cp 68

2.9K 334 14
                                    

Air teh yang disediakan oleh Mary dihirup perlahan oleh aku. Fikiran aku masih lagi penuh dengan lelaki yang duduk di hadapan aku ini.

Aku tidak tahu bagaimana mahu bahawa aku sedang melakukan kerja itu. Bagi aku dia ini memang misteri. Dia boleh tahu benda yang aku sorokkan selama ini sampaikan dia tahu kejadian yang berlaku di dalam rumah ini ketika dia masih belum lagi berada di sini.

Itu memang pelik. Aku mahu menanya lagi tapi sekarang tidak dapat kerana Mary turut berada di sini. Kalau aku tanya nanti Mary akan tahu dan beritahu kepada bapa aku tentang hal itu.

Sekarang ini memang situasi yang bahaya. Aku tidak tahu mahu mempercayai lelaki ini atau tidak. Aku takut kalau aku mempercayainya nanti dia akan mengkhianati aku.

Ting!

Tiba telefon aku berbunyi. Aku membuka telefon ini dan melihat pesanan yang masuk. Rupanya itu adalah pesanan daripada Ian yang meminta aku sesuatu. Nampaknya masa meminum teh ini sudah tamat. Aku kena balik ke dalam bilik.

"Maaf, aku nak pergi." Ujar aku.

"Kalau macam tu saya pun minta diri juga," Finn berkata.

Kami terus berdiri dan berniat pergi dari situ. Mary yang setia bersama aku itu juga turut mengikuti aku. Rasanya dia boleh sahaja berehat dekat sana. Tidak perlu mengikuti diri ini.

Kami bertiga berjalan sama menyusuri taman ini dan tiba kakinya aku terhenti apabila melihat satu bunga mawar yang tumbuh merka.

Mata aku melihat ke arah bunga itu. Seingat aku bunga ini antara bunga mawar yang susah untuk dijaga dan sekarang dia sudah tumbuh semekar ini. Bukan setakat satu tetapi berpuluh-puluh jenis yang sama tumbuh di satu tempat ini.

Aku menyentuh bunga untuk melihatnya dengan lebih jelas. Memang cantik dengan warna merahnya itu.

"Cik suka ke bunga ni?" Finn menyoal.

Aku tidak menjawab dan hanya memandang bunga tersebut. Kelopaknya diperhati oleh aku. Warna merah seperti darah. Jikalau ada darah terkena pada bunga ini, memang kelihatan sungguh menarik.

"Kalau kau tak dapat nombor 1 jangan sibuk nak tunjuk dekat aku. Aku tak ada adik yang bodoh."

Tangan aku terus menggenggam bunga tersebut sehingga rosak. Duri yang ada pada dahan bunga itu terkena tangan aku menyebabkan darah mengalir.

"Cik! Apa cik buat ni? Tangan cik cedera," Mary kelihatan gelabah apabila melihat darah mengalir dari tangan aku.

Bunga tadi dilepaskan lalu aku melihat telapak tangan aku yang terluka akibat duri di daham tadi.

"Tangan cik berdarah teruk ni. Cik perlu kena rawat sekarang," ujar Mary dengan penuh risau namun aku hanya hiraukan.

Aku menjeling ke arah Finn yang hanya berdiri diam itu. Tidak ada muka terkejut ataupun tersenyum. Hanya datar. Rasanya dia tidak kisahkan aku ketika luka seperti ini bermakna dia tidak berminat dengan sakit aku dan hanya berminat dengan kerja yang aku buat di belakang keluarga ini.

Kaki aku melangkah pergi dari situ. Tangan yang berdarah ini dibiarkan sahaja. Rasa sakit itu tidak terasa sangat kerana aku sudah terlalu biasa dengan sakit seperti ini.

"Rechel!" Tiba satu suara kuat memanggil aku.

Aku yang batu sahaja ingin memasuki rumah ini terhenti dan melihat ke arah suara itu. Aku melihat Beth dengan muka marahnya berjalan ke arah aku. Jadi hari ini perempuan itu dapat masuk tak macam hari sebelum ini.

"Cik Beth, cik tak boleh masuk ke rumah ini. Bukankah hari itu saya sudah kata," Mary berbicara.

Aku melihat ke arah Mary. Jadi dia memang tidak boleh masuk ke dalam rumah ini lagi. Tapi kenapa?

Silent Melody [✔️]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu