cp 52

3K 308 10
                                    

Dunia yang gelap bertukar terang apabila cahaya mula memasuki mata aku. Sikit demi sedikit mata aku terbuka memandang langit yang putih.

Aku dimana?

Bagaimana aku berada di sini?

Kenapa badan aku terasa sangat sakit sekarang?

Banyak persoalan yang bermain di dalam fikirkan aku. Katil yang empuk menjadi tempat aku baring ini terasa sungguh asing. Ini bukan bilik aku.

Mata aku memandang sekeliling kawasan ini. Sunyi dan tanpa penghuni. Ini bilik siapa?

Badan aku yang terasa sakit ini cuba diangkat namun tidak berjaya. Aku terlalu lemah seperti tidak makan selama beberapa hari.

Aku mahu memanggil seseorang tetapi aku tidak tahu aku dimana dan siapa yang patut aku panggil.

Plak...

Tiba aku terdengar bunyi pintu bilik ini terbuka. Aku menoleh ke arah pintu tersebut dan kelihatan Mary masuk sambil membawa satu dulang makanan.

"Cik Rechel!" Panggil Mary terkejut.

Kenapa dia terkejut? Dia seperti baru lihat aku ini bangun dari koma yang lama.

Wanita 40an itu berlari ke arah katil ini. Dulang tadi diletakkan di atas meja bersebelahan katil. Aku sekali aku cuba membangunkan diri ini namun tidak berjaya.

"Cik tak boleh bangun dahulu. Badan cik masih tak sihat," pesan wanita itu. Dia menolong aku menyandar di kepala katil ini.

Aku melihat ke arahnya. Dia sudah balik bermakna dia akan jaga aku dari sekarang dan aku tak perlu berurusan dengan perempuan itu lagi. Terima kasih sangat sebab balik awal.

"Aku dekat mana?" Soal aku.

"Cik dekat bilik tetamu rumah ni."

"Bilik tetamu? Kenapa aku ada dekat sini?" Aku tidak ingat apa yang terjadi pada diri ini.

"Dua hari lepas cik jatuh pengsan ketika cik sedang makan. Tuan Arshen tak dapat bawa cik ke bilik cik jadi dia gunakan bilik ni."

Makan?

Ya. Aku ingat kembali. Waktu tu aku sedang makan tengahari lalu Arshen datang ke arah aku.

Waktu aku makan itu, aku dapat rasakan tekak aku terasa sangat sakit dan aku terus termuntah darah. Jadi semua inu terjadi kerana kejadian itu.

Kejap! Tadi Mary kata dia hari lepas. Jadi aku tak sedarkan diri dia hari ke?

"Berapa lama aku tak sedarkan diri?"

"Dua hari cik."

Aku tidak percaya. Dua hari tu. Teruk sangat ke sakit yang aku kena sebab kejadian tu.

Sudahlah aku ada kelas dalam dua hari tu. Ian mesti risau kenapa aku tak datang sekolah ini. Nanti apa aku nak beri alasan.

Uhuk! Uhuk!

Tiba aku terbatuk. Tekak aku masih pagi terasa sakit namun tidak sesakit hari itu.

"Cik perlu minum air ni. Racun tu masih ada lagi dalam badan cik," wanita itu menghulurkan segelas air kosong kepada aku.

"Racun? Racun apa?"

"Tentang tu saya tak boleh beritahu cik dulu. Tuan yang arahkan saya buat begitu," balas wanita itu.

Aku memandang serius wanita itu. Kenapa pula mesti sorokkan sedangkan aku yang kena.

Lagi pula racun apa yang mereka maksudkan. Tak kanlah aku termuntah darah sampai aku pengsan itu atas sebab racun yang terdapat dalam makanan aku.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now