cp 46

2.9K 295 60
                                    

Bam!

Pintu bilik itu dihempas oleh Rechel. Terkejut juga mereka bertiga apabila pintu ditutup dengan sungguh kuat itu.

Arshen memandang ke arah pintu tadi. Fikiran dia melayang terhadap apa dia katakan kepada Rechel tadi.

Dia sangat yakin tadi dia sudah berbuat salah. Dia tak patut tolong perempuan itu tadi.

Melihat Rechel semarah ini memang bukan niat dia. Bagi dia itulah kali pertama dia melihat adiknya marah sehingga menggunakan kekerasan seperti tadi.

Selama ini dia tidak pernah melihat Rechel begitu. Malah gadis itu kelihatan seperti orang lain. Bukan adiknya tetapi orang yang sungguh jauh beza dengan adiknya.

Sama juga dengan encik Shawn, lelaki itu tidak pernah melihat anak perempuannya menjadi begitu. Kata-kata yang dia keluarkan untuk gadis tadi tidak sengaja dikatakan.

Dia hanya mahu anaknya itu berhenti namun dia terkeluar kata yang boleh melukakan hati Rechel. Sudah semestinya kini, anaknya akan bertambah benci terhadapnya.

"Tuan..." panggil Jane.

Mereka berdua menoleh ke arah perempuan itu. Muka yang meminta simpati itu diberikan.

"Kamu boleh pergi sekarang. Panggil maid lain untuk bersihkan semua ni," arah encik Shawn sambil menunjukkan dulang makanan yang sudah jatuh itu.

Perempuan itu mengangguk lalu beredar dari situ. Manakala encik Shawn dan Arshen tetap berdiri di sana.

Tentang kejadian tadi mereka tidak tahu siapa yang salah, jadi mereka mahu bercakap dengan Rechel. Mereka mahu mengetuk pintu bilik namun hati mereka terasa ragu.

Mereka juga yakin bahawa gadis tersebut tidak akan membuka pintu ini. Lihat situasi tadi sahaja mereka tahu Rechel sangat marah dan mustahil untuk gadis itu dengar kata mereka.

"Apa dah jadi sini?" Tiba suara Cruz datang menyapa mereka yang berdiri di hadapan pintu bilik tersebut.

Dua orang lelaki itu menoleh ke arah Cruz yang sedang dalam perjalanan mendekati mereka. Lihat dari segi baju, nampaknya dia baru sahaja balik. Sama seperti Rechel tadi yang masih menggunakan baju sekolahnya, dan Cruz masih menggunakan baju kerjanya.

Lelaki itu berhenti tepat di hadapan bapanya. Mata tertumpu kepada makanan yang tertumpah di atas lantai itu.

"Ada apa-apa jadi ke?" Soal Cruz.

Arshen mengeluh lalu memandang ke arah adik lelakinya itu.

"Tadi Rechel bergaduh dengan maid baru tu."

"Gaduh? Rechel? Pelik juga. Biasanya budak tu tak akan kisah dengan orang lain. Ni sampai gaduh bagai. Apa sebab dia?"

"Maid tu ada buat salad tapi salad tu yang tak bagus, jadi dia marah. Sangat marah," Arshen menekan kata itu.

Cruz memandang ke arah pintu bilik ini. Dia yang arahkan perempuan tadi untuk bagi Rechel makan malam namun tak sangka pula sampai begini.

Tetapi itu tak dapat jadi sebab utama Rechel boleh jadi semarah itu. Dia tahu Rechel sangat marah kerana dia boleh dengar suara Rechel herdik sampai ke biliknya yang agak jauh itu. Dan sebab itu juga dia keluar lalu berjalan menuju ke sini.

"Selama ni Rechel memang ada jadi macam tu ke, Arshen, Cruz?" Soal encik Shawn.

Arshen menggelangkan kepala lalu berkata, "ini kali pertama juga lihat dia begitu. Dia macam orang lain jer tadi."

Cruz memandang ke arah abangnya itu. Dia tidak tahu apa yang terjadi tadi, jadi tidak dapat menjawab soalan itu.

Mata Cruz menandang ke arah kakinya. Dia terlihat satu kotak ubat harian Rechel. Diambil dia kotak tersebut lalu dia buka.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now