cp 26

3K 293 5
                                    

"Rechel!" Ian berlari ke arah gadis yang terbaring di lantai tersebut.

Gadis itu tidak sedarkan diri. Ian cuba membangunkan gadis itu namun tidak berjaya.

Dirinya mula panik melihat sitausi ini. Dia tidak tahu kenapa Rechel tiba-tiba boleh pengsan di dalam bilik ini.

Dia melihat ke arah tangannya. Tidak ada kesan luka baharu, maknanya gadis itu pengsan bukan sebab perbuatannya dulu.

Lelaki itu cuba memeriksa dahi gadis itu pula. Dan tiba satu tangannya terasa sangat panas. Dahi Rechel sangat panas sekarang. Mungkin dia deman.

Ian mendukung Rechel untuk memindahkan gadis itu ke atas katil. Setelah selesai, sekali lagi dia cuba memeriksa kepala gadis itu. Memang panas.

Ian yang buntu mahu berbuat apa itu panik tidak tahu apa-apa. Kalau nak bawa ke hospital tak boleh, nanti boleh kena dengan Rechel bila dia bangun nanti.

Nampaknya dia terpaksa buat sendiri kerja ini. Satu almari yang tidak jauh dari katil itu didekati olehnya. Dia ingat Rechel pernah kata di situ adalah tempat dia meletakkan semua ubatnya.

Ian membuka almari itu lalu terkejut melihat keadaan almari itu. Penuh dengan ubat yang dia tidak pasti ubat apa. Selama ini dia fikirkan Rechel hanya mengambil beberapa ubat sahaja tetapi apabila melihat keadaan almari ini maknanya Rechel bukan ambil beberapa. Tetapi banyak. Sangat banyak.

Ian membaca satu-persatu nama ubat yang ada di dalak almari tersebut. Sungguh banyak ubatnya dan kebanyakan ubat itu adalah ubat untuk despresi yang dia alami.

Selama ini dia tak tahu bahawa despresi Rechel seteruk ini. Atau mungkin ianya bertambah teruk sejak kebelakangan ini. Lelaki itu juga selalu melihat Rechel seperti kurang bermaya sejak dua menjak ini.

Setelah bebarapa minit dia menbaca nama ubat itu, akhirnya dia menjumpai ubat untuk deman.

Ubat itu diletakkan di meja tidak jauh dari katil Rechel. Seterusnya dia pergi ke bilik air untuk mengambil kain basah dan diledakkan di atas dahi gadis itu.

Harap sahaja cara ini boleh menurunkan suhu badannya. Takut juga melihat Rechel deman sebegini. Pagi tadi dia lihat gadia itu baik sahaja jadi dia tidak tahu bahawa gadis itu sedang deman.

Rechel memang pandai dalam berlakon. Sangat pandai berlakon untuk menyembunyikan kesakitan yang dia hadapai.

"Bila agaknya kau akan jujur pada aku?" Soal sayu suara Ian.

.
.
.
.
.

"Kau pembunuh!"

"Kau tak patut ada dalam keluarga ni."

"Anak pembawa malang!"

Aku terjaga dari tidur aku. Nafas aku tersekat-sekat apabila termimpi akan memori silam aku. Kenapa aku harus mimpi memori itu?

Peluh aku memenuhi dahi ini. Aku cuba membangunkan diri ini. Mata aku memandang ke sekeliling bilik ini.

Dan tiba mata aku menangkap satu kertas yang diletakkan di atas meja belajar aku. Aku mengambil kertas itu dan membaca tulisan yang tertera di atasnya.

"Makan ubat tu. Kau deman dan tolong rehatkan diri kau." -Ian

Aku melihat ubat yang ada di atas meja. Sejak bila pula Ian ada datang bilik ini? Dan macam mana pula dia masuk bilik ni?

Seingat aku, aku tidak pernah beritahu dia bahawa aku demam. Kepala aku memang buntu tambah pening sekarang.

Aku tidak ingat apa-apa pun yang terjadi siang tadi. Yang aku ingat adalah aku bergaduh dengan Beth lalu aku terus balik ke sini. Tapi tak ingat pula aku ada tidue ke apa.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now