cp 57

3.1K 335 37
                                    

Ting!

Satu pesanan hadir ke telefon Ian. Lelaki yang baru sahaja tiba di rumahnya itu terus mengambil telefon tersebut.

Dia melihat nama Rechel di kaca telefonnya menandakan bahawa gadis itu menghantar pesanan. Pesanan tersebut dibuka lalu matanya terbeliak besar.

Kunci kereta yang berada di atas meja diambil lalu dia melangkah menuju ke dalam kereta.

Kereta miliknya dipandu menuju ke rumah rakan baiknya itu. Sesampai di rumah tersebut, loceng terus ditekan beberapa kali namun tiada sahutan.

Hatinya mula gelisah. Mahu sahaja dia panjat pagar rumah ini sekarang. Namun takut dituduh penceroboh pula nanti.

"Ian!" Tiba namanya dipanggil seseorang.

Lelaki itu menoleh dan melihat kereta Cruz tepat berhenti di hadapan pagar itu juga. Mungkin dia baru sahaja balik dari hospitalnya.

"Cruz! Tolong buku pagar ni cepat. Aku mesti jumpa Rechel," ujat Ian dengab tergesa-gesa.

Cruz berasa curiga ini namun membuka pagar itu untuk Ian juga. Dia melihat lelaki itu seakan tergesa seperti ada benda buruk akan berlaku.

Selepas pagar itu dibuka Ian terus masuk ke dalam kereta lalu memandu keretanya masuk bersama Cruz.

Sampai sahaja di hadapan rumah Ian keluar dan memasuki rumah itu tanpa diketuk. Cruz juga turut ikut kerana berasa curiga akan sikap Ian itu.

Tangga rumah itu dinaiki olehnya. Dari arah tangga ini dia dapat lihat Mary cuba memanggil Rechel dari luar bilik itu.

"Puan Mary," Ian datang mendekati wanita itu.

Wanita itu menoleh dan terkejut melihat Ian yang datang secara tiba-tiba itu.

"Rechel mana?" Soal Ian.

"Dia ada dekat dalam. Saya sudah cuba panggil tapi dia tidak jawab," balas Mary.

Ian memandang pintu bilik itu. Dia cuba membuka pintu itu namun terkunci dari dalam.

Tok! Tok!

"Rechel," panggilnya namun tiada sahutan kedengaran.

Tok! Tok!

Sekali lagi pintu diketuk.

"Rechel, aku ni. Bukalah pintu," ujar Ian lagi.

Hatinya sekarang sudah mula gelisah. Dia takut ada sesuatu terjadi pada Rechel. Pesanan yang dihantar tadi memang seperti memberi dia satu petunjuk.

"Kenapa kau nak jumpa Rechel malam-malam ni?" Soal Cruz.

Pelik dia melihat muka Ian yang sungguu gelisah itu. Ada apa-apa jadi anta Ian dan adiknya ke?

"Tu nanti ku jawab. Aku kena jumpa Rechel dulu."

Mata Ian memandang kunci automatik yang terpasang di pintu bilik ini. Dia dapat rasakan bahawa Rechel tidak akan buka melainkan dia masui secara paksa.

Kata laluan dipintu tersebut di tekannya. Dia cuba dengan meletakkan tarik lahir gadis itu namun tidak berjaya.

Otak dia cuba memproses lagi untuk mengetahui kata untuk mengetahui kata lalu yang mungkin Rechel gunakan.

Dan tiba-tiba dia teringat sesuatu. Jarinya dengan cepat menekan satu-persatu nombor yang terpapar di kunci tersebut.

Klik!

Pintu itu terus terbuka. Ian tersenyum lalu dengan tergesa dia masuk ke dalam bilik tersebut diikuti oleh Cruz dan Mary.

"Rechel!" panggil Ian apabila melihat badan Rechel menyandar tidak sedarkan diri di tepi katil bilik ini.

Silent Melody [✔️]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora