※3※

9.3K 583 102
                                    






H E R
M I S T A K E

H I S
R E G R E T





∽※∽※∽※∽




Rintihan disembunyikan , biar bisu terpendam sayu di lubuk hati yang paling dalam .




Mata meliar ke sekitar perkarangan hospital yang bakal didiami . Mungkin akan jadi rumah kekalnya .
Terguris hati namun tiada siapa yang sudi bersimpati .


Dari kejauhan Elise melihat beberapa pesakit 'sepertinya' meluangkan masa di taman khas terbina buat mereka . Ada yang mengutil bunga-bungaan tidak kira ada yang bercakap sendirian . Setiap pesakit ditemani seorang jururawat disamping mereka .

Elise tertunduk , cuba menerima takdir yang seakan satu tamparan hebat ke wajahnya . Seluruh tubuh dingin bagai disimbah ais .


Jika dia diberitahu bahawa dirinya bakal dimasukkan ke tempat ini dua tahun lalu , pasti sahaja Elise ketawa . Langsung tidak terjangka dek akal warasnya bahawa dia akan menjejakkan kaki di tempat ini . Malah ,menjadi salah seorang pesakit di sini .




" ini bilik awak "


Terdongak Elise lantas matanya melirik pada daun pintu biliknya . Jururawat yang bersamanya memberikan beg pakaian semula pada ELise sebelum berlalu pergi .






Bersama hela berat Elise menguak pintu biliknya . Ruangan bilik itu tidak sebesar mana , hanya punya ruang untuk katil single serta almari pakaian . Sekurang-kurangnya , lebih baik dari penjara yang hanya dinding dan lantai simen .



" tutup pintu tu "


Kaku seluruh tubuhnya saat mendengar suara itu . Pantas Elise menoleh , terkesima apabila bertentang mata dengan Demerez yang bersahaja bersandar pada dinding biliknya .


Berkaca mata Elise disusuli getaran dibibirnya yang ingin menghambur segala esakan yang dipendam , dibisukan .



" t-this  is your ... p-plan ? Patutlah ... rekod kesihatan I yang tak pernah wujud ... y-you behind all of this ? "



Demerez diam. Hanya merenung wajah ELise buat sesaat dua sebelum lelaki itu dengan sendiri menutup daun pintu .



Mata Demerez jatuh pada pergelangan tangan kiri ELise yang berbalut . Balutan yang tidak ditukar-tukar .


" sit on your bed " datar arahan Demerez namun cukup membuatkan amarah Elise meletuskan laharnya .



" stop it ! Stop demanding me like I'm your fuckin' doll ! " tengking Elise bersama linangan air mata yang membasahi wajah . Esakannya terlepas diselangi sendu kehibaan .




" I dah buat apa yang you nak ! Are you enjoy it ? Did I entertaint you enough ?! "




Selaran Elise menyentak Demerez .
Sedar-sedar sahaja pinggang ELise dirangkul erat dalam dakapannya .



Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now