※17※

9.4K 486 63
                                    



H E R
M I S T A K E

H I S
R E G R E T




∽※∽※∽※∽


Mata mencerlung pada wajah figura itu .



Senyuman yang lebar diwajah lelaki itu begitu membakar dadanya . Tangan serta merta dikepal kuat sebelum dilayangkan ke wajah Marcuez namun sempat pergelangan tangannya dicengkam erat oleh pegawai polis itu . Senyuman sinis dilemparkan buat Elise sebelum melepaskan pergelangan tangan wanita itu .


Naik turun nafas Elise , benar-benar tidak dapat menerima situasi ini  dimana sekali lagi dirinya dipermainkan oleh pegawai polis itu . Mata merenung tajam ke wajah Marcuez yang sempat mengenyit mata padanya sambil mengelap kotoran 'darah palsu' dibahagian lehernya dengan tuala kecil .





Dengusan kasar terluah dibibir ELise lantas tanpa buang waktu berpusing , berura-ura untuk keluar dari rumah lelaki itu namun percubaannya gagal apabila lengannya pula dirangkul kemas .

" sorry ? " soal Marcuez masih dengan senyuman nakalnya , tuala dilempar ke atas katil sebelum kembali fokusnya pada Elise .
" —— saya cuma nak tengok ... reaksi awak ... and its not bad though . Hum .. awak nak minum apa ... " sambung Marcuez sudah melangkah keluar dari bilik itu , menuju ke arah dapur . Elise diam membisu , hanya kakinya membawa diri mengekori lelaki itu .

" Tak perlu . You nak bincang . So, kita bincang . Bukan berbual kosong" tegas Elise , mengambil tempat di ruang tamu . Lewat ekor matanya , didapati pegawai polis itu mulai menghampiri .

" well , perbincangan kita mungkin ambil sedikit masa . Tak salahkan kalau saya nak gunakan peluang ni untuk spend some time dengan awak "

Kali ini Elise pula yang berdecit , kedua tangan disilangkan ke dada sambil mata menjeling tajam ke arah lelaki itu . Kening terjungkit sinis .
" so , apa maksud game you tadi hum officer ? Sengaja atau ... you memang nak permainkan I ? Nak provok I ? "



Marcuez sengih sahaja . Terhibur meski jelas dimatanya wanita itu benar-benar berang dengan permainan itu tadi . Dia menggigit lembut tepi bibir . " awak terlalu banyak berahsia cik Elise ... dan membuatkan saya semakin nak tahu segalanya pasal awak . Juga , permainan yang baru awak mulakan pada ibu awak ... kes Elijah yang dibuka semula ... seakan satu peta . Peta yang akan bawa saya mengenali siapa sebenarnya Elise Kimberlin . Dan , perlu saya tegaskan ... permainan itu memang menarik . Cuma ... awak tak nak benarkan saya jadi salah seorang pemain ... kan ? "

" berhenti berkias . Back to our main discussion . You cakap you boleh keluarkan Demerez dari penjara , gugurkan kes tu . Jadi , I nak tahu ... apa yang patut sediakan , sebagai balasan atas 'bantuan' itu ? Apa pertukarannya ? "

Marcuez tahan senyuman yang terbit dibibirnya . Puas hati kerana dapat menundukkan wanita itu pada tempat yang diinginkannya sejak dulu . Tunduk padanya .
" —— sebelum saya beritahu apa yang saya nak ... even awak boleh agak ... masih , saya nak tahu hal sebenar mengenai kes Derin " matanya naik merenung wajah Elise yang datar dan kosong tanpa riak .
" saya nak tahu ... kalau bukan Demerez yang cuba bunuh Derin ... then , mungkin awak tahu siapa ? " soalan berupa perangkap sudah dipasang , menanti mangsanya untuk membuat kesilapan .



Membisu Elise sedar risiko bagi pertanyaan itu . Meski dia bersetuju untuk menerima bantuan pegawai polis itu , masih , masih dia ragu-ragu kerana lelaki ini bila-bila masa boleh menikamnya dari belakang . Walau bagaimanapun, niat sebenar lelaki itu masih menjadi tanda tanya .

Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now