8

9.5K 564 67
                                    



H E R
M I S T A K E

H I S
R E G R E T

∽※∽※∽※∽





" Tarik balik ? "

Pertanyaan Marcuez dibalas anggukan bapanya yang merupakan seorang ketua pegawai polis bahagian jenayah berat . Sudah lama berkhidmat dalam kes-kes jenayah namum sejak akhir -akhir ini bapanya mulai melibatkan diri dalam kes politik dan salah laku . Kes-kes jenayah semuanya diserahkan pada Marcuez yang kini sudah dinaikkan pangkat .

Marcuez menggoyangkan pen dijarinya , kening terjungkit masih bingung dengan kenyataan yang baru sahaja diberitahu oleh bapanya mengenai kes Elise Kimberlin yang sebelum ini ditangguhkan kerana kesihatan mental wanita itu .

" ya , dengar kata ... anak Elise Kimberlin mati . Mungkin ... Kimberlin Hans kasihan dengan anaknya .. walau apa pun , penjenayah sekali pun masih anak kandung juga " datar penjelasan bapanya dibalas anggukan faham Marcuez .

" maknanya ... dia dah bebas sekarang ? " perlahan sahaja suara Marcuez menyoal, segaris senyuman terlakar dibibir itu . Membayangkan wajah mulus Elise Kimberlin .

" lebih kurang begitu . Hold on a second —— " jeda bapanya , menyelak lengan uniformnya . Jam tangan dikerling sekilas bersama keluhan pendek .

" why ? Ada kes ke ? " berbasi-basi Marcues apabila melihat bapanya sudah mencapai kunci kereta .


" huh ? Nope . Ada appoinmnet dengan ahli menteri Zhang . Hah ,  kamu malam ni kosongkan jadual . Ada makan malam dengan Kimberlin Hans . Dia jemput kita satu family . Jangan lupa "

Marcuez diam , melirik kepergian bapanya yang tergesa-gesa . Bersama hela berat , Marcuez kembali mencatit dokumen dan mengemas kini rekod jenayah dalam simpananya itu .

































" ini .... "

Lirih suara Elise sambil tangannya mengutil halus teddybear di dalam kotak hadiah itu . Pandangannya dialihkan pada Demerez .

Demerez mengangguk lemah . Mug nescafe yang disediakan tadi diletakkan di atas meja ruangan tamu itu lantas kaki diusung ke arah Elise .

Mata Demerez jatuh pada teddybear itu , tersenyum kelat mengingatkan bagaimana bahagia dan terujanya dia untuk memberikan hadiah itu buat ... Aireen .

" aku nak hadiahkan pada dia " Demerez mendongakkan wajah , bertatapan dengan Elise yang turut sama merenungnya . Senyuman kecil tercoret manis meski tersisa getaran , dihadiahkan buat wanita itu .

" kau rasa ... dia akan suka tak ? Aku masih tak tahu favourite colur dia " perlahan dan sungguh halus gemersik suara lelaki itu menghadirkan kehangatan dalam dada ELise .

Birai mata Elise berat , dikerdip lemah matanya yang mulai berkaca .
Kembali jemarinya mengutil patung beruang yang berwarna unggu itu .
Senyuman meniti dibibir .

" purple . Aireen loved purple "

Demerez mengengguk . Senyumannya melebar . " aku tak salah pilihlah kan ? "

Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now