◇EUNNIE00◆

9.7K 353 63
                                    









HER MISTAKE HIS REGRET
bermula dengan perkataan 
MISTAKE sendiri . Saya
mengolah pengalaman
sendiri dari perkataan
mistake  kepada bentuk
penulisan . Mulanya idea tu hanya nak tekankan pada perkataan 'kesilapan' . Dalam hidup , kadang kala kita buat pilihan yg salah . Dimata orang disekeliling kita , pilihan dan keputusan kita salah .

Jadi , saya cuba masukkan rasa dan perasaan seseorang yang sentiasa insecure . Rasa takut untuk buat keputusan hanya sebab risau pandangan orang lain . Pengolahan idea supaya masuk dengan unsur2 romantik memandangkan citer ni citer cinta kan .. 😅

Then , saya jadikan heroin yang asalnya watak jahat . Elise mmg jahat dalam buku She Was Wrong . Tapi dalam buku ni , saya explain kisah hidup dia , yang jadi salah satu punca kenapa dia bersikap macam tu . Saya cuba tunjukkan pada readers sudut pandang yang berbeza . Bahawa setiap watak itu ada kisah disebalik takbir  . Hehe .

Juga , pembawakan watak2 dlm buku ni saya akui ... memang akan buatkan readers jadi serba tak kena . Sama ada nak salahkan watak tu atas kejahatan dia atau nak rasa simpati atas nasib watak tu . Bukan saya sengaja nak mainkan emosi awak semua .. 😊😊 cuma nak tunjukkan sekilas bahawa dalam dunia realitinya ... orang yang 'jahat' tu ada juga sisi baiknya , ada tersimpan kronologi kisah hidup dia . Saya cuba nak terapkan , bahawa kita tak seharusnya just assume orang tu jahat sebab masa silam dia . Lagipun , dalam realiti hidup ni ada je orang yang nampak baik gila ... rupanya-rupanya talam dua muka . Hum ... apalah yang saya duk melalut ni en .. korang pun baca jee 😅😅😅❤ .

Dan , dalam watak heroin ada saya selitkan masalah psikologi , tekanan perasaan . Tidak berniat untuk masukkan hal ni pun sebenarnya tapi say cuba letak diri saya dlm watak Elise . Dengan apa yang dia dah lalui waktu remaja dia ... masa dia membesar ... saya rasa trauma dan tekanan tu pasti ada even sikit dalam diri Elise .

Juga , aspek yang begitu penting dalam buku ni adalah dendam . Rasanya 85% daripada jalan cerita menjurus kepada dendam . Dendam Elise pada Elijah dan orang-orang yang bersalah pada dia termasuk Puan Carla dan Ellen . Dendam Luke pada Demerez dan Judah . Dendam MArcuez pada Luke . Fuh ! Memang pasal dendam jelah 😅😅 . So , apa yang saya buat ... saya tunjukkan kesan dendam tu sendiri . Kematian Aireen ... Derin terkorban (uhuk-uhuk , ini saya tak kisah ) , Gaz terkorban ( watak ni baik sebenarnya even dekat last tu dia belot Elise ... hum ) , isteri Marcuez yang juga terkorban . ( rasanya , yang tu jelah yg terkorban kan 😅 )

So ,yeah . Banyak watak yg saya terpaksa tamatkan 😅 demi meneruskan kisah ini . Harap korang tidaklah terlalu bersedih ye .

Dan , banyak jugalah comment sy dpt , jalan cerita buku ini agak murung ye . Sedih dan konflik memanjang . Ada yang sampai letih benor .😅😅 Apa yang boleh saya katakan ... #hidupTakSelaluIndah 😂😂😂

MAaflah ye atas kemurungan dan kesedihan yg korang alami sepanjang perjalanan buku ini . Tapi saya berpegang pada janji , Happy Ending  😂😂💐💐💐 .
Demelise selamat berkahwin dan mendapat twin yg sangat mencuit hati ditambah dengan perangai Demerez yang bagai masuk air tu 😅🌹🌹🌹🌹 .




Sampai sini saja tinta saya . Sebarang typo harap dimaafkan . Jika ada kesempatan , kita akan bertemu dalam penulisan saya lagi . I wish you a happy life too  . Jangan putus asa dalam mengejar bahagia korang yer 🌹🌹🌹❤❤❤

Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now