cp 49

2.9K 300 16
                                    

Kereta aku berhenti tepat di hadapan sebuah tapak perkuburan. Mata aku melihat kawasan yang sunyi tidak berpenghuni ini.

Aku manarik nafas aku lalu mengambil bunga yang aku beli tadi dan terus keluar dari kereta tersebut.

Sebelum aku melangkah aku, aku memerhati dahulu kawasan itu. Pada waktu itu kawasan ini sungguh sunyi dan tidak berpenghuni. Nasib betul aku tidak ada kelas pada petang ini. Dapat juga aku nak melawat kawasan perkuburan tersebut.

Aku yang masih memakai baju uniform sekolah itu melangkah masuk ke perkarangan perkuburan tersebut. Satu-persatu makam aku lempasi untuk pergi ke makam yang aku cari sekarang.

Setelah sampai ke makam tersebut, aku terus memandang ukiran nama di batu makam tersebut.

Amel Serville.

Tidak salah lagi, inilah makam arwah ibu aku. Nama yang terukir itu mengingatkan aku kepada pemiliknya. Walaupun tidak pernah berjumpa tetapi aku dapat rasa seperti aku sangat dekat dengannya.

Bunga yang aku bawa tadi diletakkan di hadapan batu yang terukir nama tersebut. Aku tidak tahu apa perasaan aku sekarang.

Sedih?

Gembira?

Marah?

Memang aku tidak tahu. Aku tidak pernah berjumpa dengan ibu aku jadi aku tidak tahu bagaimana berasa berada di sekitarnya.

Malah melihat senyumannya sahaja aku tidak pernah. Yang ada hanyalah di dalam gambar. Gambar boleh menipu jadi aku tidak boleh mempercayainya.

"Mama, Rechel minta maaf." Ujar aku sebelum aku membuka langkah pergi dari situ.

Hanya itu sahajalah ucapan yang aku dapat ungkapkan apabila datang ke sini. Aku selalu meminta maaf di hadapan makam tersebut. Meminta maaf kerana menjadi penyebab dia pergi.

Aku tidak dapat berkata lain lagi. Aku tidak tahu mahu katakan apa. Setiap kali aku datang sini, rasa bersalah itu mesti menghantui diri ini. Rasa bersalah menjadi penyebab kematian.

Aku tahu walau berapa banyak kali pun aku cuba minta maaf tapi hasilnya tetap juga sama. Aku tidak akan mendapat kemaafan itu kerana orang itu sudah tiada. Jikalau ada pun aku tidak tahu sama ada dia akan maafkan aku atau tidak.

Kunci kereta ditekan lalu aku terus memasuki kereta tersebut. Mata aku memandang sekilas tapak perkuburan tersebut. Matahari sudah mula tenggelam, mungkin aku patut balik sekarang.

Enjin dihidupkan lalu terus aku membelah jalan balik ke rumah aku. Dalam perjalan balik itu, fikiran aku penuh dengan apa yang terjadi pagi tadi.

Aku malas aku bertemu dengan perempuan itu lagi. Cukuplah pagi tadi aku mendapat kesakitan yang sangat sakit itu. Aku sudah malas nak meninggi suara lagi untuk kali kedua hari ini.

Mata aku memandang lengan kiri aku yang berbalut dengan kain pembalut baharu itu. Sangat kemas hasil tangan Claire. Gadis itu memang pandai merawat luka aku itu.

Kalau aku tahu begini, lebih baik aku cerita masalah aku oada Claire sejak dahulh lagi. Selama ini aku selalu berfikir bahawa Claire tidak kan menyukai aku jikalau aku memberitahunya tentang sakit aku ini.

Tetapi kenyataannya tidak. Gadis itu menerima dan tidak berfikir buruk terhadap aku. Tidak salah aku memilih untuk berkawan dengannya.

Pagar di hadapan rumah aku terbuka secara automatik apabali kereta aku berada tepat di hadapan pagar tersebut.

Setelah terbuka, aku terus memandu kereta ini menuju ke garaj yang tidak jauh dari situ.

Kereta aku diberhentikan. Sebelum aku keluar, aku memeriksa dahulu semua barangan aku yang mahu dibawa keluar.

Silent Melody [✔️]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora