cp 37

3K 308 15
                                    

Aku bersiar-siar di dalam pusat membeli belah ini bersama Ian. Seperti biasa selepas kami berdua makan bersama, kami berdua akan bersiar-siar ke tempat yang kami mahu.

Disebabkan cuaca hari ini tiba-tiba bertukar hujan pula, jadi kamu berfikir hanya akan bersiar di dalam pusat beli-belah ini sahaja.

Kami berdua melangkah masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual barangan komestik. Kali ini bukan aku yang hendak berbeli tetapi Ian.

Mungkin orang lain fikir Ian ini lelaki tidak gunakan barangan komestik, tetapi kenyataan tidak. Dia sangat suka barangan komestik sama seperti perempuan.

Walaupun aku ada juga guna beberapa tetapi tidak seperti Ian yang boleh dikatakan 10 barangan sehari.

Jadi tidak hairanlah kalau kulit muka dia ni haram untuk jerawat tumbuh. Sudahlah putih, licin pula tu.

Bak kata dia dulu, kulitnya mengikut ibu dia. Dia kata ibunya dulu terlalu sensitif terhadap matahari, jadi dia mesti jugalah menggunakan sunscreen kalau keluar. Dan itu juga sebab dia selalu guna barangan komestik.

"Kau rasa aku kena beli sunscreen baru tak?" Soal Ian sambil melihat rak yang penuh dengan pelbagai jenis sunscreen itu.

"Kau bukan dah ada banyak ke? Kenapa nak beli baru? Hari tu kau baru jer kan."

"Ya lah, tapi yang ni untuk emergency."

Aku mengeluh dengan sikapnya itu. Seingat aku dia sudah ada yang baru sudah. Kalau dikumpul sunscreen lelaki ni rasanya boleh penuh satu kotak.

"Memang sunscreen 24 jam," perli aku.

"Ya lah, aku tahu. Kau tu ada tak guna benda ni keluar tadi?"

Tiba aku tergamam. Jawab jujur ke tak ni. Kalau jawab jujur ni sudah semestinya kena ceramah dekat sini.

"Ada ke tak?" Soalnya lagi. Mata menatap tajam ke arah aku.

"Ada! Mestilah aku guna. Kau gila ke aku tak guna," tipu aku.

Maaf! Aku tak nak kena ceramah sini-sini.

"Nasib kau ada guna. Kalau tak memang aku ceramah kau sini-sini," ujarnya lalu bergerak ke rak seterusnya.

Bukan aku tak nak guna tetapi aku selalu lupa. Aku tahu sunscreen tu penting. Tapi lecehlah kena guna setiap hari.

Aku mengikuti langkah Ian seterusnya dan dalam sekelip mata dia sudah ada 3 produk pilihan di tangannya.

Cepat jer lelaki ni pilih. Kalau aku, lama aku akan cari. Ya lah, aku kena baca bahan dia lagi, cari produk yang sesuai dengan kulit lepas tu lihat jenama dia lagi.

Memang susah dan sebab itu aku lebih suka beli dalam talian sahaja. Tak perlu nak berdiri lama-lama cari dekat kedai.

"Kau bayarkan dulu, aku tunggu luar," ujar aku lalu berjalan keluar.

Dalam aku melangkah keluar, tiba telefon aku berbunyi. Aku melihat satu pesanan datang dari Jason.

Bruk!

Belum sempat aku menakan pesanan itu tiba aku terlanggar seseorang.

"Maaf, saya tak-" aku terkejut melihat gerangan yang dilanggar oleh aku tadi.

"Finn," sebut aku.

Macam mana dia ada dekat sini? Bukan sepatutnya dia ada dekat rumah ke? Kalau dia ada maknanya lelaki itu juga ada.

"Rechel!" Satu suara lelaki yang amat aku kenal.

.
.
.
.
.

Selesai sahaja orang di hadapan Ian membayar, terus lelaki itu berganjak ke hadapan. Pekerja di kaunter itu menghadiahkan dia satu senyuman sebelum mengimbas barangan Ian itu.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now