Author last words

2.1K 167 43
                                    

Hai.

Kalau korang dah sampai sini, mesti korang sudah habis baca karya aku ni.

Macam mana karya aku? Best tak? Ataupun korang masih ada rasa tak puas hati. Beritahu aku. Mana aku aku nak sambung lagi.

Okay, berbalik dengan last word aku tadi. Seperti biasa, bila aku habis buat karya aku akan tulis last word aku.

Bagi akulah, ini adalah karya paling susah yang pernah aku buat. Bukan apa, tapi untuk aku belajar tentang sakit despresi dan DID ni memang susah. Nasib juga aku ada kawan yang pakar dalam bab ni. Terima kasih tak terhingga pada dia.

Selain tu, aku susah juga nak fikirkan plot dan jenis ayat yang sesuai digunakan. Kalau boleh aku nak buat ayat yang dapat menyentuh hati pembaca aku. Menanggis baca karya aku pun lagi bagus.

Nak tanya, korang pernah tersentuh ataupun menanggis tak baca karya aku?

Akhir sekali yang buat aku semakin susah adalah bilangan chapter karya ini. Awalnya aku nak buat dalam 60 cp tapi sekali aku tengok 101 cp aku buat. Memang tak jangkalah aku fikir. Nasib sempat habis dan karya ini juga merupakan karya kedua yang lepas 100 cp aku tulis.

Tepuk tangan sikit 👐👏👐👏

Okay, itu apa yang aku nak bebel tentang buku ni. Sekarang aku nak bebal kenapa aku tulis buku ni.

Sejujurnya aku tulis buku ni sebab memang minat aku dalam bab macam ni. Dan lebih membuat aku bertambah semangat apabila aku ada kawan yang pakar dalam bab ni. Senang kerja aku, tanya dia sahaja dan aku tak perlu pergi cari maklumat lain.

Bukan tu jer, tapi ada juga sebab lain. Sebab lain itu ialah aku perasan sekarang sudah banyak kes bunuh diri dalam kalangan remaja macam aku.

Aku lihat ramai orang terlalu memandang rendah tentang despresi. Bagi aku sakit ini tak boleh pandang rendah. Kalau korang ada kawan yang korang tengok dia murung jer, jangan korang endahkan. Korang tak tahu apa yang dia alami. Kalau boleh tolong dia. Jadi kawan untuk luahkan isi hati pun boleh.

Yang penting jangan sesekali pandang rendah pada kemurungan ini. Mungkin luaran kawan korang nampak baik tapi dalam dia mungkin sudah rosak.

Sama macam Rechel. Luaran dia baik tapi dalam dia sudah menderita menerima luka yang menyakitkan. Jadi korang sebagai manusia berhati mulia, pergilah tolong orang seperti ini. Jangan endahkan, malah jadilah kawan untuk menemani hari dia.

Rasanya cukuplah bebel aku hari ini. Tapi sebelum aku akhiri kata aku, korang ada soalan tentang karya ini tak?

Contoh, macam korang tak faham ke tak jalan cerita?

Kalau ada, sila komen di anak panah bawah ni. Aku akan jawab dengan jujur.

Tanya sini ➡️➡️


.
.

So dekat sini aku nak ucapkan terima kasih kepada pembaca karya ini dan dengan ini juga...

Aku, author "Silent Melody" menamatkan karya agung aku satu ini.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca karya aku.

.
.
.
.
.

Eh! Kejap jangan pergi dulu. Ada satu lagi aku nak beritahu.
Walaupun karya ni sudah tamat tetapi karya ini akan ada side story. So nantikan sahajalah.

arniey11

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now