19

10.8K 712 21
                                    



H E R
M I S T A K E





●●●●●●●●●●●●●●●●●●●








Can't you see me ? The real me ?
The only one that keep loving you ...







●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●











Tombol pintu dipulas, namun sekali lagi mata Elise melirik ke arah katil bersaiz king itu . Bibir dipagut lemah , otaknya kembali waras apabila terjaga dipagi hari . Segalanya ... perkara yang berlaku semalam bermain di fikiran . Pelbagai kegusaran membadai hati .



Sama ada ... betul atau tidak keputusannya ... membiarkan diri jatuh dalam ... dakapan lelaki itu .
Apakah ini satu ... keputusan yang tepat ...
Membiarkan perasaan dan emosi mengawal kewarasan diri ...




Tangan menggenggam erat hujung bajunya . Entah mengapa , dirinya terasa dipergunakan . Perasaan atau sememangnya ... naluri hati ?



Hela berat dilepas lemah , pintu dikuak perlahan . Tidak mahu membangunkan lelaki yang masih nyenyak tidur . Atau itu yang difikirkannya .
Pantas, Elise menapak keluar dari bilik itu .




Mendengarkan daun pintunya tertutup, perlahan-lahan kelopak mata dicelik.


Demerez bangun lalu bersandar di kepala katil. Comforter yang menutupi bahagian atas dadanya melorot jatuh hingga ke bahagian pinggang .




Matanya melirik bahagian sebelahnya yang jelas kosong apabila ditinggalkan . Senyuman sinis meleret dibibir .



Manakala , Elise pula menuruni anak tangga untuk mendapatkan pintu yang diketuk sejak tadi . Membantutkan hasratnya untuk membersihkan diri sejurus lolos daripada bilik Demerez .




Buka sahaja daun pintu utama itu , wajah Gaz menghiasi pancaindera matanya. Mata saling bertaut buat sesaat dua sebelum lelaki itu sendiri mematahkannya . Tanpa bicara , Gaz melepasinya dengan tujuan yang sama . Pastinya mencari Demerez .



Baru sahaja hendak menutup kembali pintu  itu , dia dikejutkan dengan satu tolakan yang agak kuat .




Matanya pantas naik menikam wajah itu . Senyuman sinis melebar dibibir Luke , namun tidak lama apabila mata lelaki itu turun ke ... pemakaiannya .






Lebih tepat , kemeja milik Demerez yang dipakaikan ke tubuhnya .




Decitan sinis jelas terluah dibibir doktor itu . Kepala tergeleng ,menidakkan atau hanya ... tidak mampu berkata apa-apa.




" akhirnya ... kau kalah juga dalam game dia huh ? "




Elise terdiam . Bibir yang bergetaran dipagut sekuatnya . Hatinya mula mengiakan selaran Luke yang kedengaran ... benar .
Jiwanya mula merintih , kerana tiada kekuatan untuk membela diri andai otaknya juga sudah diracuni pelbagai persoalan ... kegusaran .





Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now