cp 99

2.5K 264 1
                                    

Kaki aku berlari sambil tangan ini membawa novel tadi. Selepas aku membaca semua yang tertulis di dalam kertas tadi, aku terus berniat mahu datang ke sini.

Dengan jiwa yang sungguh sedih aku datang ke kubur ibu aku sekali lagi. Air mata tadi pun belum hilang, malah bertambah.

Sesampai di hadapan kubur tersebut aku terus menatap batu yang tertulis nama ibu aku. Mata aku berasa semakin berair. Aku tidak dapat menahan perasaan sedih itu apabila datang ke sini.

Kaki yang berdiri tadi entah kenapa terasa lemah sehingga membuat aku terlutut ke atas tanah. Mata aku mengalirkan air mata dengan deras sambil tangan aku memeluk novel tadi.

Semua yang aku baca tadi memang terasa pedih dihati ini. Aku mahu menafikannya, namun aku tidak dapat. Semuanya benar seperti hidup aku memang sudah tertulis mengikut kata ibu aku tadi.

Memang niat aku untuk menyerah kalah kerana aku selalu berfikir aku terlalu lemah. Sedangkan Aries pun lemah seperti aku tidak pernah menyerah kalah.

Tetapi aku, sudah lemah dan berfikir untuk menamatkan hidup ini. Aku memang tidak dapat memahami kenapa Aries terlalu kuat. Apa penulis novel ini pernah merasakan sakit yang diterima oleh aku.

"Mama..." sebut aku sambil menanggis.

Berair mata aku memandang batu yang tertulis nama arwah ibu aku itu. Apa boleh aku berharap ibu aku untuk hidup kembali?

Aku ada banyak benda nak cakap dengan ibu aku itu. Namun semua itu tidak akan dapat tertunai kerana dihadapan aku sendiri aku melihat makam ibu aku yang sunyi. Berapa kali pun aku berharap dia tidak akan kembali.

"Mama, apa ini semua salah Rechel?" Ujar aku seakan orang gila.

Aku tahu sekeras mana pun aku berkata, aku tidak akan dapat jawapannya.

Pedih hati inj apabila mengingatkan kembali ayat yang ibu aku tulis di dalam buku ini. Dan sejak itulah aku terfikir apa aku memang layak mendapat semua ini.

"Aries seorang yang kuat pun mati di akhir cerita dia. Jadi apa Rechel seorang yang lemah ini patut hidup."

Air mata aku menitis mengena ke arah novel yag berwana biru gelap ini. Aku melihat ke arah novel itu kembali.

Muka surat terakhir dibuka oleh aku dan tiba satu lagi nota kecil tertampal di muka surat itu.

[Lemah bukan bermakna kamu tidak kuat tetapi bermakna kamu sudah penat menggunakan kekuatan kamu. Ianya sama dengan maksud kamu tu sangat kuat.]

-Amel

"Mama, betul ke ini?" Aku mengusap lembut kertas yang tertulis tadi.

Perasaan aku sekarang bercampur aduk. Sekarang aku sedih, gembira dan kadang-kala kecewa dengan diri ini.

Kalau ibu aku ada sekarang apa dia akan kecewa melihat aku begini. Sudah semestinya dia mahu seorang anak yang kuat dan apabila melihat aku begini, aku yakin dia akan kecewa.

Dia kata orang yang lemah adalah orang kuat tetapi adakah itu benar? Aku tidak pernah sekali terfikir bahawa aku kuat. Aku selalu tumbang dengan kritikan orang lain begitu sahaja.

Malah aku sudah cuba dua kali untuk membunuh diri kerana sudah penat dengan hidup ini. Jadi adakah aku kuat ataupun aku ini hanya berlagak kuat. Aku tidak tahu.

Aku datang sini memang aku tidak akan dapat jawapan daripada soalan yang bermain di fikiran aku. Sia-sia sahaja bercakap seorang di sini.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now