43

9K 496 69
                                    


H E R

M I S T A K E







___________________







Tubuh lelaki itu terhumban ke tepi .




Esakan Elise berselingan dengan sendu , tubuhnya yang bergetaran dihampiri Gaz . Namun sepasang matanya masih menikam tubuh Luke yang sudah berdiri .






Elise masih bingung dengan tindakan Gaz yang seakan cuba membantunya sedangkan lelaki itu punca dia disitu . Dua susuk tubuh lelaki itu ditenung silih berganti . Meneliti dan menganalisis .







" kau kata kau tak kan bunuh dia ! " tengkingan Gaz disambut tawa sinis doktor itu . Sempat melirik pada Elise yang masih mengesot , di lantai simen dingin dan kotor itu .






Gaz berdiri dihadapan Elise , seakan-akan melindungi . Bertentang mata dengan Luke . Meruncingkan lqgi ketegangan di antara mereka . Sekali lagi kebisuan menjadi perantara .







" manusia boleh tukar fikiran kan ? Call me in " sengihan Luke seakan satu racun yang bila-bila masa akan meracuni pembuluh darahnya . Lambat-lambat matanya naik ke wajah Gaz yang tegang  . Postur tubuh lelaki itu tampak bersedia untuk sebarang kemungkinan tetapi ... boleh dipercayaikan lelaki ini ?





Buntu . Situasi ini memburukkan lagi keadaan Elise yang kini tenggelam dalam kesakitan fizikal . Refleks , tangan mengusap bahagian perutnya . Nyawa yang berkongsi dengan dirinya . Tidak mampu diluah rasa hati tika ini , gembira atau ... bersedih ? Segalanya bercelaru .




" lagipun ... dia bawa zuriat Demerez . Tak akan semudah itu aku lepaskan peluang macam ni Gaz " terang Luke , menapak menghampiri lelaki itu juga Elise .




Kerutan diwajah Gaz , riak wajahnya yang berubah serta merta apabila perkataan zuriat disebut oleh Luke jelas dipenglihatan Elise . Pertimbangannya terumbang-ambing sama ada Gaz akan membantunya atau ....





Luke menolak tubuh Gaz bersahaja daripada laluannya pada Elise  . Tanpa daya dan kekuatan berlebihan kerana Gaz seakan-akan mengalah . Masih kaku terkesima atau ... lelaki itu sudah membuat keputusan untuk meneruskan rancangan asal . Mengikut sahaja rancangan Luke .





Dibiarkan air mata mengalir hangat disisi wajah , tidak berdaya diseka lagi . Mata Elise yang berkaca hanya merenung wajah Luke . Langkah lelaki itu yang makin menghapuskan jarak antara mereka . Setiap langkah Luke menghantar ketakutan ke segenap tubuh  . Jantungnya berdegup kencang ibarat menghentak kuat dadanya .





Beralih matanya pada Gaz yang masih mematung . Hanya turun naik tubuh itu menyedarkannya bahawa lelaki itu masih bernafas . Harapan sudah tinggal harapan . Kosong .






Kelopak mata terpejam , bibir yang bergetaran diketap  lemah . Terasa diri begitu ...







" your last wish , bitch ? "




Bertentangan mata dengan Luke yang sudah tersungging senyuman sinis padanya . Jelek . Sehinggalah wajahnya hanya berjarak beberapa jengkal dengan doktor itu . Rahangnya dicengkam , kuku jelas menikam pipi Elise .






Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now