※2※

9.6K 508 82
                                    




H E R
M I S T A K E

H I S
R E G R E T

∽※∽※∽※∽




Kurungan dibuka dalam tergesa-gesa .

Di sudut ruangan penjara itu , banduan-banduan saling berpelukan . Wajah memucat , mata hanya terpaku pada tubuh banduan wanita yang bersama-sama ditempatkan dalam kurungan itu . Lopak kecil darah yang mengelilingi pergelangan tangan banduan yang sudah terkulai lemah .


Sahutan dan lolongan para pegawai polis meminta bantuan . Tubuh ELise yang kaku dilantai dengan darah yang menodai hampir sepenuhnya pergelangan kirinya menjadi mimpi ngeri buat rakan banduan lain sejurus bangun dari tidur .

Bauan darah yang meloyakan hampir membuatkan salah seorang banduan muntah . Sebelum paramedik datang mengusung tubuh Elise ke dalam usungan .

Para pegawai dengan pantas menyusuli langkah paramedik . Ambulance yang sudah bersiap siaga untuk segera membawa pesakit ke hospital . Peronda polis turut sama akan menyusul dek kerana polisi dan tanggungjawab ke atas banduan itu .


Tanpa buang waktu , terus sahaja kenderaan ambulans serta peronda polis itu membelah lebuh raya . Siren yang membingitkan saling bersahutan , memaksa kenderaan lain memberi laluan . Lancar perjalanan mereka sehingga memasuki perkarangan hospital .



Kehadiran peronda polis ditambah pula dengam siren yang bersatu memancing semua mata di sekitar perkarangan hospital itu . Kakitangan hospital bergegas mengalihkan tubuh ELise ke atas katil bergerak sebelum ditolak .
Keadaan yang mencemaskan , rata-rata doktor juga jururawat saling membantu . Berlarian anak menolak katil itu . Arahan demi arahan dikeluarkan oleh doktor bagi melancarkan  lagi rawatan yang bakal dilakukan ke atas pesakit .























Jemari menari-nari di atas permukaan tiles piano itu . Gemersik halus lantunan melodinya . Renungan mata Demerez redup pada piano itu . Kelopak mata dipejam , membiarkan diri tenggelam dalam kehalusan bunyi itu .


Sehinggalah derap langkah menghampirinya . Mata dicelikkan seiiring dengan 'tarian jemarinya' yang jeda seketika .

Pembantunya , Hugo menghampiri dengan membawa berita . Berita yang dinanti-nantikan oleh Demerez sejak semalam .



" —— dia dah dimasukkan ke ICU "

Demerez membisu . Menghantar Hugo keluar dengan isyarat tangan .
Sejurus sahaja daun pintu ditutup rapat oleh pembantunya , Demerez melepas hela berat . Kelopak matanya dipejam lama , kerutan didahinya melata . Bucu permukaan piano itu digenggam kuat .




Tidak mampu dinafikan kesakitan yang menjalar didadanya tika ini . Terbongkok tubuhnya sehingga kepala lutut menyentuh lantai marmar itu . Lengan berpaut pada bangku piano itu . Naik turun nafasnya , terseksa . Menderita .


Kepala ditongkatkan pada bangku itu , matanya yang berkaca dicelikkan buat sesaat dua sebelum kembali dipejamkan .

Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now