dirinya kerana walau apa pun , masih lelaki itu tidak bisa menghukumnya dengan kematian .





Meski , dia telah membunuh anak mereka . Kanak-kanak perempuan yang tidak seharusnya wujud ! Aireen !





Pintu gelungsur ditolak perlahan , merenung kosong ke arah kolam renang itu sebelum mata beralih pada Aireen yang sedang bermain dengan  origami yang dibuat oleh babysitter .
Babysitter yang sudah dia arahkan untuk keluar membeli barang keperluan Aireen .





Hati panas dan amarahnya membara setiap kali menatap wajah kanak-kanak itu . Gelak tawa halus dan senyuman Aireen ibarat pisau yang menyiat-nyiat jiwa raganya . Pedih .




Lantas kaki diorak menghampiri kanak-kanak itu . Diambil satu origami berbentuk angsa itu .
Satu perkara berubah ke satu perkara sehingga dia berjaya meletakkan Aireen di posisi yang diinginkannya . Dibirai kolam renang itu . Begitu teruja , bertepuk tangan apabila melihat origami dilayarkan di atas air itu .





Tersenyum sahaja Derin pada tubuh halus itu yang semakin mendekati tebing kolam renang itu . Tangan pendek cuba mencapai origami angsa itu .



Sehinggalah , tubuh kecil itu hilang imbangan lalu terjatuh ke dalam air . Tidak terkapai-kapai malah tenggelam terus ke dasar kolam .




Menapak penuh tertib dirinya ke arah kolam itu . Tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh meski mata menjadi saksi insiden itu . Beralih matanya ke arah origami yang mulai hanyut dan tenggelam sewaktu tiba ditengah-tengah kolam renang itu .





" itu bezanya manusia dengan origami bila dipertemukan dengan air ... origami ... terapung sebelum tenggelam ... tapi " sinis mata menjengah ke dasar kolam sebelum tawanya meletus . " tapi Aireen tenggelam dulu baru ... 'terapung' yer sayang ? Sorry ... aunty tak tahu pulak ... hihi "




Hanya beberapa saat selepas itu , jelas tubuh halus Aireen terapung di permukaan air itu .











" aku tak menyesal " gumam Derin bagai orang gila , sesekali tersenyum sinis . " ... malah aku gembira dengan pergorbanan budak sial tu . Sama macam mak dia ! Perampas ! A bitch ! "


















Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now